Sunday, February 27, 2011

Persediaan Mahasiswa Untuk Dipasarkan Ke Pasaran Kerja

Persediaan Mahasiswa Bergelar Pemimpin Negara


Persediaan Mahasiswa merujuk kepada perancangan, persediaan ataupun apa yang kita lakukan kini dalam menempuhi masa hadapan sebagai pemimpin negara, iaitu pengganti kepada tokok pimpinan yang kini. Hari ini adalah corak awal Mahasiswa kepada pemimpin akan datang, sekiranya hari ini kita selaku Mahasiswa hanya tahu belajar semata-mata, tidak tahu menganalisis sesuatu perkara serta hiburan yang melampaui batas maka dalam keadaan yang tidak disangkakan kita telah pun mengorbankan hasrat Falsafah  Pendidikan Negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan akhirnya Negara tidak akan mencapai matlamat dalam bajet 2011 iaitu Transformasi Untuk Mencapai Negara Berpendapatan Tinggi.
Sebagai persediaan awal, untuk bergelar pemimpin Negara ,seorang Mahasiswa perlulah jadikan diri seorang yang berilmu. Ilmu adalah asas bagi sesuatu kejayaan,kerana dengan ilmu kita akan tahu merancang, mengatur strategi dan juga menganalisis sesuatu perkara dengan baik.Ianya boleh diibaratkat sebagai sepohon pokok dengan akar yang kuat, sekiranya tiada akar maka pokok itu tidak dapat berdiri dengan baik, begitu juga seorang Mahasiswa, sekiranya tiada ilmu maka mereka akan terumbang ambing mencari kebenaran, akhirnya dalam percaturan minda  yang sempit tanpa disedari mereka telah memilih jalan yang salah.Bagi seorang Mahasiswa, ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat berharga untuk dipasarkan kepasaran kerja, tidak ketinggalan juga kemahiran insaniah. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Justeru generasi mahasiswa tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengan gejala yang hanya menyekat kemaraan bagi meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dan difahami dengan sebaiknya. Ilmu itu tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahaman yang mendalam mengenainya. Seperti mana firman Allah “Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajad.” (Al Mujadilah: 11)
Peringkat seterusnya, Keikhlasan amat penting dalam menjalankan tanggungjawab kepimpinan. Kepimpinan mahasiswa perlu memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perlu dibahagikan, kewangan juga perlu dikorbankan dan privacy diri diketepikan sementera waktu untuk memastikan amanah kepimpinan dilunas dengan baik. Semua itu memerlukan kata kunci dalaman yang namanya adalah keikhlasan. Amalan tanpa ikhlas ibarat debu di sisi ALLAH,
Sepertimana firman Allah dalam Surah Al Furqan :23
… Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.(Al Furqaan;23).
Mana mungkin pengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilaksanakan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati.
Akhlak Seorang Pemimpin
“Wahai sekalian manusia, kalian telah sepakat memilihku sebagai khalifah untuk memimpinmu. Aku ini bukanlah yang terbaik di antara kamu, maka bila aku berlaku baik dalam melaksanakan tugasku, bantulah aku, tetapi bila aku bertindak salah, betulkanlah. Berlaku jujur adalah amanah, berlaku bohong adalah khianat. Siapa saja yang lemah di antaramu akan kuat bagiku sampai aku dapat mengembalikan hak-haknya, insya Allah. Siapa saja yang kuat di antaramu akan lemah berhadapan denganku sampai aku kembalikan hak orang lain yang dipegangnya, insya Allah. Taatlah kepadaku selama aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila aku tidak taat lagi kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada kewajibanmu untuk taat kepadaku.”
(Abu Bakar r.a.)

Suatu masyarakat dan bangsa akan disebut sebagai masyarakat dan bangsa yang maju manakala memiliki peradaban yang tinggi dan akhlak yang mulia, meskipun dari segi ilmu pengetahuan dan teknologi masih sangat sederhana. Sedangkan pada masyarakat dan bangsa yang meskipun kehidupannya dijalani dengan teknologi yang modern dan canggih, tetapi tidak memiliki peradaban atau akhlak yang mulia, maka masyarakat dan bangsa itu disebut sebagai masyarakat dan bangsa yang terbelakang dan tidak menggapai kemajuan.

Wednesday, February 23, 2011

Berakhirlah Sudah Pencalonan=)


Alhamdulillah dengan lafaz mulia, keputusan pencalonan telah diumumkan petang semalam, kemenangan kerusi PRO-M 13 kerusi dan PRO-A 17 kerusi. Kepada yang berjaya semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik sekali.

walaupun tak ada rezeki bagiku, aku bersyukur pasti Tuhan tahu aku belum bersedia memikul tanggungjawab ini.
Perasaan sedih adalah lumrah, cuma tak perlu di zahirkan sahaja. walaupun kalah tapi banyak benda aku belajar, bagaimana nak becakap dengan orang .perkara yang paling memalukan ialah jumpa orang then cakap "undilah saya"......walaubagaimanapun, terima kasih pada kak liana dan kak azhani kerana banyak membantu sebagai pencadang dan penyokong, sehinggakan ada yang cakap mereka ni sangat rajin kalau ada event pasti muka mereka ada......tetapi maaf sebab tak menang.
apa yang menariknya tentang mereka, seorang pendiam seorang lagi banyak cakap. jadi seimbanglah....tetapi mereka sangat carring.........

Tahniah juga kepada Sofia(pendebat) kerana berjaya naik MPP dan diberikan kepercayaan studnt. kalau boleh nak design banner wish dari sekreat debat BM tahniah dan dalam blog debat, tetapi tulis dalam blog aku je dah memadai....

paling menarik, ambil gambar sehingga 6 kali hanya kerana senyum, ni lah benda paling berharga belajar senyum....=))

Apa-apa pun tanggungjawab aku sebagai Naib Pengerusi Sekreat Debat belum berakhir dan BKE Melewar & Kelisa....

Sunday, February 20, 2011

Salah ke aku??????

Hari ini aku akan bertanding untuk kerusi umum dalam MP*.
Salah ke kalau aku selangkah kaki ke hadapan,
aku kecewa dengan mereka yang aku sanjungi apabila menjadi 1 kumpulan dalam persatuan.
Aku harapkan sokongan mereka tapi lain pula katanya,
dalam masalah pentadbiran, maka pencalonan di buat 2 kali,
pada hari ke-2 bertembung dengan latihan debat,
kenapa perlu cakap "ko tahu mereka datang jam berapa??" selama ni aku datang jam berapa pernah ke lambat.....
"ok2 salah ko mirul" dalam keadaan yang penat, messj yang diterima oleh AJK latihan, aku ingat xd orang datang jadi aku berkejar waktu berehat semasa pencalonan, semua pandang slek......
Aku tahu akuy x layak, tapi salah ke aku mencuba selangkah kehadapan, tak perlu la kutuk belakang.....
paling malu time tu ada kak liza yang aku pujuk suruh datang, kalau macam ni x yah la nak wujudkan kemesraan

BAru aku tahu kenapa janifal Quik debat

Rakan Persinggahan

clikck me