Thursday, October 15, 2009

KOKO: "Memupuk Semangat Patriotik Tanggungjawab SEkolah"

KOKO: "Memupuk Semangat Patriotik Tanggungjawab SEkolah"



ni tajuk pembentangan aku koko pegucapan awam.....

“Memupuk Semangat Perpaduan Tanggungjawab Sekolah”.
AMIRUL HAKMAL BIN JALIL, AI090145

Pada hari ini suka untuk saya membawa anda semua untuk kita kembali ke zaman persekolahan seawal 6 hingga 17 tahun di sebuah sekolah dalam kelompok yang sama berbilang kaum.Setiap hari kita bermain, bergaul, belajar, beriadah, berbincang, berbahas dan bertuka-tukar fikiran secara berterusan saban hari dengan keadaan yang penuh terkawal dengan penuh bimbingan guru-guru yang profesional. Akhirnya kita menjadi warganegara yang sudah tidak dapat membezakan kelainan budaya, kaum dan keturunan. Kita akan sendiri dan mudah untuk melebelkan sebagai bangsa Malaysia sekaigus menunjukan kebenaran slogan ini “Memupuk Semangat Perpaduan Tanggungjawab Sekolah”. Maka pada hari ini saya ingin membuat perkongsian terbuka berkenaan slogan “Memupuk Semangat Perpaduan Tanggungjawab Sekolah”, jadi saya terima pandangan anda sama ada tidak bersetuju sekolah yang memupuk atau bersetuju bahawa sekolah yang memupuk.
Sebelum saya pergi lebih jauh, baik kiranya saya definisikan dahulu slogan ini dahulu agar rakan pelajar mendapat gambaran awal ucapan yang saya berikan. Melihat frasa pertama slogan “Memupuk Semangat Perpaduan”, apa yang anda tahu tentang “Perpaduan”?,menurut sumber autoritatif Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional telah mentakrifkan istilah “Perpaduan” sebagai satu rangkaian komunikasi yang baik berdasarkan komunikasi antara kaum di Malaysia iaitu melayu,cina dan india. Rangkaian yang baik ini ditunjukkan melalui sikap bekerjasama, toleransi dan saling memahami antara satu sama lain. Sikap-sikap ini pula dapat dilihat melalui budaya setiap kaum, lihatlah dalam kelas ini sendiri orang cina duduk sebelah orang melayu, bukankah itu perpaduan namanya.
Jadi, untuk memupuk semangat perpaduan kita perlu mencari ,pertama titik mula untuk membina persefahaman kaum dan ke dua menggalakkan komitmen kepada identiti kebangsaan. Maka melihat frasa ke dua “Tanggungjawab Sekolah” ,untuk mengukur ke dua-dua perkara tadi saya hukum pusat pendidikan yang bertanggjawab untuk melaksanakan perkara tersebut. Kerana apa?, Kerana asas kepada membentuk semangat perpaduan merupakan tanggungjawab sekolah dimana seperti yang saya katakan tadi disitulah kita kenali mereka yang berkulit hitam ,putih bermata sepet dan disitulah kita bermain, belajar, beriadah dan berbincang bersama-sama antara kaum umpama “dibawah satu bumbung sama berlindung sama beruntung” kerana sekolah merupakan titik mula persefahaman kaum dan disekolahlah ia menggalakan komitmen kepada identiti negara kebangsaan. Saya tahu satu persoalan besar timpul difikiran anda kenapa mesti sekolah?
Hal ini kerana sekolah adalah tempat proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal berlaku dan melihat pada kapasiti sekolah saya bahagikan kepada dua: pertama mempunyai generasi muda iaitu murid dan golongan Profesional untuk mendidik dan yang kedua menjadi pusat penyebaran ilmu .Contohnya yang jelas didalam kelas ini kita sebagai generasi muda dan lecture Pn Suriati sebagai golongan Profesional dan disinilah bermula pengajaran formal dan tidak formal berlaku maka secara tidak langsung menjadi pusat penyebaran ilmu.
Pada hari ini melihat pada sekolah kebangsaan,dimana pada hari ini sekolah kebangsaan membuka peluang hak-hak setiap kaum mendapat kependidikan yang cukup. Sebenarnya perpaduan merangkumi keperluan dan kehendak.Mantan Perdana Menteri kita ada berkata “Kita hanya dapat memenuhi keperluan kaun sahaja bukan kehendak”. Biar saya perjelaskan keperluan ini seperti didalam sebuah bilik belajar hanya ada satu meja dan saya belajar dimeja itu ,tiba-tiba datang seorang pelajar cina yang memerlukan meja belajar tersebut unuk belajar maka saya tidak akan pentingkan diri sendiri dan akan berkongsi meja belajar dengan beliau ,itu keperluan. Kehendak pula seperti setiap kaum itu meminta raja mereka sendiri, contohnya orang cina minta raja cina, orang india minta raja india ,maka dalam Malaysia ni ada tiga raja secara tidak langsung akan berlaku pertelingkahan dan akan jetuhkan ketuanan melayu,maka kehendak memang tidak boleh dipenuhi.
Berbaik pada sekolah tadi saya perturunkan satu contoh, Sekolah Menengah Pekan Nanas, dimana sekolah ini dahulunya merupakan sekolah cina, namun pada hari ini sekolah ini telah membuka peluang pendidikan kepada semua kaum akhirnya menjadi sekolah biasa yang mempunyai pelajar melayu, cina dan india.Melihat dari aspek sekolah berasrama pula , pada hari ini sekolah berasrama telah meletakkan pelajar melayu cina dan india di bawah satu bumbung dimana pada hari ini pelajar tersebut diletakkan di dalam satu dorm yang sama secara tidak langsung rangkaian komunikasi akan berlaku disini,disamping itu juga mereka akan saling memahami tinggal di satu bilik yang sama dimana apabila pelajar melayu sembahyang pelajar cina dan india akan senyap bagi menghormati pelajar yang sembahyang tersebut. Selain itu, melihat dari aspek pertandingan seperti pertandingan inovasi Program angkasawan di sekolah dimana ia memerlukan pelajar melayu, cina dan india untuk satu kumpulan dan kumpulan tersebut akan bekerjasama untuk menang. Seterusnya melihat bagaimana toleransi itu berlaku dengan tenaga pengajar itu sendiri yang tidak mengira kaum mencurahkan ilmu pengetahuan.
Seterusnya beralih pada Sekolah Wawasan. Tahukah anda apa itu sekolah wawasan? Sekolah Wawasan ialah sekolah yang mempunyai tiga pentadbiran dibawah satu insfrastruktur yang sama dimana tiga pentadbiran tersebut ialah mempunyai guru besar melayu cina dan india. Pada hari ini pihak sekolah faham guru cina tidak memahami pelajar cina maka satu pentadbiran telah dibuat di sekolah ini bagi memudahkan pelajar yang mempunyai masalah mengadu kepada guru masing-masing. Apa yang cuba saya tunjukan ialah dibawah satu insfrastruktur yang sama dimana segala peralatan sekolah perlulah dikongsi bersama secara tidak langsung akan berlaku satu rangkaian komunikasi yang baik antara setiap pelajar melayu ,cina dan india.


0 comments:

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me