Wednesday, March 31, 2010

April Fool's Day



Apa tu??????


April Fool!!!! Apa sebenarnya yang dikatakan dengan april fool. Menurut website Wikipedia Ensiklopedia Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka. Namun, apa yang sedihnya mereka sebenarnya tidak tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan april fool dari aspek islam tatkala mereka pada hari ini begitu seronok menyambutnya tetapi tidak perna mengkajinya. Apabila kita mengkaji dengan baik ,sebenarnya April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyo(Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu satu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya,(1 April, yang kita sambut dan bangga-banggakan), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemas lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeladah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki,perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah itu kemudiannya diraikannya oleh tentera kristian Keraikan ini akhirnya dijulang setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia sebagai April Fool’s Day. Apa yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarya merayakanulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. MASYALLAH!!. Seandainya umat Islam yang dibunuh itu masih hidup, pasti mereka akan membalas dendam dan akhirnya generasi pada hari ini tidak akan terpengaruh dengan budaya barat seperti sambutan hari April Fool’s ini. Jadi berpesanlah kepada yang lain, semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat kita ,amin.......


2 comments:

baDam KML said...

sedar atau x dalam blog kau nieh banyak tatkala..huhuh~~ tapi x per nice... ahakz~

my_rules said...

yee GB, aku akan berhati-ati dgn penggunaan ayat

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me