Sunday, January 23, 2011

Pembinaan Negara Bangsa: Tanggungjawab Rakyat

Latihan Debat
Speaker: Ketua Pembangkang
Usul: Pembinaan Negara Bangsa: Tanggungjawab Rakyat
Pembawaan Pembangkang: BUKAN tanggungjawab Rakyat

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum & Selamat Bersidang...

Pembinaan Negara Bangsa: Bukan Tanggungjawab Rakyat

TYD, memulakan rentak bangkangan panel pembangkang pada hari ini, saya akan dahulukan dengan jutaan terima kasih panel pembangkang khas buat yang amat berhormat Perdana Menteri atas pendifinisian yang cukup longgar saya kira, maka bertindak selaku ucap pertama di meja pembangkang suka untuk saya membawa pemikiran anda semua  untuk kita menyemak semula baik-baik kata seorang Perdana Menteri....



Rangkuman permasalahan beliau pada hari ini ialah:
Pertama; apabila usul pada hari ini berkisarkan berkenaan PEMBINAAN NEGARA BANGSA, frasa PEMBINAAN merujuk kepada 1 proses, jadi apakah proses pembinaan negara bangsa yang hendak mereka tunjukan, dan bagaimana rakyat ini bertanggungjawab dalam proses tersebut tidak pernah ditunjukan beliau?
Kedua;apakah kuasa yang ada pada rakyat sehingga kita mempertanggungjawabkannya untuk membina negara bangsa, persoalan dewan adakah rakyat mampu membuat halatuju negara??
Ketiga;adakah tiada entiti lain selain rakyat adakah entiti lain tidak mampu untuk pembentukan negara bangsa?, saya akan tunjukan kepada anda ada entiti lain selain rakyat yang sebenarnya yang akan menentukan halatuju negara
KeEmpat;Apabila panel kerajaan meletakkan matlamat negara bangsa ialah perkongsian nilai, budaya dan dasar, maka mereka tidak boleh pecahkan penghujahan mereka kepada Inter dan Intra kaum kerana apa TYD, kerana Negara Bangsa merujuk kepada negara 1 bangsa diantara melayu cina dan india, maka ke 3-3 entiti ini perlu bergerak seiring, jadi jika mereka pecahkan penghujahan INter dan Intre kaun maka penghujahan mereka boleh ditolak dewan...
Jadi saya tuntut yang ke-2 diseberangsana jawab ke 3-3 pertikaian ini, maka dari pertikaian ini saya binakan asas bangkangan kami untuk menjawab terus beban bukti mereka iaitu tunjukan bahawa rakyat tidak menyumbang apa-apa dalam pembinaan negara bangsa sepertimana negara Eropah yang telah berjaya mencapai negara bangsa yang dikenali Bangsa Eropah bagaimana cabaran-cebaran negara tersebut diselesaikan oleh pemimpin itu sendiri dengan mengumpulkan sejarah-sejarahnya dan menyelesaikan cabaran yang wujud. Maknanya kita perlu tunjukan dalam usaha mencapai pembentukan negara bangsa apakah cabaran yang wujud dan siapakah yang menyelesaikannya adakah rakyat atau sebaliknya.


TYD, Untuk menunjukan Pembinaan Negara Bangsa: Bukan Tanggungjawab Rakyat
selaku pembangkang yang baik kami akan menafikan bukan rakyat dan kemudian kami akan bawakan kepada anda semua entiti yang sepatutnya bertanggungjawab dalam pembinaan negara bangsa.


Pecahan penghujahan cukup mudah selaku yang pertama saya akan berhujah dari aspek kelemahan rakyat, yang mana kita lihat apa yang mampu rakyat lakukan dan akhirnya rakyat tidak mampu dalam menentukan halatuju negara.
Rakan saya yang ke-2 akan berhujah dari asper kerajaan yang bertanggungjawab, bagaimana kerajaan yang membawa halatuju negara dan rakyat akan mengikuti laluan ataupun dasar kerajaan.Atas rasional , menurut catatan kenegaraan dalam sistem hirerki pemimpin atau kerajaan adalah menduduki hirerki teratas dan yang bawah adalah rakyat.
dan rakan saya yang ke-3 seperti lazimnya akan mengebom perwakilan kerajaan.
Selesai Asas Bangkangan

Bergerak kepada penghujahan,
suka untuk saya hujahkan berkenaan kelemahan rakyat.
hari ini dalam sistem hirerki pentadbiran negara rakyat adalah entiti yang terakhir, jadi apakah kuasa yang boleh bilakukan oleh rakyat kalau bukan hak untuk bersuara. Namun adakah suara tersebut menyelesaikan masalah yang berlaku dalam mencapai pembentukan negara bangsa. Fakta kes berkenaan Isu GMI(Gerakkan mansuh ISA) yang dilakukan pada tahun 2008 yang mana GMI telah menganjurkan 1 perhimpunan aman di dataran merdeka(Tempat saksi kebebasan rakyat malaysia) .GMI ini adalah bertujuan untuk rakyat menyuarakan  mansuh ISA untuk memberi sokongan moral keatas mangsa kezaliman. Tetapi perhimpunan secara aman ini menjadi medan pertempuran antara kerajaan. Polis yang sepatutnya menjadi pelindung rakyat dan menjaga keamanan bertukar menjadi gengster jalanan. Dalam Perlembagaan Malaysia bahagian 2 merangkumi perkara 10 sendiri termaktub kebebabsan bersuara, berhimpun dan berpersekutuan. Perkara 10 juga menyaratkan bahawa sebarang perhimpunan AMAN dibenarkan selagi tidak mengancam keselamatan negara. Akhirnya suara rakyat tidak kemana.

Rangkuman penghujahan, Saya telah critakan kepada anda, apakah kuasa rakyat iaitu hak bersuara dan berhimpun, tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah dalam bantahan mansuh ISA dan akhirnya kuasa rakyat tidak kemana,itulah saya yang saya kira kelemahan yang ada pada rakyat .Sebab itulah Pembinaan Negara bangsa Bukan Tanggungjawab Rakyat...
Mohon usul ditolak dewan
sekian terima kasih.....

0 comments:

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me