Monday, February 20, 2012

Laptop Berat

Assalamualaikum & Salam sejahtera Dunia Blogger...
Lama dah tak menulis, mesti dah bersawang dan berhantu/....

syuh...syuuhh....(tiup habuk kononnya...)

Hari ni laptop dah berat giler, jadi nak upload semua pic kat latop masuk blog...then leh laa buang pis dalam latop...hehe..ni kenangan ke UMT untuk debat gender....masa tuh praktikal tapi amek cuti (suke2 jerkan) tapi kene ganti praktikal tuh...huhu~
Team bersama junior2, walaupun tidak ada rezeki tapi boleh belajar dari pengalaman...








































































Friday, December 9, 2011

Teman Tubuh

(Di tulis pada waktu hujan lebat, musim tengkujuh dah tiba di pantai timur, lalu aku berkata kepada forever alone yang sentiada terlanjur dengan diri sendiri, bahawa di sini ada tip untuk anda dalam mencari teman tubuh..mudah mudahan)
Dahulu, aku juga seorang yang sepi tanpa teman hidup. Apa aku buat?
Terlanjur dengan diri sendiri?
Tidak! Sewaktu kesunyian melanda hati di malam hari, aku akan pergi keluar rumah, melihat ke arah langit, sambil memerhatikan ribuan bintang-bintang yang membuat ‘perasaanku terganggu’, lantas menambahkan lagi kesepian dalam diri ini seperti saf belakang masjid yang sentiasa kosong...
Setelah sekian lama menunggu teman hidup yang mungkin akan jatuh dari langit, tiba-tiba pada suatu malam, jam lebih kurang satu pagi, tiada pula kelihatan bintang beribu. Apa yang ada hanyalah langit hitam gelap tiada sempadan. Angin pula bertiup kencang. Secara tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya.
Aku tidak berlari masuk ke rumah sepetti kambing yang takut hujan, tapi aku terus membiarkan diriku dibasahi hujan lebat.
Kenapa aku biarkan diri ini kebasahan dalam hujan yang lebat bersama air mata?
Aku lakukan semua itu kerana aku teringat hadis Nabi yang mengatakan betapa makbulnya doa ketika hujan lebat.
"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur; waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Daud)
Lantas aku terus berdoa dalam kebasahan hujan, memohon agar di kurniakan teman hidup atau dalam bahasa sains: teman tubuh!
“Ya Allah, berikan aku teman hidup dan berikan aku teman tubuh, agar aku dapat menyempurnakan agama-Mu dengan cara kekasih-kekasih-Mu memyempurnakannya.”
Lalu hujanpun bertambah lebat memakbulkan doa doa mereka yang beriman..
Alhamdulillah, akhirnya doaku makbul.
Buktinya?,
Kini, apabila hujan lebat pada waktu malam, terutama pada musim tengkujuh begini, aku tidak lagi perlu keluar rumah berdoa dalam hujan untuk mendapat teman tubuh, tetapi aku terperap dalam rumah sambil membaca doa untuk bersetubuh.
Woha!
P.S: Hati-hati ketika berdoa dalam hujan. Jangan anda keluar rumah sembarangan. Jika mati dipanah petir, penulis tidak bertanggungjawab.Woha!!!

::Reference::Kereta mayat...
disebabkan tertarik dengan artikel ni nak sahre~


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah

Assalamualaikum Dunia Blogger,
lama tak menulis blog tapi tak bermaksud penulisan ini terhenti...Penulisan ni walaupun tidak tertulis di blog tapi tertulis di hati...

Apa yang menggerakkan hati untuk menulis,
Hanya sekadar mengucapkan ucapan TAHNIAH kepada Team debat TSN kerana memenagi JOHAN DEBAT NC. Walaupun rasanya tak membantu sangat, mirul tumpang gembira dari jauh.
Semoga perlawanan ni banyak belajar sesuatu, begitu juga team debat yang lain. Mungkin Ianya langkah permulaan yang baik  tahun pertama telah ke pentas akhir, tidak sehebat mirul tahun ke 3 still tidak ke pentas akhir.

May Allah Bless You All Guyz....


Rakan Persinggahan

clikck me