Wednesday, April 27, 2011

Cikgu Shida Alaf Baru=)


Hoit Junior yang catwat...bahagi1000x(dalam bahasa Inggeris)
To my junior i will always pray 4 ur best result in this final exam.....
haha ur all are so special coz every time happy
im jelous see that special about u allz...
BUT
whay this video many said name BG, so boring haha
my name at 2 ,3 from last....
haha this video like last exam u all will take it
i trust u all can doit
USAHA+DOA=TAWAKAL
trust & Pray to ALLAH,
Allay Will Help U

Hope we cam meet next semester...
and next year as same level degree but i will be junior debat nest year Insyallah....
4 The last word, do u know
kak faz, eli, BG , jimmy and umol waiting 4 u allz at bilik debat to go MCD together thats time???
(mirul have to but dont want to go coz bz)
Friendz 4 Ever n Ever hahaha
Wassalam...

Tuesday, April 26, 2011

Syukran Ustazah

Alhamdulillah tadi jiwa kacau, jumpa ustazah syakila.
Ustazah ni kenal masa sem 1 dulu, disebabkan beliu bersifat keibuan mirul suka jumpanya menanyakan berkenaan agama, begitu juga ustaz sabri yang mirul kenal semasa semestr 2, cuma apabila berjumpa dengan ustaz sabri agak seram sebab tak biasa sangat...hehe

Berbalik kepada kisah jumpa ustazah tadi, baru beberapa minit jumpa dia dah excited nak tulis ni....
tanya pandangan ustaza berkenaan jemaah,
respon ustazah selagi mana jemaah itu tidak melanggar Al-Sunah Wal Jamaah ikutlah dan mereka berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah.....wahhhhh jawapannya sama dengan ustaz sabri, mirul tanya sebab tak puas hati kenapa perlulahhhh sangat berjemaah ni....ustazah kata sebab biar kita ini tidak sesat dari landasan Islam jadi kita perlu dalam jemaah untuk nasihat menasihati.......Tanyaku lagi, jadi jemaah apa yang nak diikut, ....apa2 jemaah janji tak terkeluar dari landasan, Tapi Ustazah adakalanya mereka saling bercanggah antara satu sama lain.....ustazah jawab, aha inilah masalahnya kita saling telingkah antara satu sama lain, saya lihat Gim pon dah berpecah kepada 2....satu sokong politik lagi 1 tidak sokong politik, kalau saya saya akan lihat jemaah tu, kalau mereka salah ke seperti kutuk jemaah lain atau seperti gim dulu saya ikut mereka silap mereka tanya bagaimana nak memperbesarkkan jemaah kita, sepatutnya bagaimana nak memperbesarkan islam .....jawab ustaz yang mirul jumpa semalam, "awak pilihlah ikut kesesuaian, bukan sebab terpaksa...kalau awak tak selesa jangan ikut lah Jemaah tu"........saya tanya lagi, jadi ustazah yang 71 aliran hanya 1 sahaja yang masuk syurga jadi jemaah apa yang 1 tu...rupanya mirul salah sangka mirul ingt 71 tu gim, abim, tabligh....rupanya mereka ini bawah 1 aliran iaitu Ahlisunnahwaljamaah ....

Then masuk kepada bab Gereja VS Islam yang mana ilmuan di malaysia ni semua datang dari greja sehinggakan pakaian graduate universiti merupakan pakaian greja, sebab ada 1 artikel ....tapi masa kegelapan Org2 kristian tawanan orang kristian kepada orang islam sebenarnya macam ni ustazah cerita....orang kristian tidak dikurung oleh org islam tetapi diminta mengajar anak2 org islam, manakala orng Islam memberi ilmu al-Quran & bahasa Arab Kepada mereka...Bagi mirul ia menampakkan Islam tu sangat baik dan orang kafir boleh ambil kesempatan dengan Islam,tapi itulah keadilan dalam Islam
jadi dalam ramai2 tahanan yang belajar itu ada sebahagiannya masuk Islam dan sebahagian nya tidak....mereka belajar Al-Quran tetapi tidak dipaksa memelur Islam, jadi selebihnya yang tidak memeluk Islam dihantar pulang...masa itulah Gereja membunuh mereka yang membawa ilmu Al-Quran, Orang berilmu akan mmberontak jadi mereka pergi dari gereja dari situlah kejadian memisahkan kehidupan dan agama(sekular)

Then masuk topik Perubatan Darul Syifa',tanya ustazah....Ustazah boleh ke prubatan yang menggunakan benda, maknanya darul syifa' tuh nak ubat orang pertengahannya ada benda yang digunakan untuk ubat....ustazah respon, mana ada perubatan darul syifa' guna benda, mereka komunikasi dengan benda tuh, dan mereka akan scan orang tuh mereka boleh tahu berapa ekor jin ada dalam badan orang tuh....mirul tanya lagi, macam mana nak scan, mereka baca apa.....ustazah respon, bukan mudah nak jadi macam mereka, kena hafal surah Yasin, memang kita hafal yasin tapi mereka akan fahamkan yasin dan akan disoal kefahaman mereka sebab yasin itu hati AL-Quran, begitu juga  ayat kursi.....mirul cakap"kalau macam tuh saya ni x layak la jadi seperti mereka sebab saya buka budak tahfiz atau arab" ustazah kata susah jugak jadi mereka, ustazah cakap lagi, mereka juga ada amalkan zikir harian untuk kuatkan dalaman , & mereka boleh ubat melalui gelombang....mirul pelik gelombang??? ustazah cakap , sekeliling kita ada gelombang kalau budak elektrik mudah belajar benda ni...dan tahu kenapa masjid d aceh tidak runtuh semasa tsunami, sebab ada gelombang yang melindunginya......mungkin orang yang pergi ke masjid tu ikhlas dan azan dengan ikhlas, maka bila tsunami gelombang tu melindungi masjid dari tsunami..ada hadis x silap azan itu adalah gelombang paling kuat untuk tundukkan makhluk, sebab tu bila ada hujan lebat atau keadaan yang genting seperti ribut, kita perlu azan sekuat hati....mirul:o000......

Ilmu Bermanfaat....

Sunday, April 24, 2011

Lebih baik Mati!!!!!!!!!

Adakalanya masalah yang menguasai diri menyebabkan kita , eah buka kita aku je fikir tak tahulah mereka yang lain....apa yang aku fikir "lebih baik aku mati dari berhadapan masalah ni"
tapi Alhamdulillah di Facebook ada yang buka topik mati,
katanya
Dalam sebuah hadits yang diwiyatkan Bukhari dari Saad bin Ubaid, bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah salah seorang kalian mengharap-harapkan kematian. Kalau ia orang baik, ia masih bisa menambahi kebaikan. Dan kalau ia orang jahat, mudah-mudahan ia masih bisa bertobat terlebih dahulu."
Katanya lagi apabila mirul post statement lebih baik mati
Beliau respon 
 قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
"Katakanlah, 'Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripada-nya, maka se...sungguhnya kematian itu akan menemuimu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jumu'ah: 8).
   
Respon rakan yang lain pula:
Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah." Nabi Saw lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui kapan doamu akan terkabul." {HR. Ath-Thabrani}

Alhamdulillah perkongsian bermanfaat  

Tuesday, April 19, 2011

MAKAN DAN MINUM CARA RASULULLAH S.A.W....JOM IKUT...

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Tuesday, April 12, 2011

BiRo AkaDeMik & IntEleKtUaL

Ya Allah, aku kuatir akan aturan mu.....
Permudahkanlah segala urusanku.....
Memegang 2 jawatan dalam 1 masa bukanlah perkara yang mudah....
aku hanya target menjadi rakan bira tetapi lain jadinya.....
sekiranya ini takdir maka semoga semua berjalan dengan lancar.....amin

Monday, April 11, 2011

Bestnya

Nak share Video 
apa yang menarik ianya menyentuh hati
lagu yang tenang, dan boleh diambil sebagai input
tapi bukan pantene laa inputnya

Malam ni akan diumumkan JKK TSN
aku mohon atas dasar nak jadi rakan biro sahaja
& sewaktu program TSN aku buat bersungguh-sunggug bukanlah sebab nak jawatan
tapi nakkan kegembiraan,
jika program yang diikuti itu kita tidak libatkan diri sedangkan kita berada dalam program tersebut
maka ianya adalah sia-sia
best2~semuanya adalah kenangan 
jadi kalau takdir pigang jawatan JKK lagi, aku harap semuanya dibawah lingkungan ilahi
aku minta TSN kerana pening keadaan di perwira
aku seronok dapat berkenalan kenalan diperwira
setiap sem adakan bermula kehidupan baru sebab semuanya kenalan baru
jadi terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku

segala kekurangan semasa terjalin ikatan ukhawan ini
didahulukan dengan kemaafan
 

Gumbira

Hadiah Tudung Buat Ibu & Kakak Tersayang
Semoga dipakai & dihargai
Hadiah Kek Buat Teman Yang Terbaik
Semoga Persahabatan Kekal Abadi

Monday, April 4, 2011

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal AlQuran


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. ............Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"
~~SEBAR
2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan…… 

Exam dah dekat nie

 
Wahai mahasiswa UTHM yang akan menduduki peperiksaan
tengok vedio ni ambil ikhtibar
walaupun ianya dalam bentuk kartoon...
hehe
enjoy may self by talk with my self 

Sahabat

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menjaga sebuah ikatan persahabat,
Sekiranya Ukhwah Islamiah itu penting,
kenapa sesetengah mereka berkepentingan
adakalnya untuk menjaga ukhwah perlukan pengorbanan,
hambamu ini sangat lemah 
adakalnya terasa,
adakalanya terharu

sahabat boleh diibaratkan sebagai sebuah rumah
yang didirikan dengan 1 tiang,
sekiranya ada ukhwah, maka mereka akan kerjasama
mengekalkan rumah itu berdiri gah,
tetapi sekiranya hanya seorang sahaja yang berkorban untuk menegakkannya
tak hairan akan tumbang suatu hari nanti....

Dunia Yang Memeningkan

Dunia adalah kehidupan sementara.....
namun bukanlah mudah untuk mengahadapinya........

Hari ini aku pening dengan keadaan sekeliling yang berlaku,
ada yang betul.....
ada yang tak betul......
ada yang keras kepala......
ada yang terlampau neutral je.....
ada yang over......
ada yang slow.....
ada yang blur.....
ada yang berkepentingan......
ada yang berahsia.....
ada yang ambil mudah.....
ada yang suka memutarbelitkan.....
ada yang normal.....
ada yang self fish.....
ada yang macam tak ada masalah...

macam-macam lagilah...
Banyak betul.....
erm, tak dinafikan setiap orang ada ragam masing-masing,
namun sedar atau pun tidak ragam mereka ini mengganggu orang yang berada di sekeliling.....

sehingga boleh menyebabkan penyakit,.....
dalam dunia hanya ada 1 sahaja penyakit yang paling hebat kalau tak dapat dikawal
akan jadi barah, kalau dikawal akan meninggalkan luka yang mendalam....

iaitu SAKIT HATI




Rakan Persinggahan

clikck me