Friday, April 16, 2010

JKK melewar ke

hehe, alkisah dulu ada program di suraw melewar
ceramah membina jati diri....
so mirul dapat messj dijemput datang, so bile dah datang tu dah duduk...
lelaki tak ramai tau tetibe terkejut  dengar anousment kat speaker melewar "sesiapa yang ingin menjadi JKK melewar sila ke surau untuk taklimat" adoiyai, asal tak cakap dari awal yang ni JKK kalau tahu tak pergi...pada waktu tu kawan serumah tanya "nak g mana"
cakap la ade program di surau....habis program tu masuk je rumah dengan muka yang malu dieorng kata "waa JKK melewar yang baru" mirul cakap la mane ade , tak terlintas nak jadi JKK ...sampai ada kawan tulis kat kertas ni
lama kelamaan adelah yang meminta jadi JKK, so mase tu berbelah bahagi nak , @ tak nak...
so tanya pandangan senior debat, die kata kalau nak pigang jawatan mesti ada matlamt....so mirul lihat lah mereka yang berjawatan seperti abg fauzi semua ada matlamat...so mirul buat matlamat nak promote debat di melewar sebab masa mirul masuk debat tu lah first time melewar hantar debat sedangkan melewar kan ada FPT(pendidikan teknikal) yang akan jadi cikgu sepatutnya mereka lebih menceburi pertandigan ini...huhu harap2 matlamat tercapai.....yeahhh majulah debat

Tuesday, April 13, 2010

Saudara Islam di ALbania mantan PM tinjau

berkongsi cerita dari mantan perdana menteri malaysia..
reference che det

ALBANIA

By Dr. Mahathir Mohamad 


1. Saya sekarang berada di Albania, sebuah negara Islam yang dahulu menjadi sebahagian daripada Empayar Othmaniah. Setelah merdeka ia diserang dan dijajah oleh Itali. Pada penghujung perang dunia ke-2, Albania sekali lagi bebas tapi dikuasai oleh pemerintahan kuku besi puak kiri.






2. Pemerintah ini diketuai oleh seorang diktator, Enver Hoxha, yang menolak agama Islam sehingga sanggup mengharamkan Allah, Nauzubillah.






3. Rakyat tidak dibenar menganuti Islam atau apa-apa agama.






4. Akhirnya pemerintahan puak kiri ini jatuh dan diganti dengan pemerintahan pro-demokrasi pimpinan Sali Berisha.






5. Saya ke Albania buat kali pertama pada tahun 1993. Terdapat kemiskinan di mana-mana sahaja. Muka penduduk muram belaka. Tirana, ibu kota, tidak menunjukkan aktiviti ekonomi. Tidak ada kedai selain kedai kopi di tepi jalan. Tidak ada kenderaan. Bangunan-bangunan ternampak tua dan uzur. Ada beberapa masjid lama yang uzur dan sunyi sepi. Tidak ada sesiapa yang menunaikan solat Jumaat atau solat waktu di situ.






6. Kali ini saya sampai di Tirana pada hari Jumaat. Program saya termasuk solat Jumaat di masjid yang tertua, Masjid Ethem Beu, di tengah Bandar Tirana.






7. Alangkah terkejutnya saya apabila saya sampai ke masjid dan melihat jemaah melimpah sehingga ke tepi jalan besar jauh dari masjid. Saya amat gembira kerana Islam sudah kembali ke Negara ini. Alhamdulillah.






8. Kemudian saya berjumpa beberapa penuntut Albania yang telah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kita bermesra dan mereka nyatakan perasaan hutang budi mereka kepada Malaysia. Mungkin juga UIA memainkan sedikit peranan dalam memperkenalkan semula Islam di Albania, wallahu'alam. Kalau pun tidak, saya bersyukur dengan kembalinya Albania ke pangkuan Islam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanawata'ala.

Wednesday, April 7, 2010

presentation multimedia

Semalam presentation multimedia,
aku tak tidur malam semata-mata siapkan laporan,
apa yang mencabar iman ialah laporan tu buat dah banyak tapi disebabkan tak save
kenelah buat semula....
keesokkannya ada wacana ilmu memang mencabar...
orang kate kalau tak cukup tidur pendek umur, waktu tu cuba tabahkan diri,
tetapi realitinya tidak boleh, dalam diri ni kat jantung rase macam terbakar je, tak ade tenaga walaupun dah makan....
memang tawakal waktu tu dengan prsentation nya lagi petang tu...
memang waktu tu fikir presentation akan teruk sebab tak tido so otak tak berfungsi dengan baik...
tetapi aku anggap presentation yang selalu aku buat adalah latihan debat bagi menghilangkan rase gemuruh , datangkan kebiasaan...ianya aku rase hanya dapat atasi sedikit je...
tetapi bagi aku presentation aku (waktu aku cakap je) teruk....
walaupun dapat tarik penonton, tetapi aku lihat reaksi lectre....
die ketawe tetapi macam ketawa sinis....
tah la ape la aku pk nie...sebab aku nak tahu
kalau presentation aku menjengkekan ke tak, aku nak betulkan kalau tak debat nanti teruk....
nanti la aku upload projek multimedianya, atau aku akan uploadkan di blog multimedia aku...

Friday, April 2, 2010

Bila Ilmu Menyentuh Hati

reference:email

Rasulullah S.A.W. telah bersabda :



العلم علمان :



فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على السان فذالك حجة الله على ابن آدم



` Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati ( disertakan amal ), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah ( tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam.’



Riwayat Ibnu Syaibah ddan Al Khatib



Kata Imam Ghazali RahimahulLah Ta’ala :



`Ilmu yang meemberi manfaat itu ialah ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala; ( ilmu ) yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu; (ilmu) yang menambahkan ibdahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya; (ilmu) yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia; (ilmu) yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat; (ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya; (ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaithan dan tipuannya’.



( Bidayatul Hidayah )



Oleh itu, jika antum mahu menyuluh diri dan perilaku..suluhlah dengan ilmu yang memberi manfaat. Rapatkan dirimu dengan para `ulama. Sirami hati dan aqalmu dengan ilmu nescaya kamu akan sentiasa terpimpin.

Rakan Persinggahan

clikck me