Thursday, November 5, 2009

masalah sosial

masalah sosial remaja

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara islam yang mengalami pembangunan yang pesat, namun disebalik pembangunan yang pesat tersebut sebenarnya malaysia memerlukan aset yang berguna bagi meneruskan kesinambungan tradisi budaya ,agama dan bangsa. Realitinya pada hari ini aset tersebut semakin berkurangan kerana tidak mengikuti cara hidup islam yang betul dengan melanggar peraturan-peraturan islam dan akhirnya terjebak dengan masalah sosial yang teruk. Jadi aset yang dimaksudkan adalah remaja. Siapakah remaja? Menurut sumber autoritatif majalah pendidik 2008, remaja telah ditakrifkan sebagai golongan manusia yang berada dalam linkungan 14 hingga 24 tahun. Kajian juga telah dibuat bahawa pada peringkat ini, remaja akan mengalami proses peralihan dari kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Hasil kajian juga menunjukan perubahan hormon yang terjadi memberikan pengaruh yang besar terhadap fizikal, emosi dan sosial yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Jadi jika ramai diantara mereka yang terjebak dengan gejala sosial maka Malaysia sebagai negara islam akan dipandang hina.
Dalam keadaan yang begini, remaja sebenarnya mencari identiti diri. Tetapi hakikatnya mereka terumbang ambing dalam memilih intan atau pun kaca, akhirnya dalam percaturan minda yang sempit mereka telah memilih jalan hitam. Sebenarnya , remaja sentiasa dituntut oleh masyarakat untuk dapat menjelaskan siapakah diri mereka, sedangkan pada masa yang sama mereka sendiri memiliki keinginan untuk berbeza dari orang lain. Selain itu, remaja ini juga sentiasa terdedah dengan persekitaran negetive. Sebagai contoh mereka ini menjadi mangsa keluarga yang bersifat materialistik. Kebanyakkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama anak. Apabila pulang daripada bekerja mereka berasa letih dan tidak dapat melayani kerenah anak. Ini menyebabkan diri mereka tidak dipedulikan. Ada pula diantara mereka yang tinggal di rumah tanpa pengawasan orang tua. Akinatnya mereka terasa sunyi dan disisihkan di rumah sendiri. Lebih teruk lagi jika ibu bapa bertengkar dan anak dijadikan mangsa. Sebagai jalan keluar mereka bersosial diluar bagi mencari ketenangan.
Setelah ibu bapa mereka sibuk dengan kerjaya, maka secara tidak langsung golongan remaja lazimnya lebih banyak bergaul dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa dan adik beradik sendiri. Oleh itu rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap mereka.jika seorang remaja bergaul dengan rakan sebaya secara kebetulan telah lari dari rumah,kemungkinan besar ia juga akan menjejak langkah rakannya itu. Kejadian ini berlaku sekiranya para remaja merasakan melarikan diri dari rumah dan tinggal bersendirian lebih bebas dan menyeronokkan kerana tidak diawasi oleh ibu bapa lagi. Sesetengah rakan sebaya pula ade yang sanggup mencabar rakannya yang lain agar melakukan sesuatu dan jika remaja itu tidak menyahut cabaran tersebut, dia akan disingkirkan atau tidak diiktiraf sebagai anggota kumpulan mereka. Keadaan ini tentunya akan memburukan lagi keadaan, terutama untuk remaja yang memang bermasalah. Satu lagi punca masalah sosial ialah kurangnya didikan agama yang boleh menyebabkan seseorang remaja tidak dapat bertindak secara rasional apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Pendidikan agam dapat menjadikan benteng yang kukuh untuk menahan seseorang untuk melakukan perkara yang tidak baik. Walau bagaimanapun, ramai diantara ibu bapa kini tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap hal ini. Remaja yang kurang berpendidikan agama mudah mengikut perasaan dan kurang kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa dan keluarga. Mereka mudah terikut-ikut dengan keadaan persekitaran yang tidak sihat dan terjebak dalam gejala sosial.kadang-kadang masalah yang dihadapi mereka tidaklah sebesar mana, hanye dinasihat atau ditegur oleh ibu bapa disebabkan tingkah laku negatif yang dilakukan oleh mereka.
Mereka tidak dapat menerimanya dan bertindak melarikan diri. Selain itu, ada juga golongan remaja yang terjebak dengan masalah sosial hanya mengikut seseorang yang kononya istimewa bagi mereka misalnya kekasih yan tidak diterima keluarga sehingga berbadan dua. Dunia remaja penuh dengan emosi dan ramai diantara remaja kini terlalu mengikut perasaan. Akibatnya perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan seperti menjadi perkara biasa, ramai diantara mereka mengalami alam percitaan pada usia yang terlalu muda.
Dalam menghadapi zaman yang serba canggih ini,masyarakat kita mengharungi pelbagai masalah dan satu dari masalah tersebut adalah masalah sosial seperti Seks bebas (zina), lari dari rumah, mengedar dan menagih dadah, minum arak, bohsi mat rempit dan banyak lagi. Demi mengejar harta dan kekayaan dunia kita seolah-olah telah menggadaikan keharmonian hidup. Sememangnya Allah S.W.T amat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan zina kerana ianya membelakangi syariat yang telah ditetapkan 0leh-Nya. Allah S.W.T juga telah menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan melalui ikatan perkahwinan yang sah sahaja. Kesannya, lahir anak luar nikah, pembuangan janin atau bayi yang hangat diperkatakan di media massa, kekeliruan dalam nasah keturunan dan akhir sekali mencemarkan maruah diri, keluarga, masyarakat, yang terpenting agama dan akhir sekali negara iaitu dikenali negara islam tetapi mengalahkan negara barat masalah sosialnya.
Kini,gejala lari dari rumah merupakan sesuatu yang lumrah dalam masyarakat kita. Setiap hari sekiranya kita meneliti akhbar kita akan terbaca laporan yang menyentuh hal tersebut. Ada diantara kes tersebut dapat diselesaikan dengan kes polis dan yang lain terbiar begitu sahaja. Banyak perkara yang boleh dijadikan sebagai faktor lari dari rumah seperti pergaduhan, penceraian ibubapa, rasa dirinya dikongkong, dan pengaruh rakan sebaya. Remaja mempunyai keinginan untuk bebas tanpa ada halangan dari sesiapa pun termasuk daripada keluarga. Kesan daripada masalah ini ialah menyusahkan dan mencemarkan maruah ahli keluarga. Di samping itu, menyusahkan pihak berkuasa untuk mencari remaja yang lari dari rumah.
Dadah bolehlah disamakan dengan arak kerana ia memabukkan,menghayalkan, dan memudaratkan kesihatan. Dadah merupakan musuh negara kerana ia memberi kesan yang besar pada generasi masa kini dan akan datang. Pihak kerajaan terpaksa menyalurkan dana bagi memulihkan mayat-mayat hidup ini. Apabila di tanya kepada seorang remaja mengapa ambil dadah? Jawapanya cukup pendek ingin mencuba tetapi kesannya sanat besar. Manusia di kurniakan akal untuk berfikir membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, mereka sebenarnya telah tahu bahawasanya dadah itu memang merbahaya tetapi mereka sengaja menjolok sarang tebuan membunuh diri sendiri. Dadah merupakan musuh negara kerana ia memberikan kesan yang besar pada generasi masa kini dan akan datang. Namun pada hari ini ianyaa seolah-ilah menjadi keturunan tidak pernah selesai.
Arak, dari sudut sememangnya haram kerana ianya memabukkan. Dari araklah seseorang itu boleh melakukan semua maksiat dan kejahatan, kerana perbuatan yang dilakukan bukan dibawah kawalan sebab itulah arak ini digelar “Raja Segala Kejahatan”. Masalah meminum arak di kalangan remaja menjadi perkara biasa pada hari ini, seolah-olah mereka tidak tahu hukumannya sehinggakan pada hari ini ia mudah didapati hampir ke semua pasaraya menjualnya.
Melihat masalah yang paling popular di Malaysia iaitu Mat Rempit. Masalah ini semakin menjadi-jadi dari masa ke semasa. Sehinggakan pada hari ini Malaysia disanjung oleh negaa luar kerana remajanya pandai mengubah motor sehingga mampu membawa lebih laju dari yang ditetapkan. Mat Rempit inilah yang merosakkan remaja sekarang, mereka inilah yang hisap dadah, minum arak, lari rumah dan sebagainya. Ianya umpama raja bagi semua masalah sosial.
Jika masalah ini berterusan kemungkinan Malaysia sebagai negara islam akan dipandang hina oleh negara barat dan agama lain. Kemungkinan besar juga, akan dilanda Tsunami kerana terlampau banyak maksiat yang berlaku. Untuk menyelesaikan masalah ini, kta perlu lihat titik permulaan masalah ini bermula iaitu pada remaja, siapa yang bimbing remaja iaitu ibu bapa. Sebagai ibu bapa, mereka sebenarnya mempunyai tugas yang berat untuk membendung masalah ini daripada terus berlanjutan. Mereka seharusnya menjadi ‘Role Model’ yang baik kepada anak-anak. Walaupun anak dihantar ke sekolah, tetapi tidak bermakna tanggungjawab ibu bapa itu selesai. Anak memerlukan pemerhatian dn kasih sayang dari ibu bapa. Wang ringgit tidak bererti apa-apa jika kehidupan mereka terabai. Dalam islam seseorang yang meninggal itu perlulah meninggalkan 3 perkara, sedekah, ilmu yang berguna dan anak yang soleh untuk mendoakan mereka apabila telah meninggal. Andainya ibu bapa gagal melahirkan anak yang soleh siapa yang akan mendoakan mereka di dalam kubur nanti, Mat Rempit kah?? Gejala sosial di kalangan remaja, umumnya berpunca daripada pengabaian ibu bapa tehadap anak-anak. Oleh itu, mereka perlu mengimbangkan tugas mencari rezeki dan mewujudkan keluarja sakinah. Ibu bapa perlulah meluangkan sedikit masa walaupun sesaat dengan anak-anak. Jika keluarga menjadi asas perwujudan sesebuah masyarakat itu dalam keadaan aman, maka masyarakat harmoni juga dapat dibentuk.
Seterusnya kita beralih kepada penyelesaian sampingan, iaitu kerajaan. Sebenarnya pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab tertentu untk mengatasi masalah tersebut. Kesempitan ekonomi sebenarnya turut menjadi punca masalah sosial kerana tidak bekerja mereka lakukan jenayah. Rakyat membentuk kerajaan, tanpa kerajan tiada rakyat, maka sebagai institusi yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah, kerajaan perlulah berusaha untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Dengan memiliki pekerjaan taraf hidup penduduk dapat ditingkatkan dan mereka dapat hidup selesa. Ini dapat mengurangkan kemungkinan penglibatan mereka dalam jenayah. Disamping itu, undang-undang perlu dikuatkuasakan untuk menjamin modal insan berkualiti.
Selain itu, perkara yang paling penting perlu diterapkan iaitu didikan agama. Agama dapat menghindarkan seseorang iaitu remaja daripada melakukan perbuatan yang keji. Ini kerana menurut islam segala perbuatan yang kita lakukan semasa didunia ini akan dibalas semasa diakhirat kelak. Jika baik amalan kita, maka baiklah balasannya yang kita akan terima dan begitulah sebaliknya. Memberikan pendidikan agama kepada setiap individu sejak mereka kecil lagi merupakan langkah berkesan mengatasi masalah tersebut. Pendidikan agama amat penting untuk menjadikan seseorang remaja itu bermaruah dan mengamalkan budi pekerti yang mulia. Atas sebab itu negara kita menetapkan rukun yang pertama dalam Rukun Negara kita ialah “Kepercayaan Kepada Tuhan”. Agam islam menerapkan sifat-sifat mahmudah dalam diri dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah. Andainya remaja kini menghayati dan faham dengan agama, insyallah mereka akan mengamalkan ajaran islam sepenuhnya. Sebaai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk mereka memberi pendidikan agamayang sempurna kepada anak walaupun ibu bapa tersebut tiada pendidikan agama, segala perubahan bermula daripada anda.
Sesebuah keluarga perlulah mengikuti cara hidup Islam (Islam sebagai Ad-Deen) kerana Islam agama yang sempurna yang telah menggariskan peraturan dan undang-undang kepada segala urusan kehidupan. Sepertimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman masuklah kam kedalam agama islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”.
Oleh itu konklusinya cukup mudah, pendidikan agama merupakan teras yang amat penting untuk membendungnya. Jika remaja itu berpegang teguh kepada cara hidup islam yang betul, bererti remaja tersebut dapat membina benteng yang kukuh yang dapat membezakan pro dan kontra yang akhirnya dapat menahan diri mereka daripada keruntuhan akhlak. Pemahaman dan penghayatan terhadap Agama Islam membantu kita membina ketahanan dan disiplin diri yang sukar diganggu-gugat. Akhir kata, diakhir zaman ini , memegang Islam ibarat memegang bara api yang panas, dipegang kita sakit dilepas ia padam...

0 comments:

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me