Wednesday, January 27, 2010

Jiwa Kemerdekaan Membuahkan Kemenangan.-Kediaman Melewar-

In MemoRy







































Pada bulan kemerdekaan yang lepas, Kolej Kediaman Melewar telah melancarkan program Ekspresi Merdeka 52 Tahun yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(HEP&A). Salah satu aktiviti yang dijalankan semperna Program ini ialah Pertandingan Kolej Kediamanku Ceria . Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari Kolej Kediaman yang lain seperti Kolej Kediaman Tun Syed Nasir(TSN), Tun Fatimah(TF), Tun Dr. Ismail(TDI), Perwira, Taman Kelisa dan Taman Universiti . Sepanjang pertandingan ini dijalankan, semua warga kolej kediaman melewar telah berganding bahu untuk menceriakan rumah kedua mereka sendiri. Dalam usaha menceriakan kolej kediaman ini, warga melewar telah dibahagikan pada beberapa kumpulan yang mewakili jalan di melewar. Banyak idea disumbangkan oleh mahasiswa/wi untuk diguna pakai dalam proses menceriakan kolej kediaman ini sesuai dengan slogan ”Mahasiswa/wi penggerak agenda”. Rumah yang tidak bertiang apabila dipukul angin maka robohlah rumah tersebut, namun usaha warga melewar bolehlah diibaratkan seperti sebuah rumah yang kukuh seandainya satu tiang tumbang maka tumbanglah kesemuanya. Pada hari-hari terakhir sebelum penilaian dibuat, warga melewar telah menghias kolej kediaman ini sehingga lewat malam. Akhirnya usaha serta pengorbanan masa yang ikhlas membuahkan hasil apabila Kolej Kediaman Melewar menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Ini merupakan kemenangan buat kali ketiga berturut-turut secara tidak langsung mengekalkan piala pusingan Pertandingan Kolej Kediamanku Ceria menjadi hak mutlak melewar lagi. Kemenangan ini juga tidak akan mengganggu-gugat kedudukan melewar untukmenjadijohan pada masa-masa akan datang. Bagi pertandingan ini Kolej Kediaman Melewar mengahadapi persaingan yang hebat dengan Kolej kediaman Perwira di mana kolej kediaman tersebut telah menduduki tempat kedua dan diikuti Kolej Kediaman Tun Fatimah di









tempat ketiga.










KARYA :myrul

0 comments:

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me