Sunday, October 17, 2010

SURAT BANTAHAN SAMAN



 
Kolej Kediaman Melewar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja Batu Pahat
Johor Darul Ta’zim.
Tel   :   (6)07-453 6236 / 6233 / 6234
Faks :   (6)07-453 6232
 
      UTHM 
                  UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
                                    http://www.uthm.edu.my
               
             Kolej Kediaman Melewar
 

                      








      
Permohonan Pembatalan Surat Saman

Merujuk perkara diatas, dimaklumkan bahawa pada hari ini saya menerima surat saman dari Pejabat Kolej Kediaman Melewar bertarikh 13 Oktober 2010 dimana saya lampirkan salinan dibelakang. Disini saya ingin memohon jasa baik Tuan untuk membatalkan surat saman tersebut atas beberapa alasan:

2.         Tidak dinafikan dalam surat saman yang diterima kesalahan yang ditulis adalah BALIK KE KOLEJ LEWAT SELEPAS JAM 12.00 MALAM TANPA KEBENARAN (merujuk lampiran) tetapi saya mempunyai alasan tersendiri dan bukan disengajakan untuk pulang lewat malam. Pada waktu tersebut saya pulang lewat disebabkan makan malam di kedai yang hanya bersebelahan dengan Kolej Kediaman Melewar dengan berjalan kaki, sebelum keluar saya juga telah maklumkan kepada pengawal keselamatan tetapi saya cukup terkejut apabila saya masuk ke Kolej Kediaman Melewar semula saya diminta tulis nama bersama-sama pelajar lain yang pulang lewat. Apabila ditanya, beliau menjawab hanya untuk catatan.

3.         Dalam masalah ini ,Pihak Tuan tidak boleh menyalahkan pelajar kerana  pentadbiran Kolej Kediaman yang lemah tidak menyediakan perkhidmatan makanan di dalam kawasan kolej kediaman menyebabkan para pelajar lebih cenderung makan di luar sehingga lebih jam 12 malam. Keadaan ini amat berbeza dengan kolej-kolej kediaman yang lain apabila kolej kediaman yang lain mampu menyediakan perkhidmatan makanan didalam kawasan kolej dan ianya seolah-olah mengambarkan penindasan kepada para pelajar Kolej Kediaman Melewar apabila para pelajar ingin mendapatkan haknya sebagai seorang pelajar dengan mendapatkan makanan ketika lapar tetapi disaman.

4.         Sekiranya perkara ini berterusan, saya yakin dan pasti para pelajar akan lebih cenderung untuk tinggal di rumah sewa pada sem akan datang berbanding di Kolej Kediaman Melewar dan akhirnya perumahan Kolej Kediaman Melewar tidak penuh dan hanya akan bergantung kepada pelajar-pelajar baru utuk membayar sewa perumahan ini.

5.         Sehubungan itu, saya amat berharap agar tuan dapat menerima dan meluluskan permohonan ini. Jasa baik Pihak Tuan dalam membatalkan surat saman ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Yang Benar,


AMIRUL HAKMAL BIN JALIL
JM3  3C,
'0137679061

  s.k :            Pengetua Kolej Kediaman Melewar

0 comments:

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me