Monday, May 24, 2010

Hati Yang Tenang

Dengan lingkungan IlahiMU Ya Allah~~

setelah mengalami shock emosi beberapa hari yang lepas,
hari ni tenang la sikit
sewaktu membuat persiapan ke debat arau buat kali pertamanya dijembut UiTM ARAU perlis,
pasukan debat UTHM begitu bersungguh-sungguh menjalankan latihan,
apa yang menariknya kami menerima kunjungan daripada UPSI,
Universiti kami adalah latihan pertama bagi UPSI,
mereka peramah, mudah bergaul dan best.....
UPSI juga telah membuat suprise kepada RAJA diatas birthdaynya......
namun, disebabkan terlampau penat, performance mirul makin teruk...
PRESURE~~~
alternatifnya, seorang senior meminta diam sehingga malam...
alhamdulillah, tenang, betullah ~banyak bercakap banyak masalah~
2 hari sebelum pertandingan, kami dimaklumkan tiada kenderaan untuk debat...
semua pendebat dihantui perasaan kecewa...
keesokkan harinya senior uruskan kenderaan di HEP, berdebatlah dengan HEP..
mirul tak tahulah, memang tak disediakan kenderaan @ kami yang tak mohon kenderaan...
apa yang sedihnya, debat ini seperti diperbodohkan HEP....
mereka boleh kata "siapa sokong perlu kenderaan untuk debat" jadi beberapa kakitangan HEP yang baik ada lah sikit angkat tangan, namun bila dia sebut " siapa tidak setuju untuk tidak sediakan kenderaan" wah ramai yang angkat, selepas tu mereka(pegawai HEP) ketawa....teruknya HEP universiti ni...
apa yang sedihnya mereka boleh kata "kalau sediakan kenderaan boleh menang ke??" sedangkan menang kalah Allah yang tentukan mereka boleh persoalkan...inikan HAK MAHASISWA untuk mengikuti aktiviti KOKO pertandingan kenapa disekat....lihatlah, mahasiswa sebenarnya belum MERDEKA walaupun kononya akta AUKU telah dipinda............
kami pendebat yang lain telah kecewa dan hanya habiskan masa di BP MALL, menunggu jawapan dari mereka yang berdebat dengan HEP....
akhirnya kami hanya dapat 1 kenderaan(van universiti), apa yang sedihnya dalam perjalanan ,pada waktu itu tidak jauh lagi pemandu van isi minyak dapati kad kredit minyak duitnya tidak mencukupi...apabila mereka berbincang dengan orang atasan (HEP), mereka kata akan isi petang....jadi pada waktu itu duit isi minyak terpaksa guna duit pemandu van itu dahulu secara cash,.....
setibanya di selangor, kami berhenti  di stesen minyak....penanda minyak divan telah menunjukan setengah...
kami menunggu jawapan HEP, yang teruknya mereka macam baru nak bermeetng....dan akhirnya miss eng(yang urus debat kami) kata boleh guna duit sendiri x....kami mana ada duit, liza (salah seorg pendebat) ada duit, dia nak upport tapi mirul kata x payah...kerenah birokrasi, duit yang kita guna akan dapat balik lambat...
lihatjelah senior yang menang debat royal diraja, mereka masih x dapat duitnya.....
penginapan kami untuk latihan debat juga minta dibayar HEP sehingga kami terpaksa buat surat kepada TNC...
adakah TNC tahu perkara ni, masalah berlaku di golongan pertangahan iaitu HEP.....
jadi kami terpaksa pulang dalam keadaan yang sedih dan hampa....
pertandingan debat yang pertama kalinya dijemput, apabila kita tak pergi pasti selepas ini tidak akan dijemput lagi....
mungkin ianya takdir ilahi...dan mungkin ada hikmahnya...insyallah...

ni debat petah 111jam di pwtc..mirul macam dah tiada semangat..huhu
MIRUL BANGUN!!!!(tetiba air mata hampir menitik)

Thursday, May 13, 2010

DebAt Arau YeaH~~~~

Debat Arau di UiTM Perlis akan berlangsung pada 20-25 Mei 2010. Ini adalah kali pertamanya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia diundang ke pertandingan tersebut. Mengikut perancangan awal sepatutnya kami sekreteriat debat akan menghantar 2 team sahaja, tetapi disebabkan team debat B.I bermasalah, kami terpaksa mencari lagi satu team untuk dihantar kerana HEP telah membayar pertandingan tersebut. Wish luck 4 the team k........

the end not 3 team, agak pening team berubah-ubah

Friday, May 7, 2010

The End Of Semester Kedua Tahun Pertama Ku~~UtHM


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~

Alhamdulillah Akhirnya berakhir juga tahun pertamaKu di UtHM,
banyak kenangan pahit dan manis , persahabatan yang tulen dan palsu,
proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sebaliknya,
pemahaman pengajaran lectre yang ada kalanya serabut dan ok,
pengurusan pihak atasan yang kurang baik menyebabkan pelajar jadi mangsa keadaan,
proses pembentangan mirul yang first time gugup dan teruk sewaktu sem pertama,
dan kenangan pembentangan yang rasa puas kerana dapat buat yang terbaik di sem kedua kerana aktif dalam debat,
pertama kali berOrganisasi di Kolej Kediaman yang agak takut berlaku perkara yang buruk,
senyum  ketawa gelagat teman serumah, dimana sem depan mereka akan tinggal di luar , persediaan tinggal dengan JKK Melewar tahun 2 sem 1, kenelah jaga tingkah laku semua abang2......huhu

kenangan malam aspisriasi melewar bertemakan arabic nite......
best2
kenangan dalam debat yang telah join dalam tahun pertamaKu di Uthm...
Debat piala TNC inter Kolej Kediaman
Debat Diraja di UM, Debat SPRM di UtHM, insyalah kali ini debat ARAU di UiTM perlis dan Debat Diraja UtHM tuan rumah..........
gelak ketawa dalam debat............
harap hari-hari mendatang baik2 belaka........

Thursday, April 29, 2010

kenapa mereka tidak memahami?????

~Bilmillahirrahmanirrahim~


Hari ini boleh digambarkan sebagai hari yang sangat tiada mo0d~
sebab beberapa hari yang lepas ada peristiwa yang memang tidak boleh diterima
huhu:
Peristiwa Pertama
Fitnah, mirul tak paham dengan mereka ni. Tidak boleh lihat orang senang, ade je fitnah yang nak dibuat. Fitnah pertama sem lepas dah lepas dah tutup kes sebab orangnye pon dah disumpah. Kali ke dua ni tak tahu lah siapa yang buat. Walaupun yang kedua ini tidak menjatuhkan maruah, tapi sebenarnya apa2 cerita yang buruk bermula dari fitnah yang biasa2. Mirul takkan maafkan dunia akhirat mereka. Sem ke 2 ni mirul baru nak bergaul dengan budak kelas, baru kenal dengan sesetengahnya dan mula membuat presentation dengan baik berbanding sem lepas, mungkin mereka tidak boleh lihat orang senang agaknya. Tidak boleh melihat kelebihan pada orang lain ke?? Sesungguhnya fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh. Tidak sangka pelajar Universiti pon ada yang begini........
Peristiwa Kedua
Ada beberapa subjek exam telah keluar result di smap online. Apa yang sedihnya tidak seperti yang ditarget. Walaupun boleh dikatakan tidak teruk resultnye, tapi mirul dah berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat A. Rasa segan+cemburu+malu semua ada terhadap teman serumah. Sebab mereka semua belajar sambil bermain game. Mirul main juga tetapi  lebihkan stdy untuk target A dan akhirnya mereka dapat A. huhu, nak taknak perlu terima .inilah hasil titik peluh yang mirul telah buat.
Peristiwa Ketiga
Ini merupakan peristiwa salah faham, disebabkan geram dengan kes fitnah mirul post di facebook. Jadi ade seorg kawan debat komen. Agak menghina juga lah komennya, hina kepada mirul. Dengan tidak tahu situasi, tiba-tiba kata "u get wat u hve done" lebih kurang begitulah. hanya kerana mulut mirul jahat orang fitnah. Teruk betul analisis die. die anggap mirul cakap lepas dengan orang lain. Sedangkan mirul hanya cakap lepas dengan budak  debat je, sebab mirul anggap budak debat open. Dengan pelajar biasa mirul jaga batas percakapan, tapi kalau ada yang tak sedar diri memang terlepas. jadi jangan lah nak samakan situasi layanan mirul dengan budak debat dan pelajar biasa. dah datang tidak diundang malah x beri salam menghina tuan rumah pula. Sengaje nak jatuhkan maruah mirul di wall facebook kan, Mirul komen direct kat wall die, tapi delete agar die bace tidak boleh reply dan orang lain takkan bace. Mirul bukan macam die suka jatuhkan maruah orang depan2, kalau nak mirul boleh je buat cuma adab n kalau nak jatuhkan maruah orng lebih baik tak payah add.
then die minta maaf, ok fina. after that die hantar messj di facebook. Rupanya ada satu kes yang die tidak puas hati, die luahkan kes tu. Mirul agak rasa bersalah tapi memang tak masuk akal dengan tindakan komen di wall mirul. jadi reply laa......rasanya ianya jelas, cuma kalau die seorg yang positif die akan tahu lah siapa yang salah. tetapi kalau pemikirannya sempit sebliknya.
Lama kemudian dia delete mirul dari frendz, baguslah kalau sedar.
Peristiwa ke Empat
Paper work debat, saya minta maaf sebab tak dapat teman menghantarnya sebab saya dah ada janji dengan senior melewar untuk menempah makanan, jadi rasa bersalah....huhu

Rakan Persinggahan

clikck me