Tuesday, October 26, 2010

JUst 4 smile

Bersangka Baik...

Hari ini, duit surau masuk dari invois makanan Ranadhan....
Rasa bersalah kepada pak cik makanan kerana membuat tafsiran yang salah,
dahulu ingatkan beliau seorang yang susah untuk dipercayai, tetapi sebenarnya amanah....
Astarfillahalazim.........
"BErsangka baiklah sesama manusia"

Monday, October 25, 2010

Bertahan

Apa yang mampuku lakukan hanyalah bertahan dengan tanggungjawab ini......
aduh~~~~
seolah-olah mahu lari dari tanggungjawab ini.....
Jika ini adalah takdir aku mohon semuanya baik2 belaka....
amin....

Blur~

Malam ini, bersandarkan di almari bilik duduk berseorangan....
kedengaran nyanyian-nyanyian suara yang dibawakan dari tiupan angin tingkap bilik....
itulah suara AJK surau, sangat2 pasti...hehe
..................................................................................................................
Sejak pergi program bengkel menulis ayat sastera ,
Program yang dianjurkan oleh Biro Akedemik & Intelektual pagi tadi Alhamdulillah berjalan dengan lancar...
Cuma rasa bersalah sebab tidak dapat bertahan hingga ke akhir, MC bagus terbaiklah....
BKE(Biro Kerohanian & Etika) aku rasa seperti tempat melahirkan bakat-bakat MC, hehe
bagus2

Sunday, October 17, 2010

Takziah

Semoga Kak Uti (S.U Melewar) Selamat Setelah Terlibat Dalam Kemalangan Amin......

SURAT BANTAHAN SAMAN



 
Kolej Kediaman Melewar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja Batu Pahat
Johor Darul Ta’zim.
Tel   :   (6)07-453 6236 / 6233 / 6234
Faks :   (6)07-453 6232
 
      UTHM 
                  UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
                                    http://www.uthm.edu.my
               
             Kolej Kediaman Melewar
 

                      








      
Permohonan Pembatalan Surat Saman

Merujuk perkara diatas, dimaklumkan bahawa pada hari ini saya menerima surat saman dari Pejabat Kolej Kediaman Melewar bertarikh 13 Oktober 2010 dimana saya lampirkan salinan dibelakang. Disini saya ingin memohon jasa baik Tuan untuk membatalkan surat saman tersebut atas beberapa alasan:

2.         Tidak dinafikan dalam surat saman yang diterima kesalahan yang ditulis adalah BALIK KE KOLEJ LEWAT SELEPAS JAM 12.00 MALAM TANPA KEBENARAN (merujuk lampiran) tetapi saya mempunyai alasan tersendiri dan bukan disengajakan untuk pulang lewat malam. Pada waktu tersebut saya pulang lewat disebabkan makan malam di kedai yang hanya bersebelahan dengan Kolej Kediaman Melewar dengan berjalan kaki, sebelum keluar saya juga telah maklumkan kepada pengawal keselamatan tetapi saya cukup terkejut apabila saya masuk ke Kolej Kediaman Melewar semula saya diminta tulis nama bersama-sama pelajar lain yang pulang lewat. Apabila ditanya, beliau menjawab hanya untuk catatan.

3.         Dalam masalah ini ,Pihak Tuan tidak boleh menyalahkan pelajar kerana  pentadbiran Kolej Kediaman yang lemah tidak menyediakan perkhidmatan makanan di dalam kawasan kolej kediaman menyebabkan para pelajar lebih cenderung makan di luar sehingga lebih jam 12 malam. Keadaan ini amat berbeza dengan kolej-kolej kediaman yang lain apabila kolej kediaman yang lain mampu menyediakan perkhidmatan makanan didalam kawasan kolej dan ianya seolah-olah mengambarkan penindasan kepada para pelajar Kolej Kediaman Melewar apabila para pelajar ingin mendapatkan haknya sebagai seorang pelajar dengan mendapatkan makanan ketika lapar tetapi disaman.

4.         Sekiranya perkara ini berterusan, saya yakin dan pasti para pelajar akan lebih cenderung untuk tinggal di rumah sewa pada sem akan datang berbanding di Kolej Kediaman Melewar dan akhirnya perumahan Kolej Kediaman Melewar tidak penuh dan hanya akan bergantung kepada pelajar-pelajar baru utuk membayar sewa perumahan ini.

5.         Sehubungan itu, saya amat berharap agar tuan dapat menerima dan meluluskan permohonan ini. Jasa baik Pihak Tuan dalam membatalkan surat saman ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Yang Benar,


AMIRUL HAKMAL BIN JALIL
JM3  3C,
'0137679061

  s.k :            Pengetua Kolej Kediaman Melewar

Banner oh banner~~

untuk makluman , banner melewar ni sekadar design sahaja, programnya tidak jadi,..tak tahulah kalau nak buat dalam masa terdekat ini....manakala banner unggu tu permintaan orang untuk  buatkan



Monday, October 11, 2010

MC konsert

huh~semalaman aku jadi mc
untuk konsert Mahabbah Al-Gaza
tetapi dihantui rasa bersalah sebab tidak dapat buat terbaik.....
ini lah pertama kali MC yang underspot, dan agak besar.....
tak pe pengalaman tu penting

Friday, October 8, 2010

sahabat, kawan baik, teman wanita apa beza???

Suatu hari seorang teman memberitahu ku,
sahabat, kawan baik dan teman wanita adalah berbeza....
sahabat semua kita kenal sahabat,
kawan baik adalah mereka yang rapat dengan kita, lebih rapat dari teman wanita,
dan teman wanita grilz friends la....
ini die kata.....
tapi aku senyap je apabila beliau kata begitu....
adakah aku tidak punyai teman???
atau tiada kawan baik???
dahulu pemikiran aku kolot, berfikir kawan baik adalah mereka yang sama minat dengan kita,
sebab apa....sebab bila kita berbual jadi menarik 
apabila kawan baik itu berbeza minat maka perbualan tidak bertembung....
dahulu setelah teman sekelas pindah duduk luar, aku memikirkan 
boleh ke Hidup dudup dalam?
Khabarnya juga JKK ramai nak keluar...
aku pelik kerja yang berat adalah aku JKK BKE, tetapi mereka yang lain yang letak jawatan...
namun pelajaran perlu diteruskan...maka duduklah dalam sebagai JKK
alhamdulillah, bergaul semua orang, kalau nak imbau zaman silap aku tak banyak bergaul dengan orang.....senyam dan masam hanya senyum pada yang kenal...
tetapi kali ni banyak berubah sejak masuk debat dan JKK.....mula bergaul dengan semua
AJK surau JKK pelajar biasa....
tetapi kini AJK surau nak pindah duduk luar dek kerana ada khabar angin mengatakan MELEWAR akan si tutup...
sekiranya itu pilihan terbaik maka teruskanlah....
Hidup keseorangan sudah menjadi kebiasaan....
hanya doa menemani.....SEmoGA Hari-hARri Mendatang baik~amin

Thursday, October 7, 2010

Peluang Keemasan

Beberapa hari ni, aku dapat tawaran yang selari dengan minat, iaitu diminta jadi MC(pengacara majlis) dalam beberapa program....
bukan tak nak jadi, tapi aku dah analisis dari dulu, sekiranya MC itu muka yang sama, maka orang akan rasa menyampah....
jadi aku tolak tawaran tu walaupun dengan hati yang berat....
Untuk memberi peluang kepada mereka yang belum dan mereka yang nak....
Walaupun minat MC selari dengan cita-cita ingin menjadi pembaca berita, latihan pembentangan dan debat sudah memadai bagiku untuk berlatih.....MC adalah sampingan sahaja...
jadi semoga mereka yang menggantikan tempatku dapat buat yg terbaik...k
go0d Luck~~

Sunday, October 3, 2010

Kenapa Aku SUka Debat???

サラム...
今日、私は非常に議論に私の関与で窒息感じた...
非常に...非常に....〜〜〜悲しい
私は、誰のせいにするかわからない
私は議論を促進するために扇動してあるようだ....
私は興味があるので、私は、議論を入力し、なぜ問われることにしたくない....
あなたは、議論を理解しようとすることで自分をコントロールする場合は、もちろん、あなたが条件を満たしていない...
演技は非常にプラスチックです.......
UTHMする最初の段階で、私は将来、他のものに押すことで議論に完全に自分自身をコミットする約束している場合は....
ので、問題は"最後のsemが情熱的な討論仁の......"がある
今日は、私は悲しいので、コミットメントの話は、私は悲しい........いつどのように知られたくないの制約のための私の不足物思いにふけって戻り*&^%$
人々は理解していないだろう.....
私は、同じ関心者を理解すると信じて......
私はこれが最後の、神ウィリング.... Aminさんをコミットする決定だ......

Friday, October 1, 2010

Selamat

Semoga Abang kepada Sahabatku Selamat dalam Pembedahannya...amin.....

Rakan Persinggahan

clikck me