Tuesday, November 30, 2010

UTHM akan menjadi tuan rumah Pertandingan Debat DiRaja ke-14 2010

 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM akan menjadi tuan rumah Pertandingan Debat DiRaja ke-14 2010 yang akan berlangsung dari 17 hingga 22  Disember 2010 yang akan datang. Pertandingan ini merupakan pertandingan debat antara Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di anjurkan bersama UTHM, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Penganjuran Pertandingan Debat Di Raja Antara IPTA Malaysia dilaksanakan secara bergilir-gilir di kalangan IPTA.
Objektif utama pertandingan debat ini ialah untuk melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan menjunjung nilai intelek serta menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan di Malaysia dan di arena antarabangsa.
Pertandingan debat pada tahun ini akan diadakan mengikut format ‘ala Parlimen' yang diilhamkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Format pertandingan ini adalah gandingan antara format perdebatan Debat Australasian dengan Debat Dunia dan menjadi begitu popular di kalangan pendebat-pendebat sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi dan sampai ke kemuncaknya, apabila format ini diterima secara rasmi untuk pertandingan Debat Asia (Asian Debating Championship).
Pertandingan akan melibatkan 20 IPTA dan 4 IPTS. Sebanyak tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu (Utama dan Muda), Bahasa Inggeris (Utama dan Muda) dan Bahasa Arab. Semua pertandingan akan dijalankan serentak di beberapa lokasi di dalam kampus utama UTHM.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah akan diadakan pada 22 Disember 2010 dan bakal disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim yang juga merupakan Canselor UTHM. Pertandingan akhir Debat DiRaja Bahasa Melayu (Utama) bakal berlangsung bersempena dengan majlis perasmian tersebut.
Sementara itu pada 17 Disember 2010 akan diadakan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah MADUM yang akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM.

RINTIHAN ANAK MANUSIA KEPADA RABBNYA

Ya ALLAH ...
Malam ini kembali aku mengetuk pintu Mu
Lewat derasanya doa dan pujian yang terlantun
Dalam isak tangis yang mengiba
Ku bersimpuh di haribaan Mu

Pada setiap waktu ku yang tersisa
Berusaha untuk tetap tegak dan tegar
Menghadang setiap badai dalam hidup
Menepis gemuruh ragu dalam kalbu

Illahi Rabb....
Engkau lah kekuatan dalam setiap jengkal nadi ku
Mencengkram erat di setiap hembusan nafas ku
Membuncah rasa rindu ku pada Mu
Menggema di dalam relung kalbu

Aku takut yaa Rabb...
Tak bisa penuhi setiap janji yang terucap
Tak bisa menahan kenikmatan dunia yang mempesona
Bahkan tak bisa kendalikan nafsu angkara yang membelenggu
Yah nafsu ini begitu kuat menggoda
Berusaha luruhkan rasa Cinta ku pada Mu
Mengesampingkan nikmat yang telah Engkau beri
Menafikkan Engkau seakan Kau tiada

Bantu aku ya Rabbi...
Tepiskan segala resah yang menyelimuti hati
Hilangkan semua gelisah yang memeluk raga
Buang setiap keraguan yang mendekap kalbu
Ulurkan tangan Mu di sepanjang jalan ku
Berikan Cahaya Mu menerangi langkah ku
Jangan biarkan aku terjerebab lagi dalam lumpur dosa

Pegang aku ya Allah...
Pegang erat jiwa ku yang selalu ingin mengembara
Berkelana mencari cinta hakiki Mu
Mengeja ayat demi ayat di dalam Kitab Suci Mu
Agar kau tak berpaling dari ku

Ya ALLAH...
Tutup semua pintu dosa ku
Jangan biarkan lautan dosa menenggelamkan ku
Dalam buih-buih kenistaan yang menggunung
Ijinkan aku menapaki kaki-kaki langit
Mencari dan menemukan cinta sejatiku
Karena ku tahu ya Rabbi...
Hanya cinta Mu yang paling hakiki
amin....

Monday, November 29, 2010

Kuasa BURGeR

Dalam minggu Exam ni,
adakalanya kelaparan datang tiba-tiba
walaupun dah makan...
hehe
.........................
...........
Jadi Burger lah  jawapannya....
tahu tak
Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.....
tambahan kolestrol yang tinggi
yang akhirnya menyebabkan kita ngantok
dan akhirnya tertido di meja stdy...hehe
tapi darurat, lapar...
makan jeee

(POSTING MEREPEK, nga bosan)

Sunday, November 28, 2010

KUASA MAHASISWA

Student Power????
.....................
apanya power???
Hari ini aku mengangkat Universiti Malaya atas pemikiran Pelajarnya,
yang berani MELAWAN pentadbiran,
aku melihat MAHASISWA kita tidak merdeka,
pemikiran mereka masih dijajah dek kerana adanya
AUKU(AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERSITI)
apa yang menyedihkan mereka menindas MAHASISWA,
atas kepentingan pentadbiran.....
 namun,
dimanakah kuasa MAHASISWA???
Hak Untuk BERSUARA?????
tu jee kee???
 ....
..
sedih, kalau kelonggaran akta AUKU benar
kenapa sudut pidato masih tiada????
kalau ada masih lagi disekat iaitu tidak dibenarkan menyentuh isu kesensivitian Universiti...
namun pada hari ini, apabila pihak pentadbir hendak membuat perubahan yang melibatkan mahasiswa, mereka tidak membincang dengan mahasiswa??
akibatnya mahasiswa jadi mangsa,apabila kami bersuara maka ianya dikategorikan kuarang ajar~
.....
....
.
Namun tidak semua Mahasiswa suka membantah,
ada dikalangan mereka hanya kata belakang....
apabila diberi ruang dan peluang untuk bersuara semuanya senyap.....
..
.
.AKu Benci Keadaan ni.................
seperti sebuah drama.........
ada boneka........
yang hanya bertopengkan & berlakon 

Thursday, November 25, 2010

SUBHANALLAH

KISAH BENAR
AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT
OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.
"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya.Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik- beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.

Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul…. tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

“Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan.

Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.
SEKIAN......

Wednesday, November 24, 2010

Apa itu illuminati...?

Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Di bawah ni adalah senarai 13 keturunan Illuminati yang berpengaruh dan elit. Mereka adalah keluarga terpilih untuk menjadi hamba pengikut Dajjal bagi menjalankan pelbagai kegiatan subversif di merata dunia. Ini adalah kajian seorang pengkaji,mungkin ada lagi keturunan Illuminati yang terpilih tetapi walau apapun tindakan Dajjal The AntiChrist (anti Nabi Isa a.s sebenarnya), tindakannya pasti dibongkar oleh Yang Maha Mengetahui. Setiap perancangan 'The Hidden Hand'/Dajal/The false Messiah adalah dalam pengetahuan Allah s.w.t, tidak kira yang lepas, kini dan akan datang.

keturunan Illuminati itu ialah:
1.The Astor Bloodline

2.The Bundy Bloodline

3.The Collins Bloodline

4.The DuPont Bloodline

5.The Freeman Bloodline

6.The Disney Bloodline

7.The Merovingian Bloodline

8.The Kennedy Bloodline

9.The Li Bloodline

10.The Onassis Bloodline

11.The Reynolds bloodline

12.The Rockefeller Bloodline

13.The Rothschild Bloodline

14.The Russell Bloodline

15.The Van Duyn Bloodline


Keturunan Illuminati ini terpilih antara sebabnya ialah kemahiran atau pengetahuan yang dimiliki oleh mereka yang dapat digunakan dan dimanipulasikan oleh Dajjal Laknatullah bagi melicinkan kerjanya.Rockefeller misalnya berpengaruh dlam bidang perniagaan minyak (Standard Oil, Exxonmobil) dan Rothschild diketahui umum menguasai kewangan dan perbankan...Keluarga lain misalnya Collins pula dihormati kerana darah keturunannya yg mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan, dgn kata lain diperlukan sebagai rahib Iblis bagi upacara ritual Illuminati.

Ada satu keturunan Illuminati yang berbangsa Cina dalam senarai di atas.The Li Bloodline. Wakilnya dekat sahaja dengan kita. Lee KuanYew serta anak buahnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng!

Sunday, November 14, 2010

RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Kebenaran VS Kesamaran

Selama ni mata seolah-olah ditutup oleh sesuatu untuk melihat sesuatu yang benar,
tetapi apabila ditakdirkan untuk mengetahuinya, seribu pertanyaan terjawab.

Tidak tahu mana 1 pihak yang benar, mereka saling menikam antara 1 sama lain.
Kebanyakkan abg-abg yang ku kenal mereka percaya yang berhaluan kiri, dan selamani aku didedahkan dengan yang berhaluan kanan.
Persoalan yang terbesar adakah keluargaku berhaluan kiri atau kanan, takut untuk menanyakan,
apabila kutanyakan dimarah pula.

"Fokus utama adalah belajar jangan ambil bahagian dalam bende ni"
tulah kata-kata seorang emak, belum lagi ayah.

tetapi kebenaran itu perlu dicari, aku tawakal

Wednesday, November 10, 2010

REPORT PROGRAM TAUTAN UKHWAH

  Diatas rasa keperihatinan Biro Kerohanian dan Etika JawatanKuasa Kolej Kediaman Melewar terhadap ikatan ukhwah sesama pelajar-pelajar Islam KKM, maka satu program telah dijalankan sepanjang bulan Marc hingga November 2010. Program yang bertempat di surau KKM yang dikenali sebagai ”Program Tautan Ukhwah” telah disertai oleh semua  warga KKM Islam para pelajar mahupun  Felo dan Pengetua. Objektif program ini adalah untuk memastikan Surau Kolej Kediaman Melewar diimarahkan dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan serta menjadikan sebagai pusat pembangunan sosial di Kolej Kediaman Melewar dan akhirnya akan menjadikan Surau KKM ini sebagai rumah kedua bagi pelajar-pelajar Islam KKM di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Selain itu, melalui program ini juga dapat membentuk sahsiah pelajar-pelajar Islam KKM yang cemerlang baik rohani mahupun jasmani dalam menjana modal insan yang berkualiti dengan program-program berbentuk kerohanian. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan jalinan persaudaraan antara penghuni Kolej Kediaman Melewar melalui program-program kemasyarakatan seperti  solat  berjemaah jamuan dan gotong royong membersihkan surau dan akhirnya mereka akan kenli diantara satu sama lain senior dan juga junior yang kemudian menjurus kepada pemantapan akedemik.
           
            Program ini merupakan program mingguan yang dijalankan seminggu sekali pada setiap malam jumaat di Surau Kolej Kediaman Melewar dengan perisian yang berbentuk kerohanian dan dan kemasyarakatan seperti solat fardhu maghrib dan isya’ secara berjemaah, bacaan yaasin dan tahlil, tazkirah ringkas dan lain-lain program yang berbentuk kerohanian. Ianya telah disertai seramai 150 orang yang terdiri dari kalangan Mahasiswa kemasukan baru dan juga lama yang beragama Islam mahupun Pensyarah. Program ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula 7.10 malam dimana ianya dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah dan kemudian bacaan yasin beramai-ramai. Seandainya dalam waktu tersebut ada musibah ataupun kematian yang menimpa dikalangan pelajar melewar maka bacaan yasin tersebut akan disedekahkan kepada mereka yang berkenaan. Bacaan Yasin ini diketuai oleh AJK Surau atau Jawatankuasa Kolej Kediaman. Setelah majlis bacaan Yasin selesai sedikit jamuan disediakan, dimana juadah makanan diuruskan oleh AJK surau iaitu Saudara Abdul Hakim Bin Ghazali dan juga Saudari Siti Mariam Binti Ibrahim. Akhirnya “Program Tautan Ukhwan ini akan diakhiri dengan solat isya’ secara berjemaah dan bacaan doa yang diimamkan oleh AJK Surau KKM Saudara Muhammad Syahir Bin Idris. Namun , tentatif program berlainan sedikit sewaktu minggu belajar Mahasiswa sebelum peperiksaan akhir. Sedikit penambahan tentatif program iaitu Solat Hajat secara berjemaah dimana ia Solat Hajat ini dibuat selepas Solat Isya’ dan pada waktu itu juga respon dari kalangan pelajar-pelajar Islam KKM amat menggalakkan.
            Rangkuman perjalanan program ini,secara keseluruhannya berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang kecil seperti respon daripada pelajar yang hadir melebihi sasaran sewaktu terdapat pengisian Solat Hajat didalam program  yang menyebabkan jamuan yang disediakan tidak mencukupi. Namun, apa yang cuba dilihat disini bukanlah masalah jamuan tidak mencukupi tetapi penglibatan dan komitmen pelajar-pelajar Islam KKM yang amat menggalakkan dan keadaan majlis tetap meriah dan berjalan dengan lancar serta tiada berlaku bantahan yang disebabkan jamuan tidak mencukupi.

7.         KESIMPULAN

            Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif dan dapat dilaksanakan dengan baik. Program seumpama ini memberikan impak positif kepada pembentukan sahsiah pelajar. Selain itu juga program ini telah merapatkan silaturahim di kalangan Mahasiswa apa respon daripada Mahasiswa amat menggalakkan. Walaupun terdapat bebeapa masalah yang kecil sepanjang program ini dijalankan, dengan kerjasaman dan komitmen daripada AJK Surau mahupun JKK yang lain program ini dapat berjalan dengan lancar.

Rakan Persinggahan

clikck me