Friday, December 24, 2010

Perkhidmatan Pengangkutan Yang Teruk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Akhirnya, hari ni dapat juga menulis blog dengan keadaan tenang.Terima Ksih Kepada Yang Sudi Mendengar Masalah Saya.
Masalah pengangkutan telah lama berlaku di Kolej Kediaman Melewar sejak zaman nenek moyang lagi. Hal ini kerana ada student yang dahulunya diploma menetap di kolej kediaman melewar dan kini degree kebetulan dapat kolej yang sama, katanya masalah pengangkutan ni dari dulu....
Adakah masalah ini tidak pernah diselesaikan, atau ada pihak yang buat tak tahu.
Sebenarnya masalah ini telah pun diajukan kepada Majlis Perwakilan Pelajar  didalam program hati ke hati yang tidak berapa dapat sambutan di melewar. Kata YDP saya ingat "jangan risau sem depan akan menggunakan perkhidmatan baru" jadi saya persoalkan jaminan beliau tidak berani.Baiklah saya terima, tetapi saya cukup terkejut apabila perkhidmatan di Kolej Kediaman Melewar tetap sama SIKUN JAYA, dimanakah perkhidmatan baru yang dijanjikan oleh YDP, manis mulut berbicara. Perkhidmatan pengangkutan di kolej lain semuanya berubah, begitu juga MELEWAR perkhidmatannya berubah iaitu dengan meletakkan perkhidmatan sikun jaya yang digunakan kolej lain kesemuanya di kolej kediaman melewar, adakah itu menyelesaikan masalah saya kira makin menambahkan masalah sehinggalah hari ini. Pernahkah pantauan dibuat???sangat sedih.....
apabila diajukan masalah ni sekali lagi, pengurus perkhidmatan itu tanya nombor flat kenderaan bermasalah, sedangkan saya lihat hari ini satu van tu adakalanya 2 pemandu. Bagi pendapat saya kami selaku pelajar melihat masalah berlaku maka kami buat aduan yang mencatat nombor flat dan melihat keadaan tersebut adalah MPP bahagian pengangkutan kalau semuanya kami yang buat serupa kami yang jadi MPP. lihatlah sehingga kini jadual pengangkutan masih tidak dapat. Saya menggunakan perkhidmatan pengangkutan ni boleh dikatakan selalu, sehingga kami JKK terpaksa mendesak HEP melalui pengetua dan akhirnya tukar kepada bas, itu pun masih bermasalah....
sehingga hari ini bukan sahaja masalah pengangkutan akhirnya kolej kami hendak tutup,..
selaku MPP mereka seharusnya membantah penutupan tersebut, tetapi akur pulak dengan keadaan tersebut, sangat mengecewakan.....banyak sangat kerja jahat, malas nk ambil port.........

0 comments:

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me