Wednesday, February 20, 2013

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Sekadar Perkongsian Daripada Penulisan Blog Seorang Rakan.....

Dari kiriman email yg diterima Zam..

Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.



WeLcOme BacK tO uThm For ThE NeXt SemersTer

Assalamualaikum & Salam Sejahtera tO all ReaDer~~~~

setelah berehat sebulan semperna cuti sem...
nah.... naik sudah...
haa time cuti tak kerja duduk umah jer...so badan jadi lebar la...(agaknyer kot)
pejam celik pejam celik aik dah naik sem dah....
biasalah first day, first minggu memang bz dan kalut....
bukan bz dengan preojek atau belajar tapi bz nak manage jadual kelas...haha
hehe  hari ni kelas hari ni keluar jadual ... pelik kan....
jadual keluar lambat, then banyak bertidih subjek....

dalam minggu pertama ni mula lah dengar bisikkan bisikan ada yang kata
"minggu pertama tak de kelas lahh"
ade jugak bisikan halus yang cakap
"first week lab takde...."

hari ni hari ke-3 setelah jadual keluar, tadi pergi kelas lectre tuh siap cakap lagi
"masa hari isnin ada lab, saya ambil attendance so yang tak datang kosong lah.."
nah amek kau asal tak pergi kelas kan dah kene...kejam jugak lectre ni hari first jadual keluar dah buat kelas, lab pulak tuh.... ishh...

kesimpulannya janganlah dengar bisikan-bisikan halus tersebut.......
semoga semester ni dipermudahkan belajar, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
dengan kelas baru, romate baru, bilik asrama baru kelas dan lectre baru.....

Selamat Memulakan Peperangan.....
err kenape perang???yer la belajar kan macam berada di medan peperangan



Friday, February 8, 2013

HapppY cHinEse NewYear Friends

Dear Friendz chinese
Selamat Tahun Baru Cina
Tahun Ular

Salam Mulia Hari Jumaat

Ya Allah,
Jauhkanlah Aku Dari 
Memandang Kepada Maksiat
Daripada Buraidah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda kepada Ali r.a. yang bermaksud:
"Wahai Ali, janganlah kamu ekori pandangan mata (pada kali pertama) dengan pandangan (yang ke-2 atau lebih), kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu (iaitu:tidak dikira sebagai dosa). Tetapi, pandangan yang akhir (kali kedua atau lebih) itu bukanlah bagimu (iaitu:ia dikira satu dosa)."
[Riwayat Imam at-Tirmizi]

Thursday, February 7, 2013

WeLcoMe BaCk As WritEr BloGGer

dah lama rasanya tak menulis,
kali ni bercerita berkenaan dengan pinjaman yayasan pelajaran johor yang baru masuk setelah
semester 1 berakhir.....
duit kali ni buat beli laptop baru dengan harapan ianya tahan lama dan mudah dalam segala kerja memandangkan laptop yang lama hanya 32 bit berbanding yang baru 64 bit mampu menampung softwe yang berat....
hehe tapi lepas ni kalau nak menaip seperti mengeja la sebab keybord lain dah....
sekarang ni mengira saat-saat akhir cuti semester... hanya tinggal dalam seminggu setengah sahaja lagi sebelum naik semester....

Rakan Persinggahan

clikck me