Sunday, January 23, 2011

Pembinaan Negara Bangsa: Tanggungjawab Rakyat

Latihan Debat
Speaker: Ketua Pembangkang
Usul: Pembinaan Negara Bangsa: Tanggungjawab Rakyat
Pembawaan Pembangkang: BUKAN tanggungjawab Rakyat

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum & Selamat Bersidang...

Pembinaan Negara Bangsa: Bukan Tanggungjawab Rakyat

TYD, memulakan rentak bangkangan panel pembangkang pada hari ini, saya akan dahulukan dengan jutaan terima kasih panel pembangkang khas buat yang amat berhormat Perdana Menteri atas pendifinisian yang cukup longgar saya kira, maka bertindak selaku ucap pertama di meja pembangkang suka untuk saya membawa pemikiran anda semua  untuk kita menyemak semula baik-baik kata seorang Perdana Menteri....



Rangkuman permasalahan beliau pada hari ini ialah:
Pertama; apabila usul pada hari ini berkisarkan berkenaan PEMBINAAN NEGARA BANGSA, frasa PEMBINAAN merujuk kepada 1 proses, jadi apakah proses pembinaan negara bangsa yang hendak mereka tunjukan, dan bagaimana rakyat ini bertanggungjawab dalam proses tersebut tidak pernah ditunjukan beliau?
Kedua;apakah kuasa yang ada pada rakyat sehingga kita mempertanggungjawabkannya untuk membina negara bangsa, persoalan dewan adakah rakyat mampu membuat halatuju negara??
Ketiga;adakah tiada entiti lain selain rakyat adakah entiti lain tidak mampu untuk pembentukan negara bangsa?, saya akan tunjukan kepada anda ada entiti lain selain rakyat yang sebenarnya yang akan menentukan halatuju negara
KeEmpat;Apabila panel kerajaan meletakkan matlamat negara bangsa ialah perkongsian nilai, budaya dan dasar, maka mereka tidak boleh pecahkan penghujahan mereka kepada Inter dan Intra kaum kerana apa TYD, kerana Negara Bangsa merujuk kepada negara 1 bangsa diantara melayu cina dan india, maka ke 3-3 entiti ini perlu bergerak seiring, jadi jika mereka pecahkan penghujahan INter dan Intre kaun maka penghujahan mereka boleh ditolak dewan...
Jadi saya tuntut yang ke-2 diseberangsana jawab ke 3-3 pertikaian ini, maka dari pertikaian ini saya binakan asas bangkangan kami untuk menjawab terus beban bukti mereka iaitu tunjukan bahawa rakyat tidak menyumbang apa-apa dalam pembinaan negara bangsa sepertimana negara Eropah yang telah berjaya mencapai negara bangsa yang dikenali Bangsa Eropah bagaimana cabaran-cebaran negara tersebut diselesaikan oleh pemimpin itu sendiri dengan mengumpulkan sejarah-sejarahnya dan menyelesaikan cabaran yang wujud. Maknanya kita perlu tunjukan dalam usaha mencapai pembentukan negara bangsa apakah cabaran yang wujud dan siapakah yang menyelesaikannya adakah rakyat atau sebaliknya.


TYD, Untuk menunjukan Pembinaan Negara Bangsa: Bukan Tanggungjawab Rakyat
selaku pembangkang yang baik kami akan menafikan bukan rakyat dan kemudian kami akan bawakan kepada anda semua entiti yang sepatutnya bertanggungjawab dalam pembinaan negara bangsa.


Pecahan penghujahan cukup mudah selaku yang pertama saya akan berhujah dari aspek kelemahan rakyat, yang mana kita lihat apa yang mampu rakyat lakukan dan akhirnya rakyat tidak mampu dalam menentukan halatuju negara.
Rakan saya yang ke-2 akan berhujah dari asper kerajaan yang bertanggungjawab, bagaimana kerajaan yang membawa halatuju negara dan rakyat akan mengikuti laluan ataupun dasar kerajaan.Atas rasional , menurut catatan kenegaraan dalam sistem hirerki pemimpin atau kerajaan adalah menduduki hirerki teratas dan yang bawah adalah rakyat.
dan rakan saya yang ke-3 seperti lazimnya akan mengebom perwakilan kerajaan.
Selesai Asas Bangkangan

Bergerak kepada penghujahan,
suka untuk saya hujahkan berkenaan kelemahan rakyat.
hari ini dalam sistem hirerki pentadbiran negara rakyat adalah entiti yang terakhir, jadi apakah kuasa yang boleh bilakukan oleh rakyat kalau bukan hak untuk bersuara. Namun adakah suara tersebut menyelesaikan masalah yang berlaku dalam mencapai pembentukan negara bangsa. Fakta kes berkenaan Isu GMI(Gerakkan mansuh ISA) yang dilakukan pada tahun 2008 yang mana GMI telah menganjurkan 1 perhimpunan aman di dataran merdeka(Tempat saksi kebebasan rakyat malaysia) .GMI ini adalah bertujuan untuk rakyat menyuarakan  mansuh ISA untuk memberi sokongan moral keatas mangsa kezaliman. Tetapi perhimpunan secara aman ini menjadi medan pertempuran antara kerajaan. Polis yang sepatutnya menjadi pelindung rakyat dan menjaga keamanan bertukar menjadi gengster jalanan. Dalam Perlembagaan Malaysia bahagian 2 merangkumi perkara 10 sendiri termaktub kebebabsan bersuara, berhimpun dan berpersekutuan. Perkara 10 juga menyaratkan bahawa sebarang perhimpunan AMAN dibenarkan selagi tidak mengancam keselamatan negara. Akhirnya suara rakyat tidak kemana.

Rangkuman penghujahan, Saya telah critakan kepada anda, apakah kuasa rakyat iaitu hak bersuara dan berhimpun, tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah dalam bantahan mansuh ISA dan akhirnya kuasa rakyat tidak kemana,itulah saya yang saya kira kelemahan yang ada pada rakyat .Sebab itulah Pembinaan Negara bangsa Bukan Tanggungjawab Rakyat...
Mohon usul ditolak dewan
sekian terima kasih.....

Tuesday, January 18, 2011

KeHidUpaN Di sEm BarU

Salam Ukhwah....
Kemasukan sem ini walaupun tidak sampai sebulan, tetapi banyak perkara yang telah berlaku....



Kolej Kediaman Perwira
Kini, Kolej Kediaman Perwira menetapkan sebahagian pelajar-pelajar Lelaki Kolej Kediaman Melewar  dan sebahagiannya lagi di campakkan ke Taman U...
Apa yang menyedihkan, kehidupan disini amat berbeza dengan kolej kediaman yang lama....
Kerinduan terhadap kolej kediaman melewar tetap dikenang, bukan hendak mengatakan Kolej kediaman Perwira teruk tetapi perbezaan kehidupannya amat berbeza....
Tidak dinafikan kolej Kediaman Perwira baik dari segi pengangkutannya mahupun kemudahan yang disediakan, tetapi ianya seolah-olah tiada life....
mungkin kali ni aku tinggal bersendirian, housemate dan rakan seperjuangan JKK lain sudah berpecah....
Kini, pelajar di kolej kediamn perwira mencecah dalam lingkungan 2000 orang, 
keadaan tersebut menyebabkan kesesakkan semasa menaiki pengangkutan yang disediakan untuk ke kuliah dan juga makan di cafe.....


JKK Perwira VS JKK Melewar
Disini mirul merindui abang-abang JKK melewar dan akak-akak JKK melewar sebab mirul yang muda dikalangan mereka....
mereka semua baik-baik belaka, disini juga aku melihat JKK di kolej kediaman Perwira...
bagaimana JKK perwira ini mengawal 2000 orang pelajar, sangat kagum....
suatu hari aku mengikuti menyuarat BKE(Biro Kerohanian & Etika) JKK Perwira, perancangan mereka amatku kagumi sehinggakan mereka hendak menarik aku kedalam organisasinya...
Aku masih lagi sedar bahawa organisasi melewar tidak dibubarkan lagi, jadi aku menolak segala tawaran, semasa dicalonkan kedalam organisasi tidak sangka ramai juga yang sokong...huhu


Housemate
Sistem yang tidak sistematik menyebabkan nama-nama pelajar yang telah graduate ada lagi dalam senarai pindah kolej kediaman...Yang mana sepatutnya rumah yang kirul duduki ini 10 orang menjadi 4 orang.....mereka yang lain telah graduate menyebabkan banyak kekosongan bilik,
dan dikalangan 4 orang itu, seorang adalah dari Blok A yang mana menemankan mirul di sini yang kami anggap sebagai housemate sendiri....


Kembar???
Kawan .......,
sehinggalan suatu hari Mak Cik di cafe tanya "awak kembar ke??muka sama laa" kami hanya mampu tersenyum.....hehe kemudian mak cik tuh kata "Bukan ea, waah nak kawan dengan muka yang sama" hehe


Pindah...
Mungkin disebabkan teman serumahnya kerap bertanya maka dia perlu kembali semula ke rumah asal yang telah ditetapkan.......



Thursday, January 6, 2011

Keberkatan surah al-ikhlas

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a'lam

Sunday, January 2, 2011

weLc0mE 2011~

Alhamdulillah memanjatkan kesyukuran dipanjangkan umur tahun ini, walaupun terlewat sehari bagi tahun 2011, nak tulis jugak.....=)
Tahun ni mesti ada azam baru,
AZAM=
->Insyallah, nak belajar bersungguh-sungguh naikkan pointer....
->nak tingkatkan prestasi dalam debat...
->nak lakar kejayaan dalam debat....
->Nak Fokus Debat jugak, jadikan senior2 debat contoh....
->Nak Fokus Belajar, jadikan abg2 housemate lepas sebagai role model...
->Cuba menerima keadaan rumah kolej baru...
->Cuba menambahkan kesabaran...
->Cuba menjadi seorang menerang yg baik...
->menambahkan amal...
->Mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah...
->cUba bercambur dengan orang...
->Cuba Tambahkan senyuman....hehe

SemoGa Tahun BAru Ini Semuanya Baik2 HendakNYA....
amin~

Rakan Persinggahan

clikck me