Monday, October 26, 2009

PeRjAnJiAn Kyoto...


PeRjAnJiAn Kyoto...

Pakar cuaca PBB mahu perjanjian babit semua negara, bukan negara kaya saja

BANGKOK: Isu pemanasan global dibincang oleh 163 negara di seluruh dunia pada satu persidangan yang berlangsung di sini semalam bagi menggantikan perjanjian perubahan cuaca Kyoto.

Dunia sedang menantikan satu penyelesaian jangka panjang dan lebih sesuai dari segi ekonomi,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon menerusi persidangan video kepada 1,100 perwakilan dari 163 negara yang menghadiri perbincangan itu semalam.

Mesyuarat sepanjang minggu itu adalah susulan kepada persetujuan di Bali tahun lalu bagi negara terbabit memulakan perbincangan untuk menggantikan perjanjian Kyoto.

Antara lain, Perjanjian Kyoto yang dipersetujui 37 negara kaya sebelum ini bertujuan mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida sebanyak lima peratus saja secara purata menjelang 2012 berbanding tahapnya pada 1990.

Pakar cuaca PBB mahukan perjanjian baru itu membabitkan semua negara, walaupun ada percanggahan pendapat mengenai cara untuk berkongsi beban itu di antara negara kaya, diketuai Amerika Syarikat dan negara membangun seperti China dan India.

Adalah penting mereka mencari jalan bagaimana membabitkan industri besar, seperti alat penjana kuasa elektrik, syarikat penerbangan dan pengeluar besi keluli dalam usaha menangani pengeluaran gas ‘rumah hijau’ seperti karbon dioksida.

Pakar cuaca PBB menyatakan adalah penting pengeluaran gas ‘rumah hijau’ ini yang akan meningkat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, jatuh semula sekiranya dunia ingin mengelakkan kesan pemanasan global.

Tiada ketetapan besar dijangka dapat dihasilkan daripada perbincangan Bangkok ini, yang lebih kepada merangka jadual bagi perbincangan selanjutnya, diikuti dengan persidangan Perubahan Cuaca PBB di Copenhagen hujung tahun depan. Perwakilan berkata, perbincangan semalam adalah lebih kepada memenuhi prosedur semata-mata.

Kami melihatnya sebagai mesyuarat berorientasikan proses semata-mata,” kata perunding cuaca PBB, Harlan Watson sebelum majlis pembukaan.

Bagaimanapun, kumpulan alam sekitar kini sedang memerhati dengan dekat tanda komitmen yang lebih jelas daripada negara kaya dan miskin bagi mengurangkan pemanasan global dengan mengurangkan pengeluaran.

Ia adalah ujian terakhir bahawa semangat setia kawan dan tujuan baik yang dibincang di Bali masih ada apabila mereka mula berbincang secara serius,” kata Angela Anderson dari Kumpulan Alam Sekitar Pew yang berpusat di Washington.

Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Kyoto pada 2001 atas alasan ia boleh menjejaskan ekonomi dan tidak adil memandangkan negara sedang membangun yang besar dikecualikan daripada pengurangan pengeluaran gas.

PBB pula mahukan perjanjian yang baru dicapai menjelang penghujung tahun depan bagi memberi peluang kepada syarikat besar dan pelabur pengetahuan secukupnya mengenai perubahan yang akan berlaku di samping memberi masa kepada parlimen di negara terbabit membuat perubahan sebelum 2012 apabila tempoh Kyoto tamat. – Reuters

petikan diambil dari: http://ttuyup.wordpress.com/2008/04/01/perjanjian-kyoto-i-dibincang/

1 comments:

Fadzo De'gonza84 said...

saya sebagai salah seorang insan yang menghuni diatas ciptaan alaha swt yg tidak terhingga nilainya ini...berharap agar semua umat manusia menyedari betapa penting pemuliharaan rumah hijau dan marilah bersama-sama kita bersatu bg memastikan kesan rumah hijau terpelihara dari pemasan global...sebagai renung-renungan bayangkan bagaimans rumah kita tanpa atap dan bumbung...!!!!!! renumg2 kan lah

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me