Wednesday, November 10, 2010

REPORT PROGRAM TAUTAN UKHWAH

  Diatas rasa keperihatinan Biro Kerohanian dan Etika JawatanKuasa Kolej Kediaman Melewar terhadap ikatan ukhwah sesama pelajar-pelajar Islam KKM, maka satu program telah dijalankan sepanjang bulan Marc hingga November 2010. Program yang bertempat di surau KKM yang dikenali sebagai ”Program Tautan Ukhwah” telah disertai oleh semua  warga KKM Islam para pelajar mahupun  Felo dan Pengetua. Objektif program ini adalah untuk memastikan Surau Kolej Kediaman Melewar diimarahkan dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan serta menjadikan sebagai pusat pembangunan sosial di Kolej Kediaman Melewar dan akhirnya akan menjadikan Surau KKM ini sebagai rumah kedua bagi pelajar-pelajar Islam KKM di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Selain itu, melalui program ini juga dapat membentuk sahsiah pelajar-pelajar Islam KKM yang cemerlang baik rohani mahupun jasmani dalam menjana modal insan yang berkualiti dengan program-program berbentuk kerohanian. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan jalinan persaudaraan antara penghuni Kolej Kediaman Melewar melalui program-program kemasyarakatan seperti  solat  berjemaah jamuan dan gotong royong membersihkan surau dan akhirnya mereka akan kenli diantara satu sama lain senior dan juga junior yang kemudian menjurus kepada pemantapan akedemik.
           
            Program ini merupakan program mingguan yang dijalankan seminggu sekali pada setiap malam jumaat di Surau Kolej Kediaman Melewar dengan perisian yang berbentuk kerohanian dan dan kemasyarakatan seperti solat fardhu maghrib dan isya’ secara berjemaah, bacaan yaasin dan tahlil, tazkirah ringkas dan lain-lain program yang berbentuk kerohanian. Ianya telah disertai seramai 150 orang yang terdiri dari kalangan Mahasiswa kemasukan baru dan juga lama yang beragama Islam mahupun Pensyarah. Program ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula 7.10 malam dimana ianya dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah dan kemudian bacaan yasin beramai-ramai. Seandainya dalam waktu tersebut ada musibah ataupun kematian yang menimpa dikalangan pelajar melewar maka bacaan yasin tersebut akan disedekahkan kepada mereka yang berkenaan. Bacaan Yasin ini diketuai oleh AJK Surau atau Jawatankuasa Kolej Kediaman. Setelah majlis bacaan Yasin selesai sedikit jamuan disediakan, dimana juadah makanan diuruskan oleh AJK surau iaitu Saudara Abdul Hakim Bin Ghazali dan juga Saudari Siti Mariam Binti Ibrahim. Akhirnya “Program Tautan Ukhwan ini akan diakhiri dengan solat isya’ secara berjemaah dan bacaan doa yang diimamkan oleh AJK Surau KKM Saudara Muhammad Syahir Bin Idris. Namun , tentatif program berlainan sedikit sewaktu minggu belajar Mahasiswa sebelum peperiksaan akhir. Sedikit penambahan tentatif program iaitu Solat Hajat secara berjemaah dimana ia Solat Hajat ini dibuat selepas Solat Isya’ dan pada waktu itu juga respon dari kalangan pelajar-pelajar Islam KKM amat menggalakkan.
            Rangkuman perjalanan program ini,secara keseluruhannya berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang kecil seperti respon daripada pelajar yang hadir melebihi sasaran sewaktu terdapat pengisian Solat Hajat didalam program  yang menyebabkan jamuan yang disediakan tidak mencukupi. Namun, apa yang cuba dilihat disini bukanlah masalah jamuan tidak mencukupi tetapi penglibatan dan komitmen pelajar-pelajar Islam KKM yang amat menggalakkan dan keadaan majlis tetap meriah dan berjalan dengan lancar serta tiada berlaku bantahan yang disebabkan jamuan tidak mencukupi.

7.         KESIMPULAN

            Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif dan dapat dilaksanakan dengan baik. Program seumpama ini memberikan impak positif kepada pembentukan sahsiah pelajar. Selain itu juga program ini telah merapatkan silaturahim di kalangan Mahasiswa apa respon daripada Mahasiswa amat menggalakkan. Walaupun terdapat bebeapa masalah yang kecil sepanjang program ini dijalankan, dengan kerjasaman dan komitmen daripada AJK Surau mahupun JKK yang lain program ini dapat berjalan dengan lancar.

0 comments:

Post a Comment

jAnGan Tau BacE Jee, Komen SekAli....

Rakan Persinggahan

clikck me