Wednesday, March 31, 2010

April Fool's Day



Apa tu??????


April Fool!!!! Apa sebenarnya yang dikatakan dengan april fool. Menurut website Wikipedia Ensiklopedia Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka. Namun, apa yang sedihnya mereka sebenarnya tidak tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan april fool dari aspek islam tatkala mereka pada hari ini begitu seronok menyambutnya tetapi tidak perna mengkajinya. Apabila kita mengkaji dengan baik ,sebenarnya April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyo(Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu satu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya,(1 April, yang kita sambut dan bangga-banggakan), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemas lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeladah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki,perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah itu kemudiannya diraikannya oleh tentera kristian Keraikan ini akhirnya dijulang setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia sebagai April Fool’s Day. Apa yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarya merayakanulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. MASYALLAH!!. Seandainya umat Islam yang dibunuh itu masih hidup, pasti mereka akan membalas dendam dan akhirnya generasi pada hari ini tidak akan terpengaruh dengan budaya barat seperti sambutan hari April Fool’s ini. Jadi berpesanlah kepada yang lain, semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat kita ,amin.......


Saturday, March 27, 2010

keadaan semasaku

bismillahirahmanirahim.....
hari ni aku sedih melihat keadaan semasa ku yang terlampau bz,
terlalu terikat dengan pelbagai program....
adakalanya teringin hendak duduk di umah sekali sekala, bersama rakan....
stdy.....
mengigat kembali keluarga di kampung halaman yang menaruh harapan yang tinggi
kepadaku dalam pelajaran, tetapi disini aku tak stdy kerna terikat dengan pelbagai program....
aku bukan dari keluarga yang senang....
jadi aku harus belajar bersungguh-sungguh...
melihat keadaan semasa ku yang adakalanya aku menyampah,
masalah datang sekali gus...
assgnment beri serentak kuis dan test...
argghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
adakalanya mendapat respon yang tak baik,
adakalanya baik tapi caranya tak baik....
eiiiiii
Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada hambamu yg lemah ini...
kekuatan untuk meneruskan perjuangan di uThm.....
jangn lah kau uji hamba mu ini sehingga aku hampir mengalah.....
berikanlah penyelesaian kepada semua masalah ini.......

Friday, March 26, 2010

aku benci dia

salam sejahtera....
Tatkala pada hari aku sering dipermainkan oleh teman sekelas dengan seseorang yang akhirnya aku terasa nak sangat membuat pengumuman umum..........
untuk pengetahuan korang aku tak suka dia ok, aku cakap dengan dia hanya sebagai team work yang tetiba lectre tu boleh pasangkan pasangan dengan ku......
Adku tak boleh terima kesalahannya yang dulu, terlajak perahu boleh berundur terlajak kata badan binasa....
pengajarannya jangn lah menilai orang dari luaran sahaja......
Ia agak kurang ajar apabila terlampau over tanya soalan sewaktu pembentangan ku, tetibe teringat dulu aku memang banyak soalan tetapi niat baik ku ini disangka buruk oleh beliau lalu teeeersebarlah pada semua pelajar perempuan kolej kediaman ku yang aku ni sengaja nak kenekan orang dengan soalan mati....
disebabkan peristiwa tu aku pon tak banyak lah tanya soalan sebab tak selesa dia satu kelas....
arghhhhhh~~~~~
adakalanya jumpa ustazah(lectre) shakila....aku suka ustazah nie kerana beliau bersifat keibuan......
maaf kalau ade yang terase, sekarang aku lihat mereka(yg aku x suka) mula disumpah oleh yang lain dan mula berpecah,....kesian pulak~~~~biarlahhhh dieorg

Sunday, March 21, 2010

Barisan Diakhirat

reference email REDZUAN~\

suatu ketika,Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah saw dan bertanya kepada baginda: "wahai Rasulullah saw ,tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah swt - erti firmanNya : "pada sangkala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris", (surah al-Naba")."







mendengar pertanyaan ini,baginda menangis dan basah pakaian dengan ir mata. lalu menjaab: "wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besr bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri." maka Rasulullah saw menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12barisan :






barisan pertama :






diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. keadaaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:" mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya."






barisan kedua :






diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan. datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringankan solatnya".






barisan ketiga :






merek berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking. "mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat".


barisan keempat :






diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."mereka adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. maka iniah balasannya dan tempat mereka kembali adalah neraka."






barisan ke lima :






diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. ketika itu, Allah swt menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman di padang mahsyar. "mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia, tetapu tidak pula rasa takut kepada Allah s.w.t.






barisan ke enam :






diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu".






barisan ke tujuh :






diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. "mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran".






barisan ke lapan :






diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "mereka adalah orang yang berbuat zina. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".






barisan ke sembilan :






diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru semetara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya".






barisan ke sepuluh :






diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa mereka. maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah neraka.






barisan ke sebelas :






diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gig mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "mereka adalah orang yang meminum arak. maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah NERAKA.






barisan ke dua belas :






mereka diiringi dari kubur dengan wajah-wajah bersinar sinar laksana bulan purnama. mereka melalui titian sirat seperti kilat. maka datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah ke syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.

Thursday, March 18, 2010

Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)

reference email: thanks kak hanis
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya
untuk para wanita dan diri sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fat imah . Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasul menangis.


Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.
Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.


"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.


Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.


Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar
dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan
kusta.


Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api
neraka,"kata Nabi.


Fat imah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?




*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.


*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan

perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.


*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain
bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi
tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.


* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu,
Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.


Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan

Debat Perdana Integriti 2010

reference: kak faznyer blok

Usai Debat Integriti di Sabah. Perjalanan harus dirancang sebaiknya.


Pasukan UTHM diwakili oleh Janifal Alipal, M.Hakim Zainal, Awang M.Nurjihan dan saya sendiri sebagai simpanan bertauliah. Pusingan saringan dilalui dengan agak baik. Menang 4 perlawanan daripada 6.






Perlawanan 1


Sidang 9


UTHM vs UTM


"Kebanjiran PATI: Salah Majikan"


Margin: 5, Pendebat Terbaik: Hakim, Juri: 2-1


Menang






Perlawanan 2


Rank: 13


Sidang 6


UKM vs UTHM


"Jenayah Kolar Putih Membimbangkan"


M: 1, P.T: UKM, J: 2-1


Menang






Perlawanan 3


Rank 6


Sidang 2


MMU vs UTHM


"Memerangi Rasuah: Kita Tidak Serius"


M: 1, P.T: Hakim, J: 2-1


Menang






Perlawanan 4


Rank 3


Sidang 1


UTHM vs UM


"Integriti Media Mengecewakan"


M: 3, P.T: Hakim, J: 2-1


Menang






Perlawanan 5


Rank 2


Sidang 1


UPM vs UTHM


"Tanggungjawab Sosial Korporat: Hangat-hangat Tahi Ayam"


M: 4, P.T: UPM, J: 3-0


Kalah






Perlawanan 6


Rank 5


Sidang 2


UTHM vs UIAM


"Pemantapan Integriti: 1Malaysia Jawapan Terbaik"


M: 2.33, P.T: Hakim, J: 3-0


Kalah






Selepas 6 pusingan saringan, UTHM berada pada kedudukan 10 daripada 28 pasukan.


Tahniah buat semua. Mungkin tiada rezeki di bumi bayu kali ini. Usaha lagi.!






Pasukan yang layak ke separuh akhir ialah:






UPM, UIAM, UTP, UiTM.






Pusingan separuh akhir menemukan:






UTP vs UIAM


UIAM menang dengan margin 5, juri 3-2, pendebat terbaik berpihak kepada UTP.






UPM vs UiTM


UPM menang dengan margin 4, juri 5-0, pendebat terbaik ialah Syamsul dari UPM.






Pertandingan akhir menemukan UPM vs UIAM.


UPM memenangi pertandingan Debat Perdana Integriti 2010 dengan margin 4, juri 7-0.


Tahniah buat kalian.!

Hari ini penetu keputusan

Hari ini , aku ditegur dengan pengerusi kelab iqra', beliau pernah intevew aku berkenaan PLKN sebelum ni untuk research. Jadi dia tegur di surau , dia minta maaf atas kesilapan program Kp2i  tu, aku rasa bersalah. sebelum ni dah ade orang minta maaf macam abg fauzi , abg farizal tapi aku tetap dengan pendirian ku  iaitu selepas peristiwa kp2i berkenaan mc aku membuat kata putus tak nak jadi mc lagi, namun aku rase sangat-sangat bersalah apabila pengerusi kelab iqra' jumpe aku cakap dengan nada yang membuat kan aku rasa bersalah.....tidak dinafikan aku geram, tapi aku tak salahkan mereka.....setelah peristiwa tu aku  bercadang tak akan jadi mc utuk kelab iqra' mahupun melewar apa-apa yang disuruh oleh abg2 melewar  sebab aku kecik hati. Jadi aku tak kerap pergi ke surau sebab segan dengan mereka kerana tak dapat menjayakan program itu kononnye berkabung laa hehe, taksangka lah pengerusi kelab iqra ' selepas program kp2i  malam tu pergi ke surau melewar minta maaf tapi aku tak ade. Jadi aku tak tahu keputusan untuk kembali ke dunia mc, memang aku tipu diri sendiri sebab join biro teknikal sedangkan aku minat biro protokol sejak dari sekolah lagi sehinggakan rakan ku sarah meminta aku jadi mc malam program melewar sebagai hadiah hari jadi tetapi aku tak mampu tunaikan sebab aku amat2 terasa dalam dunia mc ni mase tu. beliau kata aku best jdi mc, sedangkan bila aku analisis diri sendiri, kelemahan ku tak pernah diatasi iaitu gagap , darah gemuruh dari sekolah dulu jadi apa yang bestnye??? sebenarnya aku tahu dalam biro protokol tu paling ramai mereka semua nak jadi mc tapi malu dan takut untuk suarakan seperti yang ku kenal sarah...hehe mirul tahu sarah boleh buat boleh jadi mc, jadi kenelah bersaing dengan yang lain...mirul sokong dari belakang, dunia mc memang menarik lagi2 yang pandai menarik perhatian orng, untuk diriku belum cukup bagus dalam dunia mc ni secara fomal mahupun tak formal.........aku berharap rakan baikku akan jadi mc, walaupun ada perasaan takut itu adalah lumrah manusia yang penting kita cuba, kalau bukan disini dimana lagi ,kalau bukan sekarang bila lagi so renung-renungkan lah~~~~~~peluang hanya datang sekali....

Tuesday, March 16, 2010

Beday Girls

Selamat Hari Jadi Sara Yang Ke 19
huhu dah tua, maaf lambat wish walaupun beday nye dah lepas as a good friend i write in blog
hehe the cake support by emi......
all members class do suprise in tempat tunggu van.....
hehe this the pic that wan can take i just post it
sorry tak de hadiah coz waktu ni bz dgn mcm2 prjek n assgnmt

huh~~Lepas Pon Projek ~Huru Hara Kelas Programming

Salam.....
huhu nak citer malam semalam aku tidur leawat sebab buat projek assignment yang berlambak giler...arghhhh...alhamdulillah siap gak akhirnya projek tu so hari ini aku kene present projeknye, so projek asas seni bina komputer aku dah present just bace slide jee coz memang huru hara malam tadi   so  masuk la kelas programming hantar la report assignment sekali tu sir bagi tugasan rupa-rupanya tugasan tu kami telah siapkan so kelas habis dengan
begitu sahaja......
kemudian aku terkejar-kejar siapkan power point present math.....arghhhh
dalam presentation aku, hehe aku pakai baju hitam my team wan pakai baju putih"....
"saya amirul atau lebih dikenali sebagai hitam dan yang ni redzuan atau lebih dikenali sebagai putih".... 
siap bila present kene attact ngan sir tak dapat jawab.....
bila tak dapat jawab sir suruh duduk, tapi sir wat penilaian present beliau duduk di sebelah chair aku....
sir kata "awak ni kenapa pakai baju hitam tahu tak baju hitam tu orang mati putih tu suci"
aku duduk depan sir...arghhh ngantoknye kalau tido sir perasan.....
so pandai-pandai ar cover haha....'tetibe dah 3,4 group present aku kene soal dengan dir
" awak pening ke, sakit2 badan ke"
wah sir ni carring gak ea....
"pening kepala je sir"
aku jawab so sir respon
" dah g duduk belakng berehat, saya nak ambil markah ni nak failed kan semua budak"
haha, sebenarnya sir suruh aku tdo kat blakang, n tak ada budak yang failed pon paling rndah A--....
haha
pastu kelas programming...
begitulah kehidupan jadual pack aku isnin,...balik umah je petang semua tombang termasuk aku
topup tido malam tadi....SELESANYA~~~~
ni pic smasa nak tungu bas ke induk

Sunday, March 14, 2010

URUSKAN PROJEK

Dalam menguruskan projek assignment yang banyak berlapis-lapis macam kek lapis, JKK, rakan biro dan ahli biro baru diminta berkumpul untuk uruskan 1 projek lagi. Jadi, dalam pembahagian urusan tugas projek majlis melewar aku dah jadi macam badut ditunjuk-tunjuk agar masuk biro protokol oleh rakan-rakan ku macam. EII memang bengang ar. Last2 bila pikirkan kejadian lepas aku masuk la biro teknikal. Sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu yang baru, kerjanya tampak banyak."Ya Allah , Permudahkan lah hambamu ini dalam segala urusan sama ada ianya dilakukan dengan minat atau pun tidak". Tapi memang sakit ati ar dengan teman2 ku ni...
mengimbau kembali memori sewaktu disekolah dulu, sewaktu jadi pengawas bahagian biro protokol memang best, rakan bironya mesra alam. wah~~~~rindunya dengan mereka dengan ketua biro dulu yang berprinsip" nak tugas, tugas. tak nak tugas tak pe" hehe manakala penolongnya pula "kehadiran, laporan mingguan" tu je...huhu~~~~

Saturday, March 13, 2010

Sedih+bengang+malu MC

Assalamualaikum.......
Hari ini aku rase betul-betul bengang sedih dan malu dalam satu masa. Situasinya begini, aku diminta jadi MC dalam program kelab Iqra' Explorace secara formal dan tidak formal. Pada mulanya apabila dengar ada program explorace ni aku memang dah set dikepala tak akan pergi sebab banyak kerja, namun setelah diajak oleh abang adam untuk uruskan bahagian MC, aku rase salah untuk menolaknya memandangkan aku ada lah minat sedikit MC ni maka aku terima pelawaan tersebut. Jadi untuk memastikan aku dapat melakukan 2 tugas dalam 1 waktu iaitu kerja assignment siap dan MC maka aku hanya jadi MC tak join program explorace tu maknenye sewaktu explorace tu berjalan aku tak sertai sebab buat assignment hadir untuk mC sahaja. Pada waktu itu juga aku telah korbankan masa discussion group assignment. Jadi aku agak kekok jadi MC tak formal . Aku ni seorang yang bengang dan pemalu jadi aku try la malam2 buat suara tak formal. hehe teman serumah tergelak. n dieorg wish luck. Tetapi apakan daya setibanya disana amat sedih bengang dan malu lah....selama aku jadi MC sepatutnya Mc dimaklumkan dahulu segala-galanya buat dimana macam mana program tu bergerak. tapi aku tak tahu tapi tak mengapa , dan ade seorg senior ni tetibe minta microfon n text......die start kan program.....aku terdiam, begitu juga dengan abg fauzi yang membuat text sehingga dapat menyerahkan padaku pukul 2 pagi. Sewaktu abg fauzi menyerahkan text tu banyak pesanan beliau yang boleh dijadikan tips untuk MC tak formal. Contoh tak bawak text besar2. Sebenarnya aku jenis kalau buat kerja dengan bersungguh-sungguh, jadi malam tu juga aku search di youtube melihat vedio pidato dimana ayat2 yang menarik boleh dijadikan ayat MC untuk tarik perhatian yang hadir, aku memotong kecil2 kertas. tapi bila waktu yang sepatutnya tibe , aku terdiam hati rasa sedih dan tak terkata apa-apa hanya mampu tersenyum denagn palsunya. Hope this last MC to me. tak sangke kelab yang kuat agama pon ada orang yang macam tu lagi......huhu jadi aku bengang lepaskan dieorhg start program explorace aku kol teman serumah, Emi  . kesian menyusahkan dia sebab minta datang ambil aku.......terima kasih  kerana sanggup ambil aku.....aku harap perkara sebegini tak berlaku lagi, kerana ianya rasa  seperti dipergunakan dan diperbodohkan....kalau nak diikutkan nak je lahar yang tak over tu , nak tutup kesalahan yang suka mencapap minta aku jadi MC formal sewaktu serah hadiah, SORRY aku hanya sekali dan tak suka dipergunakan.........

Friday, March 12, 2010

Wish Luck To Team Debate UTHM at sabah

salam...
Hari ini team debat UTHM senior akan berangkat ke universiti malaysia sabah bagi pertandingan debat integriti. Pertandingan kali ini team uthm hanya menghantar senior sahaja. Aku rase bersalah kerana tak dapat bantu mereka cari maklumat. Belakangan ini aku dilambakkan dengan assignment group dan juga test mahupun kuis. Jadi aku hanya dapat mendoakan mereka sahaja. Harapan junior debat ini agar team debat senior dapat membawa pulang piala kemenangan.
Aku dimaklumkan team debat ini bertolak jam seawal 6 pagi, adakalnya melihat mereka menelaah mencari maklumat di library. Aku rase bersalah , tatkala diberi pilihan akedemik dan debat.
Semoga Team senior dapat buat yang terbaik terutama abg hakim yang merepakan last sem kali ini (Tahap dewa dalam debat).....Boleh ke aku jadi tahap dewa dalam debat seperti mereka........?????

Wednesday, March 10, 2010

Kenapa Kite Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak?????....

Perkongsian bersama, dapat dari kak ganu

meh kite tengok ekspiremen sains kat bawah nie...untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone...







sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-


1 Kuali sebijik...cari yang leper tu...


2-3 bijik kad..kad manila pon buleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...


1 rol kertas foil...kertas timah tu laa....yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa...


Handphone sebijik...dan pastikan gak ade kredit...


Minyak petrol sikit..kalo xnak beli kat stesen...curik jer kat moto abang, ayah atau adik ...


PASTU.....
susun kad tadi lebeh kurang macam nie...







letak plak kertas foil tu atas kad tadi..







letak petrol ckit...




pastu tipon la sape...tapi maybe amik mase yang lame ckit...tapi kalo rase nak jimat kredit, wat miss call jer kat sape2....tapi maybe banyak miss call kena wat...

TIBA-TIBA










dasyat.....


peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....


Pemergian seorang lagi sahabat

assalamualaiku......
Pada hari ini aku rase sedih kerana seorang lagi sahabat ku akan berpindah ke SPA.
walaupun dah sem yang ke-2 tetapi kiterorg baru kenal sebab aku ni bukan jenis tegur orang jadi tak kenal ramai sangat kawan. Dalam kelas pon kenal berape je....
So wish luck di SPA....
walaupun tak rapat, aku hargai persahabatan yang aku kenali......
rasenye pencetus kepada pindah ni si AZMIE , die pindah semua nak pindah...
hehe tetibe nak salahkan orang kan.Rasenye yang paling sedih mesti sarah sebab Nik tukan penolong die, dimana ada nik disitu ada sarah tinggalah si sreen seorang n wani dengan sarah....
so pepehal hidup perlu diteruskan....
analogi keadaan kelas aku  , umpama dalam medan peperangan dan dah ada beberapa orang yang tewas dalam peperangan tersebut sebab ade yang dapat rasuah pindah tempat lain...hehe
yang dah tewas azmie adalah ketuanya, husein, wani(yang ni tak berapa kenal),n hari ini beliau akan pergi Nik.....
tak nak letak pic die takot kene marah....hehe ni pic yang dah jadi kartun
BYE2, jagan lupe kiterorg disini.....

Tuesday, March 9, 2010

~The End Of Astar~

assalamualaikum....
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.....
beberapa hari ni memang sebuk sehingga tak sempat nak update blog, sampai ASTAR pon lambat post......
Dalam pertandingan astar kali ini aku digandingkan bersama Awang, Kak Liza dan Samat...
Jadi pertandingan kali ini hanya y=untuk menimba pengalaman sahaja.Secara keseluruhannya dalam pertandingan ini aku perlu belajar selamatkan kes kerana aku membunuh team, sebenarnya kalau team aku tak sempat beri kefahaman yang jelas pada aku  tentang pergerakkan usul aku memang cakap ape-ape je sampai bunuh team sendiri. Jadi aku perlu belajar selamatkan kes dan belajar cuba memahami kes sendiri seandainya masa untuk bincang sekejap. Perkara yang perlu aku belajar lagi ialah, aku kekurangan perbendaharaan kata. Jadi nasihat daripada senior aku patut tulis blog dengan perkataan yang penuh macam sekarang ni, tak boleh guna singkatan huruf. Sepanjang perlawanan aku , aku dikira merampas kuasa pertama. Dimana yang pertama tak soal aku soal jadi ianya tak dikira walaupun ianya persoalan yang bagus.

Perlawanan Pertama
UTHM VS UIAM(tak ingat uiam yang mane)
USUL: malaysia boleh sudah tidak lagi releven

Dalam perlawanan pertama ini aku menang, kebetulan rasenye. Perlawanan kali ini juga seperti ayam dan itik.Kes tak bertembung, Jadi juri kata kalau perlawanan ayam itik kerajaan menang.

Perlawanan Ke-2
Unimap VS UTHM
USUL: Bajet2010 :tidak adil

Dalam perlawanan kali ni aku semangat sedikit sebab first dah menang, tapi kami mempunyai masalah untuk pendebat pertama. jadi kami sentiasa membantu. Perlawanan kali ini berlaku rampas kuasa dimana segala persoalan aku sepatutnya disoal oleh yang pertama. Sebenarnya aku dah bagi segala persoalan tersebut pada yang pertama tapi beliau tidak tersoal jadi aku soal. Sayangnya persoalan tersebut sudah tidak boleh diterima. Aku rase perlawanan ni lah yang paling terbaik aku buat tapi kalah. Juri kata mula-mula kami menang tapi juri IKIM je persoalkan jadi pihak lawan menang kami kalah pada gaya tapi menang pada isi.

Perlawanan ke-3
IPGSM VS UTHM
USUL: siti nurhaliza lebih merdu dari krisdayanti

Perlawanan kali ni berbentuk perlambangan. Perlawanan ini paling mencabar iman aku naik hantu. Mereka lambangkan usul ni sebagai Industri muzik di malaysia lebih baik dari industri muzik indonesia.Ape rasional meletakkan siti nurhaliza sebagai industri muzik malaysia mereka jawab sebab siti nurhaliza lahir di pahang tu je, tak masuk akal. Jadi saya persoalkan kalau pada hari ini saya bawa sitinurhaliza ke mekah orang kenal tak beliau orang malaysia. Persoalan tersebut langsung tak dijawab malah menjawab siti nurhaliza tak buat konsert di mekah memang sengal. Tak sangke ar cikgu-cikgu dari Institusi Perguruan(IPGSM) kuat lahar perbodohkan kumpulan aku, apa lagi aku pon naik hantu laa perbodohkan kumpulan mereka. Keadaan mase tu di bawah khemah memang panas, tambah panas bile dieorang buat hal. HAHA aku puas hati dapat lahar mereka, yang ke-2 tu cter pasal inul daratista kononla die kate peminat inul so aku lahar patutla badan beliau macam inul dah boleh gelek dah. Selepas aku lahar tu pendebat pertama dieorang pandang aku dengan tajam, aku lahar je yang pertama, merenung tajam pula yang pertama ke arah saya, tersantap ang pertama tu. Selepas tu yang kedua cerita budaya artis malaysia bagus ikut keagamaan dan indonesi tak mengikut keagamaan. Aku lahar lagi kate la indonesia islam liberal sebab tu begitu patu jadi ustaz sekejap pasal pakaian artis di malaysia.huhu naik hantu so kalah,,,...hehe

Perlawanan Ke-4
UTHM VS UTM B
usul: OBAMA MUNGKIR JANJI

Aku anggap perlawanan ni perlawanan persahabatan. Dulu kiteorg janji nak jumpe di pentas final huh tapi di bawah payung parking keter je perlawanan kiter org. Kes kali ni kami lihat pada janji obama sewaktu hendak pemilihan ketua white house, tapi juri kate tak boleh begitu sebab die belum letak jawatan president so bende tu masih lagi dalam proses. Pihak lawan pula tuntut tiada usaha , lagi tak logik kalau tak ada usaha obama tu bukan president namanya. kami tewas.

sebenarnya ada lagi 2 perlawanan tapi lupe...
sebenarnya aku tak boleh kalah nanti rasa down...
jadi perlawanan seterusnya ada semangt tapi dalah hati sedih.. 

Saturday, March 6, 2010

benci

αυτή την ημέρα Απεχθάνομαι ισοπεδώνω και θλιβερή .... γιατί αυτό συμβαίνει ....



ιστορία σαν αυτή, είμαι δεδομένη ομάδα εκχώρηση ομάδα πολυμέσων, στην ομάδα έχω μόνο τρία ομάδα σε σύγκριση με πέντε άλλους ανθρώπους. Είμαι σε grop μέχρι δύο ακόμη tu photoshop είναι μεγάλη έτσι μου δόθηκε η γραμμή μενού καθήκον γι 'αυτό wat la καλύτερο pastu το εξαιρετικά κουρασμένος γιατί ξύπνησα τρεις πίσω, αλλά το πρωί tertidor, ζητώ από το φίλο μου ήταν στην ιστοσελίδα εικονίδιο στο photoshop, ήμουν με τη σύγχυση, αν δεν είναι τόσο μεγάλη, ώστε με την ελπίδα dieorang μέχρι Ντα έτοιμος αντίγραφο inggal JE βήμα. Στη συνέχεια χολή ΚΑΙΝΕ je BAGUN δοκάρια, όπως ο διάβολος δεν βλέπω καμία εργασία ko λέξη Ντα δεν πρέπει όμορφη υπόθεση τσιγάρο είναι ανοικτή δεν είμαι θυμωμένος Ι tenguk όμορφη la δεν φαίνεται να ήμουν πολύ πίσω τότε tanye kat Ντα postkan τάξη να belom ήταν τότε Gile Ryo nak buat kat muke ... Απεχθάνομαι τη σωστή LAA

Tamparan

Belakangan ini aku betul-betul sebuk sehinggakan tangan yang gatal hentak menulis blog tidak kesampaian .Hari ini aku dikejutkan dengan keputusan test aku yang pertama, tatkala dua subjek yang dapat hari ini sangat teruk bagi ku kerana aku dikira gagal. Aku mula dihantui rasa takut, takut-takut aku akan tersingkir dari universiti. Satu persoalan timbaul, adakah ianya disebabkan aku terlalu fokus debat. "Ya Allah berikanlah aku kekuatan menimpuh hidup di universiti ini dan permudahkanlah diriku dalam segala urusan termasuklah menjawab test mahupun peperiksaan , semoga aku dapat tamatkan diploma aku dengan pointer yang cemerlang". Adakalanya adakah disebabkan lecture tu, tatkala aku mendengar suara-suara yang mengatakan beliau susah hendak berikan markah yang baik sehinggakan hampir kesemua pelajar kelas aku gagal. Secara jujurnya adakalanya aku tak faham apa yang diajarkan , tetapi aku cuba belajar sendiri hanya disebabkan malu bertanya. 

Rakan Persinggahan

clikck me