Tuesday, July 28, 2009

5 TAhuN AkaN DaTang, DiMana SayA AkaN bEradA.......

AssIGnMenT I.T pResEnT ...........TuEsday,...12.22a.m






ni la assignmentnye........






"5 Tahun Akan Datang, Dimana Saya Berada’ adalah satu persoalan besar dimana ianya akan membuatkan saya berfikir lebih jauh untuk cuba berada di waktu tersebut. Untuk melihat waktu tersebut , ianya bermula dari sekarang melalui bidang apa yang saya ceburi. Jadi, untuk melihat dimana saya akan berada setelah 5 tahun saya bahagikan kepada 5 indikator yang cukup mudah,iaitu yang pertama melalui aspek kurikulum, ke-2 melalui aspek kokurikulum , ke-3 melalui sijil SPM , ke-4 melalui perjalanan hidup dan yang terakhir ke-5 diluar jangkaan saya.

Melihat pada indikator saya yang pertama melalui kurikulum ,saya mengambil aliran I.T. Jadi kemungkinan besar 5 tahun akan datang saya akan berada di syarikat- syarikat besar.Kemungkinan besar juga , saya akan bekerja sebagai seorang pembuat program , penggodam maklumat atau pembuat laman web. Jika saya tidak dapat mencapai kerjaya tersebut ,saya akan bekerja sebagai seorang guru dalam bidang I.T. Apa yang penting saya tidak lari dari bidang I.T.

Beralih ke indikator saya yang ke-2 iaitu melalui kokurikulum. Saya telah memilih bidang ‘pengucapan awam’ dalam kokurikulum. Bidang ini nampak sukar kerana saya seorang yang pendiam, tetapi keadaan tersebut dapat diatasi dengan minat. 5 tahun akan datang kemungkinan besar saya akan jadi seorang pengacara televisyen mahupun menjadi seorang pembaca berita, ianya sejajar dengan cita-cita dan minat saya.
Seterusnya kategori yang ke-3 melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebenarnya saya telah lari dari bidang semasa SPM iaitu akaun dengan beralih ke bidang I.T.


Walaubagaimanapun, dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM saya telah mendapat sijil akaun LCCI iaitu London Chamber Of Commerce And Industry (LCCI) ,jadi saya masih ada harapan untuk bekerja dalam bidang akaun.

0 comments:

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me