Wednesday, February 17, 2010

koleksi muke comel

tatkala pada hari ini aku menunggu ahli debat yg lain lambat...
sandiwara telah bermula
hehe take pic....

meneroka pengalaman debat di UM

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.....
hari ini setelah banyak dibuat perubahan dalam team debat...
akhirnya aku diminta main...ke-2
alhamdullih la aku diberi peluang
tapi kali ni tema hanya untuk mencari pengalaman...
tak dinafikan memang aku ade terfikir nak menang...
tapi apa kan daya
x standby pape
so berserah pada ilahi....
kami akan buat yang terbaik je walaupun tak prepare sepenuhnya

Sunday, February 14, 2010

complicated

pening.....
team asyik bertukar je, aku korbankan program tak sangke yg lain pon ade yg tak datang...
andaiya team kali ni dah tetap....
wish luck 4 me....
so petg tu balik umah, isnin ni baru balik u untuk latihan debat
jadi dalam perjalanan hendak keluar dari BP , bas aku naik rosak.....
so kene tunggu bas lain ,
pastu  ada sekatan polis jadi kesesakan lalu lintas....
lagi teruk baru kuar dari kesesakan lalu lintas tu
bas tu nk isi angin NGV beratur panjang lagi.....
wah 1 jam setengah kat kawasan BP baru kuar
erm....
dalam perjalanan bas ke pontian aku duduk sebelah org asing
tak tahu la india or nepel....
hak3 speaking english minta aku tolong bgtahu behenti kat maybank..
aku x paham die nye b.i
cume dgr key word je ....

Friday, February 12, 2010

Sedih tidak dapat pergi program......

Hari ini , bermula lah cuti pertengahan sem 2 aku.....
rumah aku mula kesunyian apabila sorang demi seorang pulang...tinggalah aku keseorangan.....
dalam cuti ini banyak program yang telah diatur....
sehinggakan ada 2 program yang bertindih...
latihan debat dan program rehlah.....
disamping tidak dapat pulang ke kampung halaman yang tercinta......
memang aku tak nafikan andainya diberi peluang aku nak pergi ke2-2nya
namun apakan daya ,
apabila aku tanya senior debat....
pergi debat
kerana debat telah dimaklumkan awal2 lagi berbanding program ni...
salah ke kalau nk pergi...
aku sedih
aku ni hanya simpanan bagi perlawanan pertandingan kali ini...
dan rasenye baru kali ini aku rase nk pergi program lain yg hanya dijalankan sekali...
dan dikira aku tidak hadir latihan kali pertama....
ianya beralasan berbanding ada yg tak datang tanpa alasan....
abg adam jumpa aku banyak kali berkenaan program ini...
aku rase bersalah....
andainya aku pergi program ni aku tak beri komitmen pada debat.....
jadi dalam permikiran yang cetek aku memutuskan.....
tak pergi program abg adam......
adakah pilihan aku betul.....
aku hanya simpanan, tapi utamakan debat dan tidak boleh tak hadir sekali....
tidak cukupkah komitmen aku hadir setiap hari sabtu...korbankan masa aku...
"ya allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang...."

Thursday, February 11, 2010

Pilihan Raya uThm

Pilihan raya uthm
amat serabut
dengan tampalan muke didinding dan manifesto
dan akhirya dah berakhir
maka aku pon ngengade nk explore manifesto tu
hehe jadilah begini

puaskah

Sunday, February 7, 2010

hasil multimedia

maklumat lanjut layari web aku yang satu lagi ni khas untuk multimedia
http://myrulezssmultimedia.blogspot.com/


Latihan Debat Dengan Meneroka with Se.Men Islam Hidayah dan Institusi Perguruan Temenggung Ibrahim...

this Institusi perguruan temenggung Ibrahim
this is  sek men islam hidayah......
...........

minggu lepas paper work 4 latihan debat dengan meneroka 3 kali ditolok PPH hanya alasan hantar lambat...
namun hari beberapa hari yang lepas akhirnya pihak PPH akur dengan kehendak kami untuk penggunaan kenderaan....
latihan debat dengan meneroka kami jalankan bersama Sek Men Islam Hidayah dan IPG temenggung Ibrahim.......
persinggahan latihan pertama iaitu sekolah men islam hidayah .....
12.15 p.m -tiba-kami disambut baik oleh mereka.......
kami dipecahkan 2 kumpulan
dengan usul
"sukan malaysia membanggakan"
kiteorg pembngkang...
dalam latihan ini aku respect semangat dieorg
dan macam tak percaye bahawa sek agama swasta minat untuk berdebat...
dieorg punye tenaga pengajar(ustazah) mahupun pelajar........
ustazah mereka kata
"debat ialah suatu kehidupan untuk diri...."
ianya memberikan aku semangat
untuk meneruskan dunia debat walaupun ianya dipandang hina oleh sesetengah pihak/....
pendebat2 mereka memang perfect hebat
lancar n lahar boleh tahan.....
inilah kali pertama aku masuk mahupun melihat sekolah tenaga pengajar mahupun plajar sekolah swasta.....
sekarang pelajar pandai dah ramai jadi mereka nak lihat kebolehan bercakap.....
bagi aku....melihat dari sudut islam....
macam tak percaya bahwa  masih ada lagi mereka yg hantar anak ke sek swasta agama.....alhamdullillah
yang menariknya semangat debat mereka pelajar mahupun ustazahnya tak pernah luntur,....
........
........
........
seterusnya kami pergi ke Institusi perguruan temenggung ibrahim.......
aku cukup-cukup teruja dengan infrastruktur institusi ini.....
infrastruktur bangunan mahupun permukaan buminya.....
ianya seolah kelihatan seperti sek men teknik yg pernah aku pergi dulu sewaktu karnival antara teknik......
setibanya kami solat kemudian sesi kenalkan diri.....
mereka
yg aku ingat  azlan tu je...ish teruknye aku ni....
aku just ingat tu pon ade sbb...
sebab nama sama ngan azlan yg uruskan debat kami so senang ingat...
tambahan pula muke die same ngan adik sepupu aku....
kalau nk cter kisah adik sepupu aku tu memang aku teruk...
1 sek tapi x tau sepupu, x pe nanti aku post baru kiter cter waeaeawa.......
so...
perlawanan ni team senior fight...
memang best n klakar....
haha
ianya memang best...
KELUARGA DEBAT
MENGERATKAN TALI PERSAUDARAAN
MELALUI PROGRAM KAMI MENEROKA DEBAT DENGAN MENEROKA>>>>>
nanti da dapat pic aku upload....

Friday, February 5, 2010

KATA-KATA unTUK MEREKA YG TAK SEDAR

kalau anda manusia yang rasional

betul...anda perlu dihormati oke

tapi

pikirkan secara mendalam yer

kalau anda

menceritakan keaiban orang

dan membuka seluas-luasnya

perlukah anda dihormati???



okey

anda bermegah dengan dengan kebaikan diri anda

bermuka-muka dengan kesopanan anda

bercerita sana sini dengan ketulusan hati anda...

andalah insan disukai semua!!!



perlukah ak mengatakan anda

manusia talam dua muka!!!!

atau manusia tidak mengenang jasa



ehhhhmmmmmmmm...

kadang-kadang anda perlu sedar

setiap kata-kata anda

yang mengaibkan orang

akhirnya akan menunjukkan kekotoran diri anda





sedih ak melihat anda

menjaja cerita

mencalit kotor pada orang

tapi mata ini

masih melihat siapa anda sebenar

binatang atau manusia berupa binatang!!!



sedarlah...

ak mengetahui segalanya

perbuatan anda

walaupun ak xmendedahkannya

seperti apa yang anda dedahkan



ingat

setiap pertolongan anda minta

akan dipenuhi

dan

setiap kata-kata anda akan didengari

dan

dipercayai

kerana anda mempunyai sifat tersembunyi

di luar dan didalam..



percayalah

setiap perbuatan anda

akan menerima pembalasan-Nya

kerna anda bukan tuan dalam cerita

tapi

anda pemain cerita yang pandai.




maaf kepada suhaimi sebab aku coppy dari page mu sebab aku terasa n aku rasa aku adalah watak
dalam menceritakan perkara nie.....
dan aku rasa cukup bertuah kerana semasa aku reseach
aku tersinggah di blogmu....
pendebat UPSI
bahsa dan ayat di blog beliau sangat mendelam.....
tampak simple
tapi maksud yang mendalam

Wednesday, February 3, 2010

Perjumpaan Bersama TNC

Pada hari isnin yang lepas, satu perjumpaan bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Prof. IR Dr Amir Hashim bin Kassim telah diadakan di Dewan DTII bersama gabungan tiga kolej kediaman iaitu melewar taman u dan kelisa.....Perjumpaan bersama TNC ini telah ditunda sebanyak tiga kali dan akhirnya berjaya dilaksanakan......
Dalam perjumpaan ini , aku dan bersedia untuk beberapa soalan untuk diajukan demi keselesaan bersama tetapi aku diminta oleh abang adam untuk jadi MC pada malam tu....Teks disediakan oleh akak melewar yang aku tidak kenali, namun begitu pada malam majlis itu akan diadakan pagi itu baru aku dapat teksnye......walaubagaimanapun, aku meminta senior debat untuk menyemak penggunaan bahasa dalam teks itu, sahih ianya banyak kesalahan....sebenarnya sudah sekian lama aku tinggalkan dunia MC , dan kini naik semula .....dalam dunia MC ini aku masih tak dapat atasi kelemahan diriku iaitu darah gemuruh, apabila aku darah gemuru aku akan cakap laju....hehe 
 tapi ianya selari dengan cita-cita ku untuk menjadi pembaca berita ,insyallah suatu hari nanti......sebagai alternatif aku meminta akak melewar untuk menayakan masalah tersebut.....sku faham, disebabkan begitu masalah yang diajukan kak jue tiada peluang untuk menayakan soalan ku.....masalah ku ialah:

1) Penggunaan PTM iaitu makmal komputer di melewar.....
ianya tidak memberikan hak kesamarataan kepada pelajar melewar apabila di kolej kediaman melewar PTM nya hanya beroperasi selama 5 jam sahaja dan pada waktu malam dan petang manakala kolej kediaman lain seperti TDI mahupun TSN dibuka 24 jam ianya tak adil bagi para pelajar......PTM melewar beroperasi dari 5.30 ptg hingga 10.30 malam , namun begitu tak semua pelajar boleh duduk di PTM dalam masa 5 jam tersebut disebabkan kelas pada waktu itu dan akhirnya hanya 2 jam sahaja didalam makmal tu.....akhirnya menyukarkan pelajar membuat research mahupun assignment....andainya pada hari ini mereka katakan PTM itu bahaya apabila dibuka 24 jam hanya disebabkan kedudukan belakang asrama sisiwi ia tak masuk akal kerana ianya juga berdekatan dengan pondok pengawal keselamatan, jadi pengawal keselamatan dapat lihat pelajar yang keluar masuk tak tahula kalau pengawal tu tido...seterusnya PTM tu dipasang dengan kamera vedio jadi mereka sepatutnya tahu aktiviti pelajar didalam itu melainkan kamera vedio itu hanya hiasan semata-mata.....

itu masalah petama....seterusnya masalah kedua:

2) masalah pengangkutan di melewar....pada hari ini saya bukan ingin mencadangkan penambahan pengangkutan di melewar kerana saya kira ia sudah banyak berderet-deret bila malam sehingga ke rumah fello namun apa yang ingin diadukan ialah sikap mereka yang kurang baik menyebabkan pelajar jadi mangsa keadaan. seperti yang saya kata tadi pengangkutan tersebut banyak bila malam berderet-deret bila malam namun hakikatnya bila siang pada waktu pagi hanya 1 2 sahaja yang hidup muke pemandu yang sama sahaja mana yang lain tido agaknya......walaupun pelajar tunggu awal 30 minit namun apabila van yang ada hanya 1 2 dan van yang sama kami terpaksa bersaing untuk naik van tersebut dan akhirnya menyebabkan pelajar lambat ke kuliah ada kalanya tiada langsung.....mungkin perkara ini dipandang remeh tapi hakikatnya 5 atau 10 minit lambat ke kelas sesetengah lecture akan menganggap pelajar itu tidak hadir dan tidak membenarkan masuk ke kelas....apabila dikira tidak hadir  ia akan menyukarkan pelajar tersebut mengambil peperiksaan dan akhirnya akedemik mereka terjejas gara-gara  pemandu van yang pemalas.....ada sekali pada hari jumaat di kampus bandar,  saya dan rakan sekelas habis kuliah pukul 12  tgh hari tapi kami diberi pelepasan awal 11.45 jadi pada waktu itu  hanya ada 1 van sahaja .....
setelah van tersebut bergerak saya dan rakan yang lain menunggu tetapi langsung tak muncul van melewar jadi kami merayu pada pakcik van perwira untuk bawa kami pulang ke melewar...atas jasa baik pakcik van perwira , pak cik tersebut bawa kami pulang....dalam perjalanan pakcik tersebut sendiri cakap bahawa pemandu van melewar PEMALAS.....lihatlah bagaimana pelajar jadi mangsa keadaan.....ada keadaan yang sedih dimana pemandu tersebut berlagak marah pelajar suruh naik van lain sebab van lain nak gerak die tak gerak-gerak curi tulang......lagi menjengkelkan apabila pelajar tunggu di dalam van pemandu tersebut menggatal dengan pegawal keselamatan perempuan yang kami menggelarkannya MAK GUARD......kalau dilihat rekod prjalanan hanya ditandatangani MAKGUARD yang bernama EMA.........lihatlah bagaimana pelajar jadi mangsa keadaan........

namun apakandaya aku jadi MC takkan nak tanya soalan.......amat memalukan jadi MC kekadang disebabkan takut jadi gagap.......tapi yang menariknya idea datang waktu tu ayat -ayat manis......tapi ianya pengalaman..........harap ianya ok dimata yang hadir...,,sebenarnya aku uga kecewa , aku minta jadi MC bersama seorang teman agar aku tenang sedikit.....tetapi abg  senior tak bagi hanya disebabkan teks pendek, tapi aku lihat panjang teksnye.....pada waktu itu aku mempelawa kak faz sebab kak faz budak pidato dan intonasinya memang sedap...tapi kak faz pon ada kekangan latihan pidato pada malam itu......
tu saja~~~~

Monday, February 1, 2010

kejatuhan khalifah uthmaniah...

reference....
http://solehwamusleh.blogspot.com/2009/03/kronologi-kejatuhan-khalifah-uthmaniah.html

minggu lepas aku diberikan task untuk research berkenaan kejatuhan khalifah, so nk kongsikan bersama...
ianya amat menyedihkan.......dan aku tertarik pada ending pada tahun 1925
ianya memang jelas kelihatan mahupun yg bertopengkan sesuatu........




Kronologi kejatuhan Khalifah Uthmaniah


1300- Khalifah Uthmaniah ditubuhkan.


1400- Kerajaan Uthmaniah berkembang maju.


1453- Sultan Al- Fateh berjaya menawan kontantinopel, Eropah Timur, Asia Barat dan Afrika utara.


1494- Paderi kristian melancarkan Perang Salib ke-2 untuk merampas kembali tanah mereka.


1860- Semua serangan ke atas umat Islam gagal, ubah perancangan, daripada serangan fizikal kepada serangan pemikiran.


1861- Yahudi telah menubuhkan Pemuda turki, lancarkan 'Pembaharuan Turki'


1864- Pemuda Turki berjaya mempengaruhi Khalifah, mufti dan tentera. Pemerintahan Turki menjadi pincang


1864- Yahudi mengunakan tipu helah, namun sultan Abdul Hamid 2 berjaya naik tahta, melambatkan proses kejatuhan Khalifah.


1901- Theodore hertzel, pengasas negara israel pujuk sultan untuk tukar sedikit tanah palestin dengan wang yang banyak, tetapi sultan engan. Dan mengeluarkan kata-kata yang masyur ini...


“Nasihatkanlah Dr. Hertzl agar janganlah beria-ia sangat dalam perkara ini. Sesungguhnya aku tidak sanggup melepaskan walaupun sejengkal daripada tanah ini (palestin ). Kerana ia bukan milikku, tetapi milik rakyatku yang telah berjuang dengan darah mereka untuk mempertahankannya. Maka simpan sajalah jutaan duit yahudi itu. Apabila Empayarku ini berkecai pada suatu hari nanti, maka pada waktu itu mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran. Manakala ketika aku masih hidup, aku sama sekali tidak akan merelakan bumi Palestin dirampas daripada Empayarku. Tidak sama sekali. Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk merestui badan kami dibedah dan diceraikan sedangkan kami (Khilafah Uthmaniah) masih lagi hidup”.


1908- yahudi melalui pemuda turki dan tentera salunik merancang secara rahsia untuk mengulingkan Khalifah.


1909- Tentera salunik tawan Istanbul, gulingkan Khalifah, rampas tampuk kepimpinan, lantik khalifah boneka.


1919- Sultan lantik kamal atatturk sebagai ketua tentera, arah untuk sekat tentera britain, perancis, itali dan salunik. tawan kembali tanah yang dirampas, atatturk bukan pergi serang, tapi menolong peberontakan disitu.


1920- Turki ditawan, pembesar ditahan, bangunan kerajaan dirampas dan semua musuh-musuh atatturk dibunuh oleh britain, khalifah masih ada tetapi tiada kuasa, umat Islam juga masih mengangap khalifah sebagai ketua.


1922- Peperangan palsu diatur antara tentera atatturk dan tentera yunani di Turki untuk menunjukkan bahawa atatturk adalah hero sebenar. atatturk menang besar, seluruh takyat menyokongnya,
-muktamar pertama kerajaan atatturk-isytiharkan turki sebuah negara republik,sistem khalifah dimansuh, jawatan 'khalifah' dikekalkan untuk urusan agama sahaja.


1923- britain berjanjii memerdekakan Turki, sebagai tukaran atatturk harus menghapuskan khalifah dan saki baki pejuang Islam serta menyerapkan nilai-nilai kehidupan barat dalam diri umat Islam.


1924- ataturk isytihar-jawatan khalifah dihapus, sistem pemerintahan dan agama diasingkan, mahkamah syariah dimansuhkan, khalifah dihalau dari Turki.


1925- untuk menghilangkan unsur Islam dalam kehidupan rakyat Turki, beberapa peraturan telah digubal- undang-undang Islam diganti dengan undang-undang barat- sekolah Islam digantikan dengan sekolah sekular- Pengunaan bahasa arab dalam komunikasi,azan, Al-Qur'an diganti dengan bahasa Turki.-takwim Hijrah diganti dengan kalendar masihi- Rakyat Turki yang mengunakan nama arab hendaklah menukar kepada bahasa Turki- tudung dan kopiah diharamkan, anjurkan lebih banyak hiburan dan maksiat untuk melalaikan umat Islam- Memasukkan ideologi barat seperti sekularisme, patriotisme, liberalisme dan lain-lain- menukarkan gaya hidup islam kepada barat.

Rakan Persinggahan

clikck me