Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009

Welcome 2010 melabuhkan tirai

salam ukhwah....
sem 2 dah masuk.....
alhamdulillah dapat melanjutkan ke sem 2
walaupun agak sedey ramai yg pindah
dan kuntilanak dan sudal bolong masih disini...
aku akan teruskan semangt untk belajar.....
keadaan menjadi yang amat gelap apabila....
yg tak diundang datang ke umah...
datang2 dah buat hal malukan aku kat warung wak...
sengal x de rumah agaknye kene halau....
x mengapa kita tinggal kan beliau dengan kuntilanak dan pontianak yg masih disini....
sem 2 ni nampak peck gile....arrrgggghhhhhh
hari ni last 2009...
akhirnya dapat gak ku tulis blog...
banyak kenangn best , x best n xbest kuasa 2...
ape2 hal kene la bukak buku baru walaupun perasaan benci pd seseorg menghantui diri...
thanks 4 akak hanis beri semangt.....
sangt terharu, akak je memahami diri ni....
walaupun x semua masalah aku critakan....
thnks 4 nasihat raja ....
thnks positif pasti sekeliling jadi positif....
but dah try......
tapi bile dgr name tu je....
ya allah menyampahnye hati ni.....
sem 2 ni aku rase sunyi sedikit....
welll dak2 debat memang best walaupun ade sesetengah yg memandgnye serong
aku tetap campur semua, peduli la org kate yg penting aku bahagia....
well, x sangke aku leh rapat ngan dak2 debat selain dak2 melewar...
debat akan datang ni.....huhu ramai pesaing...
ada peluang main jew.....
prinsip kak fatin " lawan jew"
kak hanis nasihtkan stdy elok2...
sebenarnye sem 1 dah stdy gle2...
bukan stdy last minit...
tapi pointer x berape laa....
x pe dah tertulis kat atas aku redha jew....
aku harap sem 2 ni lebih tenang....
x de kuntilanak mahupun pontianak....
ataw pon bomoh hacker.....
tirai 2009 ditutup...
azam 2010
nak target yg lebih baik dari sem 2
abaikan anasir2 jahat bomoh2 n kuntilanak pontianak...
jadi pendebat yg hebat.....
best of the best...
amin....
thanks my fwendz...
i love u all.

Friday, December 25, 2009

AVATAR


hak3, setelah penat berdebat keesokan hari selepas daftar melewar aku follow group debat g bandar BP enjoi.....pada mulanya kami makan with miss eng(yg uruskan kami debat) aku kagum dengan miss eng yg begitu perihatin terhadap debat bahasa melayu.......
after that miss eng x ikut g tengok wayang.......start kol 9 so g karo dulu...
aku just tengok jew dieorg karok.......
haha disebabkan enjoy lame sangt aku terpakse balik esok....aku kene balik sebab kene pulangkan laptop kakak aku.......
kami menonton cter AVATAR....
ianya memang seronok macam nk beku dalam tu......
die nyer grafik memang best mengisahkan 2 dunia hasil pengarah cter tetinic......prefect......
cubela g tgk......
ni la grop pertama selain dak melewar yg aku rapat....~~~~

DEBAT SPRM UTHM



Alhamdulillah, waktu itu aku diberi peluang untuk berdebat....
dan aku juga bersyukur kerana dapat 1 team dengan BG(saddam) n Azreen....kami tiada simpanan.....
azreen n BG 1 kolej kediaman iaitu TSN manakala aku adalah org luar kolej melewar.....
pada mulanya team kami di target ke final ......
tapi tiada rezeki....kami hanya mampu sampai ke suku akhir dengan mendapat RM300......apa yang menariknya jika hendak dibandingkan dengan team royal diraja, aku sangat tertekan.....tapi apa yg menariknya team ini kami saling memahami andainya seorg drop kami akan support......walaupun sampai ke suku akhir aku tidaklah rasa gembira seperti mereka, kerana aku hanyalah org biasa dalam team bukan org kuat....org kuat azreen......
ini ialah tentetif final....

Tuan Rumah : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Usul : Pencegahan Rasuah Belum Terbudaya
Johan : Universiti Teknologi Malaysia, UTM (Pembangkang)
Naib Johan : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM (Kerajaan)
Pendebat Terbaik Akhir : Janifal bin Alipal (UTHM A)
Pendebat Terbaik Liga : Ruwaidah (UTM A)
Juri : 4 - 3
Margin : 2.5
Keputusan : Usul ditolak

Separuh Akhir
1. Institut Perguruan Temenggong Ibrahim - A
2. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - B

kami group uthm B....
dalam pertandingan ini aku bertuah kerana dapat berjumpa senior sek lama.....
senior sekolah pekan nanas cuan....n senior sek menengh teknik pontian solihin.......mereka juga pendebat.......solihin merupakan org yg ajar aku debat di sekolah dulu......haha disebabkan aku pendiam waktu tu aku jadi simpanan jew.....tp x disangka waktu suku yg aku kalah tu aku lawan senior sendiri......walaupun kalah , aku rasa puas kerana dapat buat yg terbaik depan senior yg lama x jumpa.......hak3....senior aku kate "waw ko dah bagus ea....dulu pendiam, bagus2 banyak kan berlatih bercakap n jumpa di ASTA , DEBAT ROYAL n DEBAT SPRM tahun depan"....insyallah kalau diberi peluang berdebat lagi......
yg sedihnye aku seperti gagal membawa org debat ke 2.....dulu waktu inter kolej aku men 1, royal men 3 n yg ini men 2.....aku bersyukur diberi peluang men kesemua tempat.....ranking debat aku sangat teruk.....uish.....x pe berusaha lagi....go mirul u can do it

DEBAT UNIVERSITI MALAYA

salam.....
hari ini aku terkejut apabila search "DEBAT DIRAJA 2009 " MENDAPATI RAMAI YG KRITIK uNIVERSITI mALAYA atas tuan rumah debat diraja yg tidak bagus,.....
disini kita kongsikan aku copy paste.............
by this web http://um-today.com/?p=873

“Universiti Malaya yang ‘menjengkelkan’” luah ketidakpuashatian Debat Piala DiRaja 2009


\

Lembah Pantai 22 Disember 07:01p.m – Pelbagai kritikan dilontar kepada penganjuran pertandingan Debat Piala Diraja 2009 yang dijalankan pada 4 hingga 7 Disember lalu bertempat di Universiti Malaya.

Pertandingan berprestij tersebut dikritik oleh satu email yang dihantar kepada media lewat petang tadi dengan tajuk “Universiti Malaya yang ‘menjengkelkan’”.

Namun individu yang menghantar email berkenaan tidak mendedahkan maklumat peribadi namun hanya menyatakan “Daripada ‘anti-Keterjengkelan’”.

Pertandingan yang berlangsung di Universiti Malaya pada 4 hingga 7 Disember 2009 merupakan acara tahunan anjuran Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM).

Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya menewaskan Universiti Tun Hussain Onn dalam pertandingan akhir debat Bahasa Melayu dengan tajuk usul ‘Pembinaan Negara Bangsa Lebih Penting’.

Bagi Kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh pasukan Universiti Islam Aantarabangsa Malaysia (UIAM) selepas menewaskan pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) manakala kategori Bahasa Melayu Utama dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengalahkan pasukan daripada Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).



Pasukan debat bahasa arab USIM yang diwakili oleh Mohd Najib Taha, Hisham Hanapi, Mohd Izzat Amsyar dan Ahmad Shahir berjaya menewaskan juara bertahan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). USIM bertindak sebagai kerajaan manakala UIAM bertindak sebagai pembangkang berhujah di atas tajuk “Menghantar pelajar untuk menyambung pengajian di Universiti bukan Islam merosakkan akhlak mereka”.

Juara kategori Muda dan Utama masing-masing menerima hadiah wang ringgit berjumlah RM 3,000, Sijil Penyertaan, Piala Pusingan dan Piala Iringan. Hadiah dan cenderamata disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya Tan Sri Datuk Arshad Ayub dan Naib Canselor Universiti Malaya Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon.-UMtoday

Berikut ialah email yang dihantar kepada media:

———————————————————————————————-

“Universiti Malaya yang ‘menjengkelkan‘”

Hakim:

  • Para Hakim hanya diberi tempat tinggal di kolej kediaman. (Logikkah???Sepatutnya di hotel atau di rumah universiti)
  • Para hakim khususnya hakim debat hanya diberi elaun RM25 sahaja dalam satu pusingan debat, sedangkan berdasarkan pengalaman kejohanan debat-debat sebelum ini, para hakim deberikan sekurang-kurangnya RM50. Logikkah? Sedangkan hakim di kalangan pensyarah dan profesor.
  • Para hakim tidak disediakan pengangkutan sehingga ada di kalangan mereka yang berjalan kaki dari kolej 11 sehingga ke Stesen universiti untuk pulang.
  • Saat-saat akhir, bantal dan cadar disediakan kepada hakim di kolej 11 ketika hkim telah pun sampai di kolej…
  • Hakim mengadu: Hakim bercampur kawasan dengan bilik penghuni kolej, jadi sampah tidak disapu. Mereka mendapat kunci bilik, tetapi mereka tidak tahu arah bilik tersebut sehingga terpaksa menanyakan penghuni kolej tersebut di mana bilik mereka. Tiada usher yang tunjuk jalan.
  • Hakim mengadu mereka tidak ada tempat tinggal, dan akhirnya mereka ditempatkan di kolej 12, dan mereka terpaksa berdikari sendiri. Tiada urusetia yang ditugaskan memantau hakim-hakim dari pelbagai IPT.
  • Hakim Bahasa Melayu terpaksa menunggu lebih sejam untuk diambil oleh bas di kolej 11, menyebabkan mereka ragu-ragu untuk pulang ke kolej kerana perlu menjadi hakim bagi pusingan seterusnya.

Pengurusan dan Protokol:

  • Perjalanan program langsung tidak menepati masa, sehingga berlaku keterlewatan sehingga sejam lebih.
  • Pentas perdebatan akhir bagi debat B.A ditukar saat-saat akhir ke DKU API, sedangkan sebelum ini, urusetia telah menempah Audi KPS dengan alasan untuk persediaan urusetia menyambut kehadiran raja jam 2.30 petang di DTC. (Esok pagi jam 8 pertandingan debat akhir, harini pkl 12 tghari baru dapat makluman dan diarahkan oleh HEP untuk tukar tempat) (Berlaku pada hari Isnin, 7 Disember)
  • Pihak pengurusan bukan sekadar tidak menyediakan borang penilaian program, malah langsung tiada buku program untuk para peserta.
  • TNC HEP cakap kosong pada malam perasmian penutup bagi Debat diRaja kategori muda, malah menyentuh hal-hal lucah seperti seks dan penis ketika berucap kononnya ingin buat lawak, tapi langsung tidak mempamerkan ciri-ciri keintelektualan.
  • Urusetia dan sukarelawan tiba-tiba terpaksa menyusun program sendiri kerana HEP tidak susun, sedangkan mereka hanyalah urusetia.
  • Jawatankuasa pelaksana di kalangan HEP sendiri tidak turun padang untuk meninjau bagaimna kebajikan hakim, kebajikan peserta-peserta, dan mereka menyerahkan segala tugas kepada urusetia sedangkan urusetia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat keputusan.
  • Layanan urusetia terhadap peserta hambar, dan mereka tidak menghayati bahawa UM merupakan universiti contoh kepada IPT lain.
  • Persembahan ketika majlis perasmian yang mencemarkan nilai keintelektualan universiti perdana kononnya… Persembahan boria, tarian etnik Sarawak, seorang perempuan yang menyanyi, dan lain-lain… Sesuaikah dengan golongan mahasiswa yang bergelar pendebat dari seluruh 23 IPT???
  • Tayangan slide gambar yang mencemarkan nama universiti, diiringi lagu-lagu hidonisme seperti rock.
  • Semasa pertandingan akhir debat yang menyaksikan perlawanan akhir di antara UKM dan UTHM, penonton-penonton tidak dapat melihat wajah pendebat kerana tidak difokuskan video pada mereka.

Teknikal, Pengangkutan, dan Tempat:

  • Bilik perdebatan keenam-enam pusingan awal bagi Debat Bahasa Melayu, Inggeris, Arab sangat kecil, tidak dapat menampung kehadiran para hadirin.
  • Pihak pengurusan kolej 11 menerima makluman saat akhir untuk digunakan petempatan kolej 11 bagi para hakim, sedangkan logiknya perancangan Debat adalah lebih awal. Ini menunjukkan pengurusan kolej 11 tidak proaktif mengagihkan tugasan kepada warga kolej dengan cekap.
  • Penghawa dingin tidak dibuka ketika majlis penutupan kategori muda di KPS.
  • Tiada runner/usher yang menunjukkan jalan kepada para peserta dan hakim dan tiada penanda jalan.
  • Ketika masuk ke UM, pemandu2 bas tidak tahu ke mana menuju.
  • Bas tidak banyak disediakan.

Kewangan:

  • Peruntukan wang diberikan sebanyak lebih RM200 000 dari MADUM dan KPT ditambah dengan pemberian RM3000 bagi setiap pasukan debat dari IPT, tapi ke mana duit pergi?
  • Pendebat terbaik final hanya diberi RM500, sedangkan sebelum2 ini berdasarkan maklumat mengenai debat lalu, pendebat terbaik dapat RM1000.

Makanan

  • Ramai peserta dan beberapa hakim keracunan makanan.
  • Peserta diberi makanan dalam polisterin, bukan melalui dewan makan, buffet, catering, dan seumpamanya sebagaimana debat-debat sebelum ni. Dan makanan hakim dan peserta adalah sama jenis.
  • Vegetarien dan mereka yang allergic makanan tak dititikberatkan.
  • Ketika makan tghari di tempat pertandingan, hakim2 hanya melihat peserta makan sedangkan mereka tidak mendapat makanan, malah hakim mogok dan beramai-ramai makan di luar universiti Malaya, disebabkan makanan hakim yang lambat disediakan, lalu ia terbiar membazir dan terbuang begitu sahaja.
  • Sepanjang pertandingan, urusan makanan hanya diurus oleh sebuah catering yang mempunyai 3 orang pekerja, bayangkan satu pertandingan ada 200 orang peserta satu kategori, bagaimanakah nak menguruskan seluruh kategori yang melibatkan hamper 600 pelajar dan hakim sedangkan mereka hanya mempunyai 3 orang pekerja sahaja, dan hal ini berlanjutan selama 3 hari pertandingan sahaja.
  • Pihak HEP hanya mementingkan catering kroni sendiri, pekerja makanan tak ramai hanya 3 orang, menyebabkan servis lambat kerana perlu menghantar ke kolej-kolej.
  • Aduan dari IPT lain, bahawa UM menggunakan polisterin, sedangkan IPT lain mengharamkan penggunaan polisterin (USM), bagaimana mungkin UM ingin mencapai taraf university apex, sedangkan hal-hal sebegini diambil remeh.

Penginapan:

  • Terdapat peserta ditukar-tukar penginapan, dan beberapa kolej kediaman hanya ditempah saat-saat akhir. Malah pihak pengurusan kolej sendiri tidak tahu menahu tentang penginapan peserta debat, dan mereka hanya tahu pada hari pendaftaran peserta.
  • Bilik peserta yang tidak dikemas, sampah merata-rata, tandas yang tidak bersih, apabila peserta menginap di kolej2 kediaman.

Hadiah dan Sijil:

  • Hadiah bagi debat tak sesuai – Hanya piala Kristal yang lebih kecil daripada buku tulis bagi yang johan, sedangkan sebelum ni hadiah debat adalah piala platinum sebesar pasu bunga setinggi 40 cm bagi seorang pendebat.
  • Banyak kategori hadiah dan pemenang tidak diberikan, seperti pemenang debat keseluruhan. Tidak diumumkan IPT mana yang johan keseluruhan.
  • 10 pendebat terbaik hanya memperoleh sijil yang tidak dilabelkan dan tidak ditaip nama mereka. Malah mereka tidak menerima piala. Sedangkan sebelum ini, bagi 10 pendebat terbaik, mereka sepatutnya dapat piala platinum sebesar pasu bunga tinggi 20cm beserta sijil. Hadiah hanya berharga tidak sampai RM100 berdasarkan perkiraan.
  • Kepala piala boleh tercabut dan patah ketika penyampaian hadiah, bukan penerima hadiah yang buat, tapi gam yang tak kuat. (Nampak sangat hadiah murah)
  • Sijil penyertaan tidak disediakan untuk para peserta dan hakim. Kalau disediakan pun, agak lambat.
  • Sijil hanyalah boleh dijual beli, dan tidak bernilai kerana sijil bukanlah menggambarkan situasi debat, logo MADUM tidak ada, dan tandatangan daripada pihak MADUM tidak ada, malah hanya TNC HEP sahaja yang menandatangani seolah-olah pertandingan debat ini dianjurkan olh HEP UM sahaja. Tiada kualiti langsung..!

Publisiti:

  • Banner dan bunting yang tidak menghidupkan suasana debat. Banner dan bunting hanya digantug ala kadar, dan peserta debat langsung tidak merasai suasana dunia debat apabila datang ke universiti berbanding penganjuran di IPT lain.
  • Publisiti tidak meluas, tidak diiklankan di televisyen, media massa, blog, web.
  • Web UM sendiri tidak mempublisiti tentang perihal debat secara meluas. Sewajarnya UM sekurang-kurangnya menyediakan blog khas atau web mengenai pengajuran debat bagi memudahkan peserta dan hakim mengakses maklumat mengenai debat.

Lain-lain

  • Etika pakaian pendebat UM berbanding IPT-IPT lain. Pakaian mereka seksi dan ketat, kain lebih singkat daripada lutut ketika mengambil hadiah.
  • Posmortem di kalangan urusetia dan jawatankuasa pelaksana tidak dititikberatkan. Ini menyebabkan HEP memandang remeh dalam hal-hal program berprestij. Sedangkan ketika mana persatuan-persatuan UM ingin melaksanakan program yang kecil sahaja ketika menghantar KKD, KKD mereka ditolak kerana tidak memnuhi kriteria protokol, bahkan sebaliknya HEP lagi teruk.
  • Mereka nak student jadi profesional, tapi HEP sendiri tak professional langsung.
  • FESKUM dan Debat diRaja- FESKUM jauh lebih bermakna dan professional jika dibandingkan dengan debat diRAJA. (ulasan ramai pelajar UM dan urusetia)
  • Terdapat beberapa peserta debat mengkomentar bahawa penganjuran debat kali ini adalah paling teruk dari segi pengurusan, perkhidmatan, dan layanan sepanjang 13 tahun debat diraja dianjurkan.
  • Pegawai-pegawai kakitangan UM sendiri menganggap program Debat ini program sambil lewa tanpa memikirkan nama baik universiti, sedangkan penganjuran ini buat pertama kali UM menganjurkan debat Diraja.
  • Sepanjang 13 tahun penganjuran debat, ini merupakan kali pertama UM menjadi tuan rumah menga anjurkannya, bila pegang pula tak menunjukan professional, tetapi mungkin juga penganjuran ini kali terakhir setelah dinilai pengurusan dan layanan sepanjang penganjuran debat kali ini.
  • Postmotem ditutup mengenai kelemahan debat serta perbincangan mengenainya, sehingga pihak atasan tidak tahu akan perkembangan Debat.

ramai yg respon bende ni d web yg td.......




Tuesday, December 15, 2009

7 kalimah

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu
2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk..
4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian
7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Anda ada dua pilihan sama ada:
1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..
2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

kiriman dari teman


Saya MALAS Awak Suruh RAJIN..

Saya NAKAL Awak MARAH..

Saya SENYUM Awak Lagi La SENYUM..

Saya GURAU Awak GELAK..

SWEETS sangat Waktu Tuh..

tapi kalau Saya Tak Ade,

JANGAN Pulak Awak IKUT Saya PERGI..

Cuma DOA Je Dalam Hati..

&

INGAT Dekat Saya dah Cukup Untuk NILAI PERSAHABATAN Kita..

&

Buat saya TENANG Selamanya

Awak jangan SEDIH..

Saya Tak Suka AIR MATA Awak MENITIS Nanti..

Kerana..

Saya Terlalu SAYANGKAN KAWAN2 Saya..

Termasuklah AWAK.

Friday, December 11, 2009

SElamat Jalan


SElamat Jalan my frendz

huhu
dulu hilang azmi kini husen plak pindah...
pepehal perjalanan study kene dteruskan....
selamat jalan sein jgn lupe aku.....
sedih 1-1 kawan hilang...........
yang tinggal musuh.........
all the best

DEBAT PIALA DIRAJA

DEBAT PIALA DIRAJA Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.........naib johan






Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
team senior(utama 1) kerana
telah dapat sampai ke pentas final
sekaligus menggegarkan nama universiti tun hussein onn malaysia
di mata universiti lain....
hal ini kerana universiti kecil yang masih baru menapak
diantara universiti-universiti lain dapat bersaing akhirnya.
walaupun saya kalah, tapi saya berbangga
yg ajar saya berdebat dapat ke final....
walaupun final itu kelihatan berat sebelah dapat naib johan
dengan universiti kebangsaan malaysia,
tapi yang mendapat perhatian universiti tun hussein onn malaysia..
Canselor UTHM sendiri sedang berusaha untuk memperkenalkan uthm ini...
sehingga sebelum pertandingan berjanji akan memberikan laptop kalau dapat johan...
apabila sampai ke final
uthm ini sering menjadi buah mulut orang....
tapi uthm tetap macam dulu , tak sombong berbanding universiti lain
yang besar dan sering mengondol kejohanan debat...
saya first time ke debat antara universiti...
jadi agak terkejut la selama ini tengok video debat
akhirnya watak-watak dalam cd dapat lihat depan mata....
yang mengecewakan, mereka yg sering mengondol johan
tidak melihat team-team debat yang lemah dalam erti kata lain
tak campur...
kesihan....
tapi uthm lain.....
hak3 saya first match da jumpe UMT
dengan usul "mansuh PPSMI jawapan terbaik"
ha semangat nye pasal...
alhamdulillah menang , dapat la
pembahas terbaik....
walaupun agak presure ....
diteruskan gak..
bertemu UTP,UMD,UNIMAP
yg penting dapat berkenalan dengan pembahas universiti lain...
disebabkan pendiam hanya dapat kenal beberapa je.....
betul ke orang pendiam tak leh masuk debat.....
tak pe yang penting enjoy....
walaupun agak pendiam, debat harus diteruskan..
pasni ade debat ASTAR, INTEGRITI,
tapi just leh g 1 je....
pepehal wat yg terbaik....
debat ni aku banyak belajar....
hidup seperti katak bawah tempurung telah dipecahkan tempurungnye...
main bola tampar petang-petang kasi hilang presure
sampai tangan terkehel.....
hak3
enjoy bowling ngan abang akim...
die memang perfect....
all the best....





Rakan Persinggahan

clikck me