Thursday, April 29, 2010

kenapa mereka tidak memahami?????

~Bilmillahirrahmanirrahim~


Hari ini boleh digambarkan sebagai hari yang sangat tiada mo0d~
sebab beberapa hari yang lepas ada peristiwa yang memang tidak boleh diterima
huhu:
Peristiwa Pertama
Fitnah, mirul tak paham dengan mereka ni. Tidak boleh lihat orang senang, ade je fitnah yang nak dibuat. Fitnah pertama sem lepas dah lepas dah tutup kes sebab orangnye pon dah disumpah. Kali ke dua ni tak tahu lah siapa yang buat. Walaupun yang kedua ini tidak menjatuhkan maruah, tapi sebenarnya apa2 cerita yang buruk bermula dari fitnah yang biasa2. Mirul takkan maafkan dunia akhirat mereka. Sem ke 2 ni mirul baru nak bergaul dengan budak kelas, baru kenal dengan sesetengahnya dan mula membuat presentation dengan baik berbanding sem lepas, mungkin mereka tidak boleh lihat orang senang agaknya. Tidak boleh melihat kelebihan pada orang lain ke?? Sesungguhnya fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh. Tidak sangka pelajar Universiti pon ada yang begini........
Peristiwa Kedua
Ada beberapa subjek exam telah keluar result di smap online. Apa yang sedihnya tidak seperti yang ditarget. Walaupun boleh dikatakan tidak teruk resultnye, tapi mirul dah berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat A. Rasa segan+cemburu+malu semua ada terhadap teman serumah. Sebab mereka semua belajar sambil bermain game. Mirul main juga tetapi  lebihkan stdy untuk target A dan akhirnya mereka dapat A. huhu, nak taknak perlu terima .inilah hasil titik peluh yang mirul telah buat.
Peristiwa Ketiga
Ini merupakan peristiwa salah faham, disebabkan geram dengan kes fitnah mirul post di facebook. Jadi ade seorg kawan debat komen. Agak menghina juga lah komennya, hina kepada mirul. Dengan tidak tahu situasi, tiba-tiba kata "u get wat u hve done" lebih kurang begitulah. hanya kerana mulut mirul jahat orang fitnah. Teruk betul analisis die. die anggap mirul cakap lepas dengan orang lain. Sedangkan mirul hanya cakap lepas dengan budak  debat je, sebab mirul anggap budak debat open. Dengan pelajar biasa mirul jaga batas percakapan, tapi kalau ada yang tak sedar diri memang terlepas. jadi jangan lah nak samakan situasi layanan mirul dengan budak debat dan pelajar biasa. dah datang tidak diundang malah x beri salam menghina tuan rumah pula. Sengaje nak jatuhkan maruah mirul di wall facebook kan, Mirul komen direct kat wall die, tapi delete agar die bace tidak boleh reply dan orang lain takkan bace. Mirul bukan macam die suka jatuhkan maruah orang depan2, kalau nak mirul boleh je buat cuma adab n kalau nak jatuhkan maruah orng lebih baik tak payah add.
then die minta maaf, ok fina. after that die hantar messj di facebook. Rupanya ada satu kes yang die tidak puas hati, die luahkan kes tu. Mirul agak rasa bersalah tapi memang tak masuk akal dengan tindakan komen di wall mirul. jadi reply laa......rasanya ianya jelas, cuma kalau die seorg yang positif die akan tahu lah siapa yang salah. tetapi kalau pemikirannya sempit sebliknya.
Lama kemudian dia delete mirul dari frendz, baguslah kalau sedar.
Peristiwa ke Empat
Paper work debat, saya minta maaf sebab tak dapat teman menghantarnya sebab saya dah ada janji dengan senior melewar untuk menempah makanan, jadi rasa bersalah....huhu

Tuesday, April 27, 2010

Anak Paderi Peluk Islam

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!.... Bacalah dan Renungkanlah. ...
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya

dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga

Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin

Kitinggan usaha kami mendapat sokongan

penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat

masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah

mereka dan bantu mereka. Berbagai

masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,

pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami

berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi

dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan

pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan

mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini

setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama

penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya

mempunyai bebrapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya

panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke
saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan

atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan
dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang
asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi
mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog
dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.
Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.. Sedang saya meronta-ronta, saya
terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak
mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya
bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh
Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur
diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya.
Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah.
Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan
Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz
selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di
Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun
merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk
mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon
ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya.
Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang
Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan
ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan
sujud syukur.. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan
mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama.....
....Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari
rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana
kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang
pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia
boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung...... "
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk
Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati
Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan
terma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian.. saya juga diancam oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll.
Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat
Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini
mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..purapura
....dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah
satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang
Islam!!!
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput

Perdana Menteri kita dulu. KALAU
TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid.. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

TOLONG FORWARDKAN!! !
Demi islam....Demi agama yang tercinta...insyaAll ah...

HALALKAH REZEKI KITA......???
BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG HARAM!!!!!!
KITA MAKAN....... BAGI ANAK - ANAK KITA MAKAN........ NAK SELAMA DI
AKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!!
RENUNGKANLAH. ......... ..WASSALAM! !!

Takziah Diucapkan Izat

Salam Takziah
Kepada Izat Amir Diatas Permergian
Ayah Angkatnya
semoga tabah menghadapi minggu exam...
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Seorang yang happyness....
sentiasa ceria....
sentiasa buat orang ketawa,
dengan gurauan...

Saturday, April 24, 2010

Tugas Yang Perlu Disambung

Malam semalam telah diadakan satu perjumpaan diantara JKK lama dan baru
bagi sesi penyerahan fail...
jadi dalam perbincangan dua hala tersebut telah dinyatakan untuk Biro mirul beberapa perkara yang tidak terlaksana untuk disambung:
1-Bina Anti Maksiat, dimana bina tersebut ada 4. Bina tersebut dah siap cuma tiada bajet untuk dikeluarkan.
2-Adab belajar lelaki dan perempuan, dimana kita perlu mengigatkan mereka batas pergaulan lelaki dan perempuan.
3-Ramadhan, dimana majlis berbuka puasa tiada bajet. Jadi kene cari penaja.
4-Program Tautan Ukhwah. dimana majlis bacaan yasin malam jumaat .laporan
5-Artikel Inspirasi perlu diteruskan.
6-buat pentadbiran huhu. Rakan Biro.

kesimpulannya: BKE adalah biro kerohanian dan etika dimana orang akan pandang sebagai Islamic iaitu sebuah cara hidup. Tetapi mirul rasa terlampau muda untuk memgangnya, tambahan bukan dari aliran sekolah menengah agama, jadi agama di dada tidaklah tinggi dan pemikiran pon masih seperti kebudak budakkn nak main je. Insyallh cuba~

Ambil Pic memang tak reti smile...huhu

Salam Ukhwah....
huhu, semalam alkisah
mirul diminta untuk berkumpul di satu tempat...
kene amek pic untuk organisasi
tapi huhu yang sedihnye mase nak amek pic tu tak reti senyum...
dah cub senyum yg terbaik laa
bila tengok pic nyer huhu ade yg muke serius muke senyum sikit..
so malas nak susahkan si photogrf tu...biojelahhh
semoge die pilih yang terbaik huhu.....

Wednesday, April 21, 2010

TAKZIAH

Al-Fatihah
kepada atuk kak jue yang telah kembali kerahmatullah
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,
semoga kak jue tabah diatas pemergian orang yang tersayang
TAKZIAH diucapkan...

Ikhlas:Amirul

Sunday, April 18, 2010

Jangan Terlepas Pandang

saya harap anda Jangan Terlepas Pandang


Jangan Minum AIR KICKAPOO

Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK , nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:

Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya..

http://www.kickapoo joy..com/ history.html



Jolly Shandy : Arak Alaf Baru yang mengelirukan! !


 http://www.monarch- beverage. com/home. htm
Jolly Shandy : Arak Alaf Baru yang mengelirukan! !



KUALA LUMPUR – Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca – Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.
Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca – Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli " air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran.
Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang .
PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.
PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca – Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan.
Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman..
Sokonglah produk keluaran Islam.


AYAM TESCO Tak Halal

PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 20 FEBRUARI 2008
Produk paling LARIS tetapi TIDAK HALAL


1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut..
* Di atas adalah barang2 keluaran Narcissus



"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
· Canned Meat
· Canned Seafood
· Canned Fruits
· Canned Vegetables
· Seasonings 

KUACI makanan biji matahari dimasak di cina dengan tulang babi

RENNET [ KHINZIR ]
KERATAN-KERATAN AKHBAR YANG MELAPORKAN.. . YANG PASTI MELOYAKAN TEKAK ANDA
 

"...adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun,...kalau dihitung
...mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!! !"
"...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA....ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..."
...masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ???
"...marilah bersama-sama kami,..kita sama-sama berjamaah mencari, mempromosi & mengguna produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim...... demi masa depan anak bangsa kita...
MELAYU & ISLAM...INSYAALLAH"

Friday, April 16, 2010

JKK melewar ke

hehe, alkisah dulu ada program di suraw melewar
ceramah membina jati diri....
so mirul dapat messj dijemput datang, so bile dah datang tu dah duduk...
lelaki tak ramai tau tetibe terkejut  dengar anousment kat speaker melewar "sesiapa yang ingin menjadi JKK melewar sila ke surau untuk taklimat" adoiyai, asal tak cakap dari awal yang ni JKK kalau tahu tak pergi...pada waktu tu kawan serumah tanya "nak g mana"
cakap la ade program di surau....habis program tu masuk je rumah dengan muka yang malu dieorng kata "waa JKK melewar yang baru" mirul cakap la mane ade , tak terlintas nak jadi JKK ...sampai ada kawan tulis kat kertas ni
lama kelamaan adelah yang meminta jadi JKK, so mase tu berbelah bahagi nak , @ tak nak...
so tanya pandangan senior debat, die kata kalau nak pigang jawatan mesti ada matlamt....so mirul lihat lah mereka yang berjawatan seperti abg fauzi semua ada matlamat...so mirul buat matlamat nak promote debat di melewar sebab masa mirul masuk debat tu lah first time melewar hantar debat sedangkan melewar kan ada FPT(pendidikan teknikal) yang akan jadi cikgu sepatutnya mereka lebih menceburi pertandigan ini...huhu harap2 matlamat tercapai.....yeahhh majulah debat

Tuesday, April 13, 2010

Saudara Islam di ALbania mantan PM tinjau

berkongsi cerita dari mantan perdana menteri malaysia..
reference che det

ALBANIA

By Dr. Mahathir Mohamad 


1. Saya sekarang berada di Albania, sebuah negara Islam yang dahulu menjadi sebahagian daripada Empayar Othmaniah. Setelah merdeka ia diserang dan dijajah oleh Itali. Pada penghujung perang dunia ke-2, Albania sekali lagi bebas tapi dikuasai oleh pemerintahan kuku besi puak kiri.






2. Pemerintah ini diketuai oleh seorang diktator, Enver Hoxha, yang menolak agama Islam sehingga sanggup mengharamkan Allah, Nauzubillah.






3. Rakyat tidak dibenar menganuti Islam atau apa-apa agama.






4. Akhirnya pemerintahan puak kiri ini jatuh dan diganti dengan pemerintahan pro-demokrasi pimpinan Sali Berisha.






5. Saya ke Albania buat kali pertama pada tahun 1993. Terdapat kemiskinan di mana-mana sahaja. Muka penduduk muram belaka. Tirana, ibu kota, tidak menunjukkan aktiviti ekonomi. Tidak ada kedai selain kedai kopi di tepi jalan. Tidak ada kenderaan. Bangunan-bangunan ternampak tua dan uzur. Ada beberapa masjid lama yang uzur dan sunyi sepi. Tidak ada sesiapa yang menunaikan solat Jumaat atau solat waktu di situ.






6. Kali ini saya sampai di Tirana pada hari Jumaat. Program saya termasuk solat Jumaat di masjid yang tertua, Masjid Ethem Beu, di tengah Bandar Tirana.






7. Alangkah terkejutnya saya apabila saya sampai ke masjid dan melihat jemaah melimpah sehingga ke tepi jalan besar jauh dari masjid. Saya amat gembira kerana Islam sudah kembali ke Negara ini. Alhamdulillah.






8. Kemudian saya berjumpa beberapa penuntut Albania yang telah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kita bermesra dan mereka nyatakan perasaan hutang budi mereka kepada Malaysia. Mungkin juga UIA memainkan sedikit peranan dalam memperkenalkan semula Islam di Albania, wallahu'alam. Kalau pun tidak, saya bersyukur dengan kembalinya Albania ke pangkuan Islam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanawata'ala.

Wednesday, April 7, 2010

presentation multimedia

Semalam presentation multimedia,
aku tak tidur malam semata-mata siapkan laporan,
apa yang mencabar iman ialah laporan tu buat dah banyak tapi disebabkan tak save
kenelah buat semula....
keesokkannya ada wacana ilmu memang mencabar...
orang kate kalau tak cukup tidur pendek umur, waktu tu cuba tabahkan diri,
tetapi realitinya tidak boleh, dalam diri ni kat jantung rase macam terbakar je, tak ade tenaga walaupun dah makan....
memang tawakal waktu tu dengan prsentation nya lagi petang tu...
memang waktu tu fikir presentation akan teruk sebab tak tido so otak tak berfungsi dengan baik...
tetapi aku anggap presentation yang selalu aku buat adalah latihan debat bagi menghilangkan rase gemuruh , datangkan kebiasaan...ianya aku rase hanya dapat atasi sedikit je...
tetapi bagi aku presentation aku (waktu aku cakap je) teruk....
walaupun dapat tarik penonton, tetapi aku lihat reaksi lectre....
die ketawe tetapi macam ketawa sinis....
tah la ape la aku pk nie...sebab aku nak tahu
kalau presentation aku menjengkekan ke tak, aku nak betulkan kalau tak debat nanti teruk....
nanti la aku upload projek multimedianya, atau aku akan uploadkan di blog multimedia aku...

Friday, April 2, 2010

Bila Ilmu Menyentuh Hati

reference:email

Rasulullah S.A.W. telah bersabda :



العلم علمان :



فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على السان فذالك حجة الله على ابن آدم



` Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati ( disertakan amal ), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah ( tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam.’



Riwayat Ibnu Syaibah ddan Al Khatib



Kata Imam Ghazali RahimahulLah Ta’ala :



`Ilmu yang meemberi manfaat itu ialah ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala; ( ilmu ) yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu; (ilmu) yang menambahkan ibdahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya; (ilmu) yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia; (ilmu) yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat; (ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya; (ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaithan dan tipuannya’.



( Bidayatul Hidayah )



Oleh itu, jika antum mahu menyuluh diri dan perilaku..suluhlah dengan ilmu yang memberi manfaat. Rapatkan dirimu dengan para `ulama. Sirami hati dan aqalmu dengan ilmu nescaya kamu akan sentiasa terpimpin.

Rakan Persinggahan

clikck me