Friday, December 9, 2011

Teman Tubuh

(Di tulis pada waktu hujan lebat, musim tengkujuh dah tiba di pantai timur, lalu aku berkata kepada forever alone yang sentiada terlanjur dengan diri sendiri, bahawa di sini ada tip untuk anda dalam mencari teman tubuh..mudah mudahan)
Dahulu, aku juga seorang yang sepi tanpa teman hidup. Apa aku buat?
Terlanjur dengan diri sendiri?
Tidak! Sewaktu kesunyian melanda hati di malam hari, aku akan pergi keluar rumah, melihat ke arah langit, sambil memerhatikan ribuan bintang-bintang yang membuat ‘perasaanku terganggu’, lantas menambahkan lagi kesepian dalam diri ini seperti saf belakang masjid yang sentiasa kosong...
Setelah sekian lama menunggu teman hidup yang mungkin akan jatuh dari langit, tiba-tiba pada suatu malam, jam lebih kurang satu pagi, tiada pula kelihatan bintang beribu. Apa yang ada hanyalah langit hitam gelap tiada sempadan. Angin pula bertiup kencang. Secara tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya.
Aku tidak berlari masuk ke rumah sepetti kambing yang takut hujan, tapi aku terus membiarkan diriku dibasahi hujan lebat.
Kenapa aku biarkan diri ini kebasahan dalam hujan yang lebat bersama air mata?
Aku lakukan semua itu kerana aku teringat hadis Nabi yang mengatakan betapa makbulnya doa ketika hujan lebat.
"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur; waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Daud)
Lantas aku terus berdoa dalam kebasahan hujan, memohon agar di kurniakan teman hidup atau dalam bahasa sains: teman tubuh!
“Ya Allah, berikan aku teman hidup dan berikan aku teman tubuh, agar aku dapat menyempurnakan agama-Mu dengan cara kekasih-kekasih-Mu memyempurnakannya.”
Lalu hujanpun bertambah lebat memakbulkan doa doa mereka yang beriman..
Alhamdulillah, akhirnya doaku makbul.
Buktinya?,
Kini, apabila hujan lebat pada waktu malam, terutama pada musim tengkujuh begini, aku tidak lagi perlu keluar rumah berdoa dalam hujan untuk mendapat teman tubuh, tetapi aku terperap dalam rumah sambil membaca doa untuk bersetubuh.
Woha!
P.S: Hati-hati ketika berdoa dalam hujan. Jangan anda keluar rumah sembarangan. Jika mati dipanah petir, penulis tidak bertanggungjawab.Woha!!!

::Reference::Kereta mayat...
disebabkan tertarik dengan artikel ni nak sahre~


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah

Assalamualaikum Dunia Blogger,
lama tak menulis blog tapi tak bermaksud penulisan ini terhenti...Penulisan ni walaupun tidak tertulis di blog tapi tertulis di hati...

Apa yang menggerakkan hati untuk menulis,
Hanya sekadar mengucapkan ucapan TAHNIAH kepada Team debat TSN kerana memenagi JOHAN DEBAT NC. Walaupun rasanya tak membantu sangat, mirul tumpang gembira dari jauh.
Semoga perlawanan ni banyak belajar sesuatu, begitu juga team debat yang lain. Mungkin Ianya langkah permulaan yang baik  tahun pertama telah ke pentas akhir, tidak sehebat mirul tahun ke 3 still tidak ke pentas akhir.

May Allah Bless You All Guyz....


Wednesday, June 15, 2011

Hidup Tak Selalunya Indah

Apa yang digambarkan menjadi kenyataan,
walaupun ada yang kata tak akan berlaku seperti itu,
aku sangat parah...arghhhh jiwa kacau

malas nak pk,

Jumpa Hausemate lama, abg fauzi.....
story kisah silam.....
katanya tegur ku time maghrib cuma aku yang tak respon....

dan dia tahu aku ada maslaah sebab melihat wajah mukanya....

rindu sama teman lama.....

berbual lama...then at the end, nasihatnya apabila berkawan dengan seseorang dan nampak kelemahannya maka terimalah seadaanya.....ak terima maslah roomate, tapi dia ^&%$&^%$&^

Sunday, June 12, 2011

i like this pic


Ya Allah

Ya Allah Ujianmu sangat berat bagiku.....
aku hambamu yang lemah......
berikanlah aku ekuatan untuk menempuh ujianmu Ya Allah......
kenapa hatiku sentiasa sakit.....
Aku Yakin pada ayat Al-Quran mu....
Berikanlah ketenangan kepada ku....
amin....

Saturday, June 11, 2011

Mencari Ketenangan

Tatkala aku mencari ketenangan
aku akan mencari tempat yang sunyi
muhasabah diri,
support diri sendiri
bagi semangat baru
doa
lepaskan kegeraman & kesedihan dengan diri sendiri
mencari sinar baru

Friday, June 10, 2011

Usrah

RUKUN-RUKUN USRAH

Rukun-rukun usrah yang wajib ditegakkan ialah:

Ta’aruf (Saling berkenalan)
...
Setiap ahli mestilah berusaha untuk mengenali ahli yang lain supaya pengertian persahabatan yang sebenar dapat dirasai. Dengan itu, setiap ahli akan dapat memelihara perhubungan ukhuwwah serta menyuburkannya sebaik mungkin.

Tafahum (Saling bersefahaman)

Asas kesefahaman yang penting ialah semua ahli mestilah bercita-cita menghayati hidup Islam. Ini bermakna segala usaha mestilah difahami sebagai bertujuan untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan ada ahli yang merasa terpinggir atau merasakan dirinya terasing dari usaha-usaha tersebut.

Takaful (Saling melindungi)

Seluruh ahli adalah ibarat tubuh yang satu. Perasaan ini akan menjadikan usrah satu tubuh yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. Maka tidak akan ada seorang ahli yang di dalam kesusahan melainkan seluruh ahli akan merasainya bersama. Inilah kemuncak ukhuwwah Islamiyyah yang dituntut oleh Islam.

ADAB-ADAB USRAH

Adab-adab usrah yang perlu dipelihara:

Memelihara persaudaraan kerana nilai persaudaraan amat tinggi dan berharga di sisi Islam.
Memelihara adab-adab persahabatan.
Berusaha menghadiri semua program yang dirancang oleh usrah.
Berusaha menepati masa.
Menghormati naqib sebagai pemimpin.
Melatih diri supaya terlibat dengan perbincangan dalam pertemuan usrah.
Menyediakan diri untuk ditarbiyyah.
Mematuhi arahan dan keputusan usrah dan jama’ah.
Berusaha menghayati kehidupan Islam yang sebenar.
Menjadikan usrah sebagai rujukan di dalam segala perkara samaada bersifat peribadi atau yang lainnya.
Mengelakkan pertengkaran dan perdebatan di dalam liqa’ yang boleh membawa keruh hubungan persaudaraan.
Menegur sahabat dengan penuh hikmah semoga yang ditegur berubah dan yang menegur tidak merasai dirinya lebih baik.
Melatih diri berkorban demi kepentingan Islam dan perjuangan.
 

Hari Ini

Buku yang diberi baru di buka,
baru beliau perasan ada sedikit cenderamata di sebelah buku didalam sampul hadiah...
buku itu dipilih dari kalangan masalah aku sendiri...
sebab ianya seperti berkaitan masalah kami...
Hari ini....
apa nak buat....
siapkan paper work....
jumpa lectre declare menjadi ahli panel.....

Program "Self Transformation & Reformation" (STAR) COLLEGE TSN
program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa kaedah komunikasi, berkumpulan seminar ceramah dan macam-macam lagi....

ianya meliputi...."Mengenal dunia mahsiswa"
"mahasiswa :kemana halatuju kerjaya"
& "Mahasiswa :terokai ilmu masa depan dibina bukan keajaiban"

Semoga dipermudahkan urusanku.....
amin...

Thursday, June 9, 2011

SUka & Duka

Beberapa Hari Ni Banyak Perkara BerlakU 
Yang best & Tak BesT pon ada......

MSBSH
Alhamdulillah
Malam Seharum Budi Seikhlas Hati telah melabuhkan tirainya
kuranglah 1 beban... 


Thnx kepada semua unit yang memberikan kerjasma kepada unit protokol & kelancaran majlis, maaf kepada MC kerana mirul tak banyak membantu kerana ada je anasir jahar dari luar mengganggu, kalau nak hendle protokol cakap je tak perlu masuk campur kerja orang, datang tanpa diundang. Ingat mirul nak sangat hendle, namun disebabkan rasa tanggungjawab mirul hendle kalau tak sekarang sedang bercuti dengan family di langkawi,......mesti mereka sedang seronok di langkawi aku je kesedihan disini...........
tak lupa thnx to mc x formal......semualah....

Lambat
Kemampuan berfikir setiap orng berbeza, ada yang cepat ada yang lambat....
sekirangnya aku dah tunjukkan apa yg tersirat masih tak dapat membacanya ....tak mengapalah....
aku taknak sedih
jadi aku taknak letakkan kasih sayang pada orang lain...
tolonglah berikan aku kekuatan ya Allah....amin....

Kepentingan
Manusia ni sering berkepentingan...
adakah aku berkepentingan dalam persahabatan
aku boleh namoak siapa yg berkepentingan dengan aku,
dan akan aku jauhkan diri dengan orang tu.....
Ya Allah berikanlah aku sahabat yang berkawan atas dasar keikhlasan.....
aku benci orang yang berkepentingan......

BEDAY
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kak niesa....
akak yang paling best sporting carring dalam hidup saya...
& abg saiful,........
sedang mencuba merapatkan diri dengan roomate,
semoga diberi kekuatan....amin....
walaupun sekarang sudah tidak berdaya.....













Apa yang kita harapkan sering ada pada orang lain....
tapi orang tuh seperti tak menghargainya & kita selalu berdoa agar mendapatnya...
adakah ini takdir .....
atau ujian MU Ya Allah......
Berikanlah Aku Kekuatan ......
Aku Hambamuu yang lemah....



Monday, June 6, 2011

JIWA SERABUT

assalam,
dah lama tak up to date, coz jiwa kacau+serabut+serabai
Hari ni,
Isnin, 6 June, 7.17p.m

aku rasa agak kecewa sedikit

sedih+macam nak mati hidup semula untuk mulakan hidup baru


"Ya Allah, tatkala azan sedang berbunyi menandakan boleh berbuka bagi mereka yang berpuasa sunat dihari isnin & bulan rejab ini, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianmu aku hamba yang lemah"

Orang kata, apa yang kita ada sering tak dihargai tapi inginkan orang lain punya sedangkan orang lain inginkan kita punya......tapi aku tak perasan apa yang aku ada.....seperti tin-tin kosong yang kuat bunyinya kosong isinya.....

Hiasilah aku dengan akhlak yang baik & kasih sayang....berikanlah aku jalan yang benar.....&berikanlah aku kesabaran yang tinggi......amin....

Monday, May 9, 2011

Saya Terharu Kak=)

Hari Ini mirul diberikan posting special lagu ni dari orang yang special iaitu kak khairun niesa....
Thanx kak, huhuhu terharu laaaa

Dalam keadaan yang presure dengan paper exam beberapa jam lagi nie,
dapat tersenyum ada posting sebegini di FB
jadi nak kongsi perasaan happy+terharu sangat2
dalam kecelaruan mentafsirkan erti persahabatan
adakalanya mendapat jawapan positif, dan adakalanya negatif.....

Mungkin mirul yang termuda dalam organisasi JKK melewar, jadi mendapat perhatian.

Kan bagis sekiranya JKK TSN ada orang macam kak niesa mesti segala program yang nak dijalankan sentiasa di support...
Insyallah ada nanti

baru masuk pengenalan JKK TSN
Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua...
Semoga Persahabatan Kita Kekal
walaupun dulu sedikit tegang dek kerana ideologi pemikiran...'
setelah berdialog dengan diri sendiri
mirul faham semua tak ada salah dalam hal ni.....

Akhir kata, mirul Bersyukur dan seronok dapat kenalan Insan seperti Kak Niesa=)
serta JKK  MELEWAR yang carring...huhu
Pjee, Thoha
AJK surau abang hakim...
Alangkah Indahnya sekiranya mereka ni jadi 1 sebagai romae di TSN, amin.....
alangkah bagus juga  sekiranya jawatan yang disandang adalah lama,
bukan sebab gila kuasa, tetapi kegembiraan persahabatan
walaupun adakalanya ada salah faham
pasti boleh diselesaikan sekiranya tiada yang keras kepala dan saling bertolak ansur...
semoga semuanya lepas ini baik2 ....amin....

write  Ikhlas from::Mirul

Sunday, May 8, 2011

HATI


Ketahuilah olehmu bahawa hati mu sekarang sebenarnya tersiksa dan sakit kerana kemaksiatan dan syahwat yang sentiasa dituruti oleh pemiliknya. Tahukah kamu bahawa rasa sakit dan ketersiksaan hati adalah kerana dosa sepertimana rasa sakit oleh tubuh apabila dipukuli. Hanya saja, bila rasa sakit ditubuh bisa diubati dengan pelbagai ubat namun dosa dosa yang menjadikan hati kamu sakit hanya ada satu saja ubatnya. Tidak lain tidak bukan kamu wajib bertaubat dan meninggalkan dosa itu barulah ketenangan akan mengucup kamu!

Friday, May 6, 2011

SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE BUMI KAMPUNG HALAMAN

Assalam....Salam Ukhwah


Untuk membina sebuah ikatan persahabatan memang mudah, 
tapi untuk mengekalkannya bukanlah suatu yang mudah....
Ianya melibatkan ke2-2 belah pihak, sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang cuba mengekalkannya, manakala sebelah pihak lagi ambil mudah. Sehinggakan suatu ketika yang menjaga itu putus asa dek kerana keletihan.

So 4 the last word "Saya Gembira Berkawan Dengan Anda "
Saya Buat yang termampu Untuk Kekalkan Persahabatan Tersebut,
seKiranYa saya Senyap makNanya Saya GiveUp Ngan perkara iTu...
Adakah sAlah SayA yAng Tak Pandai MengEkalKannya.......

cuma kecewa adakalanya tak mampu mengekalkan persahabatan tersebut....
adakalanya perbezaan idiologi, tapi itu Alhamdulillah dapat diselesaikan dan di kekalkan...
tapi persefahaman pendapat dalam dunia ilmu Agama, erm...sedih sunyi sepi.....


MaafKan Aku!!!




 Aku Insan Yang Lemah,
Tak Mampu Mengekalkan suatu persahabatan
Rasa macam persahabatan itu adalah satu penipuan
Ukhwah adalah satu kepentingan sebelah pihak sahaja
Dek kerana ideologi pemikiran berbeza

Thursday, May 5, 2011

Thnx 4 The Phone

Thanks a lot bro for give borrow ur Phone...
......segan pon ade jugak......
walaupon phone rosak
tapi still guna lagi...masa tuh kom[ius nak guna atau tak,
kalau tak nanti kecik hati or marah macam kes sebelum ni
kalau ambil pulak macam diman ish
pk macam lak....
anywhare thanks ya
jangan risau mirul pulang awal...hak2



Wednesday, April 27, 2011

Cikgu Shida Alaf Baru=)


Hoit Junior yang catwat...bahagi1000x(dalam bahasa Inggeris)
To my junior i will always pray 4 ur best result in this final exam.....
haha ur all are so special coz every time happy
im jelous see that special about u allz...
BUT
whay this video many said name BG, so boring haha
my name at 2 ,3 from last....
haha this video like last exam u all will take it
i trust u all can doit
USAHA+DOA=TAWAKAL
trust & Pray to ALLAH,
Allay Will Help U

Hope we cam meet next semester...
and next year as same level degree but i will be junior debat nest year Insyallah....
4 The last word, do u know
kak faz, eli, BG , jimmy and umol waiting 4 u allz at bilik debat to go MCD together thats time???
(mirul have to but dont want to go coz bz)
Friendz 4 Ever n Ever hahaha
Wassalam...

Tuesday, April 26, 2011

Syukran Ustazah

Alhamdulillah tadi jiwa kacau, jumpa ustazah syakila.
Ustazah ni kenal masa sem 1 dulu, disebabkan beliu bersifat keibuan mirul suka jumpanya menanyakan berkenaan agama, begitu juga ustaz sabri yang mirul kenal semasa semestr 2, cuma apabila berjumpa dengan ustaz sabri agak seram sebab tak biasa sangat...hehe

Berbalik kepada kisah jumpa ustazah tadi, baru beberapa minit jumpa dia dah excited nak tulis ni....
tanya pandangan ustaza berkenaan jemaah,
respon ustazah selagi mana jemaah itu tidak melanggar Al-Sunah Wal Jamaah ikutlah dan mereka berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah.....wahhhhh jawapannya sama dengan ustaz sabri, mirul tanya sebab tak puas hati kenapa perlulahhhh sangat berjemaah ni....ustazah kata sebab biar kita ini tidak sesat dari landasan Islam jadi kita perlu dalam jemaah untuk nasihat menasihati.......Tanyaku lagi, jadi jemaah apa yang nak diikut, ....apa2 jemaah janji tak terkeluar dari landasan, Tapi Ustazah adakalanya mereka saling bercanggah antara satu sama lain.....ustazah jawab, aha inilah masalahnya kita saling telingkah antara satu sama lain, saya lihat Gim pon dah berpecah kepada 2....satu sokong politik lagi 1 tidak sokong politik, kalau saya saya akan lihat jemaah tu, kalau mereka salah ke seperti kutuk jemaah lain atau seperti gim dulu saya ikut mereka silap mereka tanya bagaimana nak memperbesarkkan jemaah kita, sepatutnya bagaimana nak memperbesarkan islam .....jawab ustaz yang mirul jumpa semalam, "awak pilihlah ikut kesesuaian, bukan sebab terpaksa...kalau awak tak selesa jangan ikut lah Jemaah tu"........saya tanya lagi, jadi ustazah yang 71 aliran hanya 1 sahaja yang masuk syurga jadi jemaah apa yang 1 tu...rupanya mirul salah sangka mirul ingt 71 tu gim, abim, tabligh....rupanya mereka ini bawah 1 aliran iaitu Ahlisunnahwaljamaah ....

Then masuk kepada bab Gereja VS Islam yang mana ilmuan di malaysia ni semua datang dari greja sehinggakan pakaian graduate universiti merupakan pakaian greja, sebab ada 1 artikel ....tapi masa kegelapan Org2 kristian tawanan orang kristian kepada orang islam sebenarnya macam ni ustazah cerita....orang kristian tidak dikurung oleh org islam tetapi diminta mengajar anak2 org islam, manakala orng Islam memberi ilmu al-Quran & bahasa Arab Kepada mereka...Bagi mirul ia menampakkan Islam tu sangat baik dan orang kafir boleh ambil kesempatan dengan Islam,tapi itulah keadilan dalam Islam
jadi dalam ramai2 tahanan yang belajar itu ada sebahagiannya masuk Islam dan sebahagian nya tidak....mereka belajar Al-Quran tetapi tidak dipaksa memelur Islam, jadi selebihnya yang tidak memeluk Islam dihantar pulang...masa itulah Gereja membunuh mereka yang membawa ilmu Al-Quran, Orang berilmu akan mmberontak jadi mereka pergi dari gereja dari situlah kejadian memisahkan kehidupan dan agama(sekular)

Then masuk topik Perubatan Darul Syifa',tanya ustazah....Ustazah boleh ke prubatan yang menggunakan benda, maknanya darul syifa' tuh nak ubat orang pertengahannya ada benda yang digunakan untuk ubat....ustazah respon, mana ada perubatan darul syifa' guna benda, mereka komunikasi dengan benda tuh, dan mereka akan scan orang tuh mereka boleh tahu berapa ekor jin ada dalam badan orang tuh....mirul tanya lagi, macam mana nak scan, mereka baca apa.....ustazah respon, bukan mudah nak jadi macam mereka, kena hafal surah Yasin, memang kita hafal yasin tapi mereka akan fahamkan yasin dan akan disoal kefahaman mereka sebab yasin itu hati AL-Quran, begitu juga  ayat kursi.....mirul cakap"kalau macam tuh saya ni x layak la jadi seperti mereka sebab saya buka budak tahfiz atau arab" ustazah kata susah jugak jadi mereka, ustazah cakap lagi, mereka juga ada amalkan zikir harian untuk kuatkan dalaman , & mereka boleh ubat melalui gelombang....mirul pelik gelombang??? ustazah cakap , sekeliling kita ada gelombang kalau budak elektrik mudah belajar benda ni...dan tahu kenapa masjid d aceh tidak runtuh semasa tsunami, sebab ada gelombang yang melindunginya......mungkin orang yang pergi ke masjid tu ikhlas dan azan dengan ikhlas, maka bila tsunami gelombang tu melindungi masjid dari tsunami..ada hadis x silap azan itu adalah gelombang paling kuat untuk tundukkan makhluk, sebab tu bila ada hujan lebat atau keadaan yang genting seperti ribut, kita perlu azan sekuat hati....mirul:o000......

Ilmu Bermanfaat....

Sunday, April 24, 2011

Lebih baik Mati!!!!!!!!!

Adakalanya masalah yang menguasai diri menyebabkan kita , eah buka kita aku je fikir tak tahulah mereka yang lain....apa yang aku fikir "lebih baik aku mati dari berhadapan masalah ni"
tapi Alhamdulillah di Facebook ada yang buka topik mati,
katanya
Dalam sebuah hadits yang diwiyatkan Bukhari dari Saad bin Ubaid, bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah salah seorang kalian mengharap-harapkan kematian. Kalau ia orang baik, ia masih bisa menambahi kebaikan. Dan kalau ia orang jahat, mudah-mudahan ia masih bisa bertobat terlebih dahulu."
Katanya lagi apabila mirul post statement lebih baik mati
Beliau respon 
 قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
"Katakanlah, 'Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripada-nya, maka se...sungguhnya kematian itu akan menemuimu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jumu'ah: 8).
   
Respon rakan yang lain pula:
Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah." Nabi Saw lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui kapan doamu akan terkabul." {HR. Ath-Thabrani}

Alhamdulillah perkongsian bermanfaat  

Tuesday, April 19, 2011

MAKAN DAN MINUM CARA RASULULLAH S.A.W....JOM IKUT...

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Tuesday, April 12, 2011

BiRo AkaDeMik & IntEleKtUaL

Ya Allah, aku kuatir akan aturan mu.....
Permudahkanlah segala urusanku.....
Memegang 2 jawatan dalam 1 masa bukanlah perkara yang mudah....
aku hanya target menjadi rakan bira tetapi lain jadinya.....
sekiranya ini takdir maka semoga semua berjalan dengan lancar.....amin

Monday, April 11, 2011

Bestnya

Nak share Video 
apa yang menarik ianya menyentuh hati
lagu yang tenang, dan boleh diambil sebagai input
tapi bukan pantene laa inputnya

Malam ni akan diumumkan JKK TSN
aku mohon atas dasar nak jadi rakan biro sahaja
& sewaktu program TSN aku buat bersungguh-sunggug bukanlah sebab nak jawatan
tapi nakkan kegembiraan,
jika program yang diikuti itu kita tidak libatkan diri sedangkan kita berada dalam program tersebut
maka ianya adalah sia-sia
best2~semuanya adalah kenangan 
jadi kalau takdir pigang jawatan JKK lagi, aku harap semuanya dibawah lingkungan ilahi
aku minta TSN kerana pening keadaan di perwira
aku seronok dapat berkenalan kenalan diperwira
setiap sem adakan bermula kehidupan baru sebab semuanya kenalan baru
jadi terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku

segala kekurangan semasa terjalin ikatan ukhawan ini
didahulukan dengan kemaafan
 

Gumbira

Hadiah Tudung Buat Ibu & Kakak Tersayang
Semoga dipakai & dihargai
Hadiah Kek Buat Teman Yang Terbaik
Semoga Persahabatan Kekal Abadi

Monday, April 4, 2011

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal AlQuran


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. ............Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"
~~SEBAR
2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan…… 

Exam dah dekat nie

 
Wahai mahasiswa UTHM yang akan menduduki peperiksaan
tengok vedio ni ambil ikhtibar
walaupun ianya dalam bentuk kartoon...
hehe
enjoy may self by talk with my self 

Sahabat

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menjaga sebuah ikatan persahabat,
Sekiranya Ukhwah Islamiah itu penting,
kenapa sesetengah mereka berkepentingan
adakalnya untuk menjaga ukhwah perlukan pengorbanan,
hambamu ini sangat lemah 
adakalnya terasa,
adakalanya terharu

sahabat boleh diibaratkan sebagai sebuah rumah
yang didirikan dengan 1 tiang,
sekiranya ada ukhwah, maka mereka akan kerjasama
mengekalkan rumah itu berdiri gah,
tetapi sekiranya hanya seorang sahaja yang berkorban untuk menegakkannya
tak hairan akan tumbang suatu hari nanti....

Dunia Yang Memeningkan

Dunia adalah kehidupan sementara.....
namun bukanlah mudah untuk mengahadapinya........

Hari ini aku pening dengan keadaan sekeliling yang berlaku,
ada yang betul.....
ada yang tak betul......
ada yang keras kepala......
ada yang terlampau neutral je.....
ada yang over......
ada yang slow.....
ada yang blur.....
ada yang berkepentingan......
ada yang berahsia.....
ada yang ambil mudah.....
ada yang suka memutarbelitkan.....
ada yang normal.....
ada yang self fish.....
ada yang macam tak ada masalah...

macam-macam lagilah...
Banyak betul.....
erm, tak dinafikan setiap orang ada ragam masing-masing,
namun sedar atau pun tidak ragam mereka ini mengganggu orang yang berada di sekeliling.....

sehingga boleh menyebabkan penyakit,.....
dalam dunia hanya ada 1 sahaja penyakit yang paling hebat kalau tak dapat dikawal
akan jadi barah, kalau dikawal akan meninggalkan luka yang mendalam....

iaitu SAKIT HATI




Monday, March 21, 2011

Seorang Guru Atheis

Nak share cerita best!!!

Maka tersebutlah kisah seorang guru sekolah rendah yang telah memegang fahaman Atheis (tidak mempercayai wujudnya tuhan). Suatu hari, sebelum memasuki kelas dia dilihat duduk termenung di balkoni sebelum memasuki kelas tahun 1 Aktif. Dia sedang berfikir cara dan pendekatan yang paling sesuai untuk menyedarkan murid-muridnya mengenai ketidak wujudan tuhan di muka bumi ini. Dia mahu meletakkan anasir buruk dalam pemikiran muridnya meragui kewujudan tuhan. Perah punya perah keringat otaknya itu, maka muncullah suatu idea yang agak rasional dan mudah pendekatannya. Dia tersenyum kambing lantas terus menuju masuk ke kelas tahun 1 Aktif itu.

Seusai ucap selamat diberikan oleh seluruh isi kelas. Guru itu memulakan pengajaran dengan membawa set induksi yang telah difikirkan sebentar tadi. Dikeluarkan sebatang pen dan ditunjukkan kepada murid-muridnya. Diangkatnya dengan agak tinggi agar semua murid dapat melihatnya.

Guru : Murid-murid, cikgu nak bertanya, apakah benda ini?

Murid : Sebatang pen!

Guru : Bagus! Dia wujud kan dihadapan kamu?

Murid : Wujud!

Guru : Ha…ianya wujud kerana kamu nampak ia.

Terukir sekuntum senyuman penuh makna. Lalu disorokkan pen itu ke dalam poketnya.

Guru : Ha…sekarang kamu nampak tak pen tu?

Murid : Tak!

Guru : Maknanya pen tak….?

Murid : Tak Wujud cikgu! Pen tidak ada!

Guru : Pandai kamu semua! Baiklah..sekarang cikgu mahu kamu semua cari di sekeliling nampak di mana-mana adanya Tuhan?

Murid-murid pun mulalah mencari-cari disekeliling mereka untuk mencari ‘objek’ tuhan!

Guru : Kamu semua percaya tuhan kan? Carilah dimana-mana, bawah meja ke? Diluar tingkap ke? Tak pun didalam tong sampah barangkali?

Sudah puas murid-murid mencari namun tidak jumpa juga ‘Tuhan’ yang dimaksudkan.

Murid : Penatlah cikgu! Tak nampak pun tuhan?

Cikgu : Tak jumpa ke? Ha…kamu tidak nampak pun kan tuhan tu dimana-mana? Maknanya….tuhan itu tidak….?

Murid : Tuhan tidak wujud cikgu! Tuhan tidak ada cikgu!

Guru tersenyum puas, akhirnya dia berjaya memasukkan keraguan biarpun dalam keadaan yang sedikit dan simple.

Tiba-tiba, seorang murid angkat tangan, Ariff namanya.

Guru : Kenapa kamu angkat tangan Ariff?

Ariff : Saya nak tunjukkan sesuatu pada semua.

Guru : Baiklah, kamu boleh ke hadapan.

Dia berdiri betul-betul bersebelahan dengan cikgunya.

Ariff : Kawan-kawan nampak tak cikgu di sebelah saya?

Murid : Nampak!

Ariff : Baiklah…sekarang saya nak kawan-kawan cari dimana letaknya otak cikgu?

Murid : Mana nampak lah ariff!

Ariff : Haaa…kamu tak nampak ya? Saya pun tak nampak! Maknanya…cikgu tidak ada…?

Murid : Cikgu tidak ada otak! Otak cikgu tidak wujud!

Ariff : Pandai kawan-kawan saya! =)

Guru tersebut merah padam mukanya menahan malu, terus keluar dari kelas. Aii..cikgu! ingatlah Allah Laisa Kamislihi Syaiun!

Organisasi Baru

Congratz 4 organisasi baru hope u allz can do ur work ,
mengimbau pengalaman pertama semasa nak ada jawatan JKK,
tanya pendapat seorang senior, katanya
kalau nak berjawatan atau dah berjawatan perlu ada matlamat yang hendak dicapai,
jadi mirul harap u allz adalah matlamat tersendiri, bukan self fish k,
matlamat mirul nak perkenalkan debat kepada semua orang dan juga pembangunan pendebat disamping kerja yang lebih sistematik,
namun perkara ini x kan terlaksana sekiranya hanya bertepuk sebelah tangan,
jadi harap kerjasama dari kamu semua=)
S E L A M A T   M E N J A L A N K A N   T U G A S!!!!

Pulang Ke Kampung Halaman

AssaLamUalaikum
hah~dah lama x update,
nak update tapi kekangan masa,
jadi blog update dalam hati je.....
wahh lama tak pulang ke kampung halaman, 
jadi memandangkan minggu lepas tak ada latihan debat jadi pulang laa mencari ketenangan.
Sangat presure dengan keadaan sekeliling, adush.
Mencari kegembiraan dirumah untuk menjadi bekalan semasa belajar.
Umpama sebuah epal yang busuk disebabkan serangga perosak dan baja yg terlebih dan tersalah baja.
haaaa post kali ni merepek sikit coz otak tepu, 
semalam balik kegembiraan dari rumah tuh sekejap je,
ada perkara berlaku yang tidak menyenangkan. hope hari ni happy2~lol


Sunday, February 27, 2011

Persediaan Mahasiswa Untuk Dipasarkan Ke Pasaran Kerja

Persediaan Mahasiswa Bergelar Pemimpin Negara


Persediaan Mahasiswa merujuk kepada perancangan, persediaan ataupun apa yang kita lakukan kini dalam menempuhi masa hadapan sebagai pemimpin negara, iaitu pengganti kepada tokok pimpinan yang kini. Hari ini adalah corak awal Mahasiswa kepada pemimpin akan datang, sekiranya hari ini kita selaku Mahasiswa hanya tahu belajar semata-mata, tidak tahu menganalisis sesuatu perkara serta hiburan yang melampaui batas maka dalam keadaan yang tidak disangkakan kita telah pun mengorbankan hasrat Falsafah  Pendidikan Negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan akhirnya Negara tidak akan mencapai matlamat dalam bajet 2011 iaitu Transformasi Untuk Mencapai Negara Berpendapatan Tinggi.
Sebagai persediaan awal, untuk bergelar pemimpin Negara ,seorang Mahasiswa perlulah jadikan diri seorang yang berilmu. Ilmu adalah asas bagi sesuatu kejayaan,kerana dengan ilmu kita akan tahu merancang, mengatur strategi dan juga menganalisis sesuatu perkara dengan baik.Ianya boleh diibaratkat sebagai sepohon pokok dengan akar yang kuat, sekiranya tiada akar maka pokok itu tidak dapat berdiri dengan baik, begitu juga seorang Mahasiswa, sekiranya tiada ilmu maka mereka akan terumbang ambing mencari kebenaran, akhirnya dalam percaturan minda  yang sempit tanpa disedari mereka telah memilih jalan yang salah.Bagi seorang Mahasiswa, ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat berharga untuk dipasarkan kepasaran kerja, tidak ketinggalan juga kemahiran insaniah. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Justeru generasi mahasiswa tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengan gejala yang hanya menyekat kemaraan bagi meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dan difahami dengan sebaiknya. Ilmu itu tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahaman yang mendalam mengenainya. Seperti mana firman Allah “Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajad.” (Al Mujadilah: 11)
Peringkat seterusnya, Keikhlasan amat penting dalam menjalankan tanggungjawab kepimpinan. Kepimpinan mahasiswa perlu memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perlu dibahagikan, kewangan juga perlu dikorbankan dan privacy diri diketepikan sementera waktu untuk memastikan amanah kepimpinan dilunas dengan baik. Semua itu memerlukan kata kunci dalaman yang namanya adalah keikhlasan. Amalan tanpa ikhlas ibarat debu di sisi ALLAH,
Sepertimana firman Allah dalam Surah Al Furqan :23
… Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.(Al Furqaan;23).
Mana mungkin pengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilaksanakan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati.
Akhlak Seorang Pemimpin
“Wahai sekalian manusia, kalian telah sepakat memilihku sebagai khalifah untuk memimpinmu. Aku ini bukanlah yang terbaik di antara kamu, maka bila aku berlaku baik dalam melaksanakan tugasku, bantulah aku, tetapi bila aku bertindak salah, betulkanlah. Berlaku jujur adalah amanah, berlaku bohong adalah khianat. Siapa saja yang lemah di antaramu akan kuat bagiku sampai aku dapat mengembalikan hak-haknya, insya Allah. Siapa saja yang kuat di antaramu akan lemah berhadapan denganku sampai aku kembalikan hak orang lain yang dipegangnya, insya Allah. Taatlah kepadaku selama aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila aku tidak taat lagi kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada kewajibanmu untuk taat kepadaku.”
(Abu Bakar r.a.)

Suatu masyarakat dan bangsa akan disebut sebagai masyarakat dan bangsa yang maju manakala memiliki peradaban yang tinggi dan akhlak yang mulia, meskipun dari segi ilmu pengetahuan dan teknologi masih sangat sederhana. Sedangkan pada masyarakat dan bangsa yang meskipun kehidupannya dijalani dengan teknologi yang modern dan canggih, tetapi tidak memiliki peradaban atau akhlak yang mulia, maka masyarakat dan bangsa itu disebut sebagai masyarakat dan bangsa yang terbelakang dan tidak menggapai kemajuan.

Rakan Persinggahan

clikck me